Khamis, 14 Jun 2012

Teknik Marmet

Sebenarnya sebelum ibu menghadiri Khusus MBfPC ni,ibu banyak membaca mempelajari teknik marmet dari beberapa blog.. Tapi ibu pun dah lupa blog yang mana satu..Yang sebenarnya teknik marmet ni sangat- sangatlah senang nak lakukan.. Lebih -lebih lagi sekiranya ketiadaan elektrik di rumah ataupun di tempat kerja..

Pada peringkat permulaan, teknik Marmet mungkin dipandang remeh. Apatah lagi, anda tidak pernah melakukannya sendiri. Namun ketahuilah, dengan teknik yang betul dan latihan berterusan, akhirnya anda akan menyedari bahawa teknik ini bagus dan amat membantu diri dalam usaha mengumpul susu perahan tanpa perlu bergantung kepada pam payu dara

Jadi,ibu -ibu di luar sana tak dapat lah nak memberi seribu satu alasan untuk tidak mengepam ye..

Yang sebenarnya ia adalah satu kewajipan bagi kita sebagai ibu untuk membekalkan anak- anak kita dengan susu ibu sahaja..Melainkan atas sebab- sebab yang tak dapat nak dielakkan kanlah ye..

aduh.. panjang lebar pulak berceloteh.. jom ikut ibu untuk mengetahui teknik marmet ni..


Apa itu teknik marmet?

Teknik marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata- mata tanpa menggunakan sebarang jenis pam, tak kiralah pam manual ataupun pam elektrik.

Sekiranya ibu- ibu dapat mengamalkan teknik marmet ini dengan cara yang betul,insyaAllah ibu - ibu akan dapat mengosongkan kilang susu dengan lebih baik lagi dari menggunakan pam.


Cara memerah nya  ::

  • kita hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah.
  • Ketiga- tiga jari ni kita letakkan di atas kawasan aerola ( letakkan atas sedikit  dari aerola dalam 1 cm)
  • Letakkan ibu jari di atas aerola ( pukul 12 ).Letakkan jari telunjuk dan jari tengah  di bahagian bawah  aerola ( puluk 6 ). Boleh tengok gambar di bawah ni :
                                        www.breastfeeding.com


          "  Kenyataan ini diakui oleh kebanyakan ibu yang mengamalkan teknik Marmet. Rata-ratanya berpuas hati kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu mereka mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding penggunaan pam.

            Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh pakar laktasi di Barat mendapati bahawa sentuhan kulit ke kulit (tangan dan payu dara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik itu. "

Yang menariknya, dengan menggunakan teknik Marmet juga, anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam mahupun kulit di sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.


Walau bagaimanapun, sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payu dara, anda seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan yang demikian, proses pemerahan pasti akan berjalan lebih lancar.
           

A : Mengurut

Sebelum melakukan urutan, pastikan anda mencuci bersih kedua-dua belah tangan. Sebaik-baiknya gunakan sabun. Setelah itu, tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam ke dalam air suam. Lalu, urutlah payu dara mengikut langkah-langkah berikut:
     1. Massage

Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payu dara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan.

      2. Stroke
Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payu dara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh “menyikat” payu dara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola.

      3. Shake
Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini, daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.
 
 
B : Memerah

Langkah 1: Mengalirkan takungan susu

1. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah aerola. (Kedua-dua jari ini berfungsi menampung bahagian bawah payu dara.)
Memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6.
2. Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tengah tadi.
3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian, lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit – lepas, picit – lepas.
4. Ulangi langkah 1 sampai 3 sehingga aliran susu berkurangan.
5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.
7. Beralihlah ke payu dara di sebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payu dara.

Nota: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payu dara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.

Elakkan pergerakan ini!
   
   1. Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam.
   2. Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara.
   3. Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet.

   Langkah 2: Melancarkan aliran susu

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelma-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.

2. Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.  




C : Tempoh pemerahan

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 hingga 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payu dara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya, ulang semula rutin urutan dan diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara.


                                                                                                      Petikan ini saya ambil dari majalah Pa & Ma..









Tiada ulasan: