Khamis, 31 Mei 2012

koleksi buku ku..


Ni buku yang ibu cari selama ni.Dulu kawan ibu ada beli katanya nya anaknya hadiahkan pada suaminya.Tapi buku tu dlam english la..selang 2-3 hari ibu cari juga buku tu.sekali dah habis.. puas di tanya akan restore semula tapi tak da juga.Akhirnya kebetulan pergi lagi MPH ada lak dalam bahasa cina.. kecewa sangat ibu.. Tapi alhamdulillah,ibu jumpa akhir nya dalam Bm.Tak pe,janji ada juga..

Ibu suka buku ni sebab ibu nak tahu perjalanan kehidupan Tun Mahathir bermula era Beliau menjadi Perdana Menteri.. lagi satu ibu suka sebab Tun pandai bersuara lantang sehingga orang luar pun takut akan kelantarannya..





Buku ni baru dapat dari kak zila,terima kasih pada akak ye.. Walaupun ibu dah tahu tentang menyusukan anak ni.Tapi tak bermakna ibu hanya ada sikit je ilmu.jadi ibu nak memperbanyakkan ilmu tentang penyusuan susu ibu sebab bagi ibu ia sangat penting sekiranya kita nak menyusukan anak kita dengan susu ibu je..

Kalau boleh,ibu nak sangat semua ibu-ibu di luar sana menyusukan anak mereka dengan susu ibu je... Memang nikmatnya ibu sendiri tak tahu nak terangkan macam mana .. hanya ibu-ibu yang dapat menyusukan anaknya yang tahu..

Jadi,marilah kita memberikan yang terbaik untuk si kecil ...






Buku ni dah lama ibu beli... tahun 2009




Ni salah satu buku kecil yang ibu bawa setiap hari dalam handbag ibu.. setiap pagi ibu akan buka dan baca.. InsyaAllah akan di jadikan amalan.. Amin..








Jumaat, 25 Mei 2012

Amat Perlu Ibu-Ibu Mengetahui Perkara ini....

Perlukan anak diperkenalkan dengan susu formula apabila sampai umur tertentu?










Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

(Group: Kumpulan Ibu Menyusukan - KIM)

                                                                                            Oleh: Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Pua Kumbu Panjang


Jom Cuci Mata kejap....



MS 01

Motif : Ungu + Cop Sarawak


RM 24.00




MS 02

Motif : merah


RM 16.00








MS 03
Motif : Hijau
RM 16.00




Penghantaran Menggunakan Pos Express

RM 7.00

Pua Kumbu Pendek

NZ 01
RM 12.00


NZ 02
RM 12.00


NZ 03

RM 12.00




Khamis, 24 Mei 2012

Bermulalah detik Penyusuan susu ibu.




Saya ingin ceritakan sedikit tentang bagaimana saya mula menyusukan anak ku yang ke dua ini.saya tahu,saya bukanlah pakar tentang penyusuan susu ibu jauh sekali kaunselor laktasi.. Tapi saya adalah seorang ibu kepada 2 orang anak yang ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan apa yang saya pelajari dari pembacaan saya..Segalanya bermula apabila saya selalu membuka laman maya ratuhati.com.Dari situ segala apa yang saya tak pahami @apa saja yang terdetik akan saya utarakan dalam forum..dari sinilah bemulanya dorongan dari sahabat-sahabat yang memang saya tak mengenali langsung .Hanya kenalan di alam maya..

Alhamdulillah,Tanggal 5 Dis 2011,saya telah melahirkan seorang baby perempuan seberat 3.46kg.Selepas melahirkan jururawat meletakkan baby ku diatas dadaku.. terasa sayup saja bila babyku mencari susu ..Lantas mengalir air mataku wat kali ke dua..saya terus nekad ingin menyusukan babyku sehingga lah usianya 2 tahun..

Pada hari ke 3,Nipple saya luka gara-gara baby belum pandai menghisap..aduhai saya dah jadi kelam kabut bagaimana saya nak mengatasi masalah ni..Nak tak nak saya terpaksa memberikan baby saya susu formula kerana nipple saya dah teruk terluka.Saya bagi  dengan menggunakan sudu bukan botol seperti yang disaran oleh Pn.Sue.Bila baby ku dah lena segera saya letakkan minyak gamat bagi luka nipple kembali pulih.kalau tidak kesian baby ku tak dapat minum susu dan mungkin babyku suka dengan susu formula.Dlam fikiran saya emmmm tak boleh jadi ni saya mesti buat sesuatu..Sehingga en suami kesian agaknya tengok saya terus berkata "tak pelah kalau tak dapat menyusu dengan susu ibu,kalau pagi susu formula malam susu ibu pun tak pe".Aduhai semasa mendengar penjelasan suami,mula-mula tergugat la juga.Tapi bila terfikir akan kejayaan orang lain,terus saja saya buang ketepi segala godaan tu..

Sekarang ni,suamiku tersenyum riang kerana anaknya hanya minum susu ibu sahaja.Di samping dapat mengurangkan kos membeli susu pulak..

Inilah susu permulaan ku setelah 1 bulan berpantang.. :-)
nampak kuning sangat kan.. hehehe  permulaan yang penuh semangat...

Bulan Januari
susu ini saya pam semasa baby minum,
supaya alirannya sama banyak




Pertengahan Januari


Pertengahan Febuari
11.2.2011
Nampak serabut kan??? tu masa ikat ..
macam tak cukup ruang je.hehehheh


Akhirnya syukur ke hadrat Ilahi usahaku membuahkan hasil... Alhamdulillah,sehingga usianya 11 bulan, saya masih menyusukan anak saya

Rabu, 23 Mei 2012

Puding Roti marble lagi


Lagi sekali ibu buat puding...hahahhaah... mana tak badan makin berisi..asyik buat puding je...




ini ibu buat 3 warna,oren,coklat dan pandan..Akhirnya abang tak reti makan perisa pandan.kakak je pandai.. mungkin rasanya lain sikit buat abang tak suka,kalau tak abang memang suka sangat dengan puding roti ni




Yang ni pulak ibu buat sehari sebelum khusus masak,ibu letak dalam acuan-acuan berbentuk..
Nampak cantik sikit..




Asalnya puding ni juga ibu nak bawa masa khusus memasak ,tapi tak jadi.Ibu tak perasan terletak warna merah jambu.sedangkan ibu nak letak warna merah untuk jadikan bentuk tembikai..hahahah... Perancangan  ibu tak jadilah ye.Akhirnya puding ni ibu tak bawa masa g khusus.. wat makan kat rumah je..yang nampak bintik-bintik hitam tu ibu letak bijan hitam je..iyelakan,nak buat puding tembikai... hehehehe...




Nilah acuan-acuan yang ibu katakan tu.. yang ni lum kuarkan lagi,baru siap,ibu ambil gambar lah.



perisa plain dengan coklat je...



Resepinya boleh didapati dalam ni juga tajuk  Puding Rotiku...






Puding Roti karemel



Semalam ibu buat puding roti karemel.. memang sedap sangat.Dulu ibu buat puding karemel tak letak roti tapi hasilnya boleh nampak lubang-lubang kecil macam kek sarang semut punya.Jadi ibu pun research punya research terjumpa blog Mat Gebu..Ibu gali2jumpalah  puding Roti Keremel.. memang nampak cantik sangat bila dah masak.. rasanya pun macam keremel lah...




Mesti tertanyakan..napalah separuh lagi tak adakan...
hheheheh ibu dah potong dulu bagi anak-anak makan.. tadi ambil mereka terus je anak-anak gi dapur,tengok ada pulak puding,terus abang kata nak kuih bu..

jadi potonglah separuh,selebihnya ibu simpan dalam peti..






Cuba tengok,cantikkan dalaman nya...
nang memang sedap..
Puas hati makan..


Resepinya :


Ibu Ubah sikit resepi MAt  ni.sebab ibu guna apa yang ada di rumah nya ,Ni resepi ibu :

Bahan- Bahannya :
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu  besar air
  •  4 biji telur gred B
  • 3 keping roti sandwich
  • 1/2  cawan susu sejat "IDEAL"
  • 1/2  cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 camca teh esen vanilla


Caranya :

  • Panaskan pengukus dulu,biar airnya mendidih dan  api kukusan tu di kecilkan sementara nak siapkan aduna puding tu.
  • Masak  gula sehingga nampak perang dan masukkan air 1 sudu besar,tunggu gula benar hancur,letakkan dalam loyang bulat 8 x8"
  • Campurkan susu pekat manis,susu sejat,air suam 1/2 cawan dan carik-carikkan roti dan blend terus sehingga hancur kesemuanya.Kemudian tapis adunan yang di kisar tu dan letak dalam bekas lain
  • Ambil bekas lain,pecahkan telur dan kacau perlahan dengan menggunakan garfu je.Biar benar-benar telur tu sebati, kemudian tapiskan telur tersebut .
  •  Campurkan telur tadi dengan adunan yang di kisar dan kacau perlahan dengan senduk hingga rata ye.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam loyang tadi.Kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit


Selamat Mencuba ye..


ini resepi asal dari  Blog DTS..






BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)



CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
2. Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
3. Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...

Sabtu, 19 Mei 2012

Istimewa Khusus Masakan



Pagi tadi ibu ada khusus masakan di tempat kerja ibu.. ada 5 kumpulan yang terlibat termasuk kumpulan ibu..hahahaha... macam tak percaya kan.. ibu pergi khusus masakan ini..Kumpulan ibu ni ada 5 orang asalnya,tapi sorang dah pergi PSKPP.. tinggallah 4 orang je...




Inilah menu kumpulan ibu,midin goreng tiram,rendang ayam,puding roti,gubahan tembikai dan air rebina.
Tentang nasi tu,bukan ibu atau kawan2 kumpulan ibu yang masak,tapi sidang AJK yang masak.. tak ke banyak tu..


Puding roti ni ibu buat kat rumah petang semalam,letak dalam bekas2 jeli anak-anak punya..Yang sebenarnya ibu nak buat puting tembikai letak di sekeliling gubahan embikai sekali tak menjadi plan ibu,masa ibu nak buat puding tu, ibu tersalah amik pewarna,nak ambil warna merah terambil warna merah jambu.. Akhirnya buat juga puding tembikai tapi tak di bawa ke khusus ni.. kang nampak pelik lak..


wahhhh... hasil rendang kumpulan ibu punya.. bahan-bahan semua ibu sediakan dari rumah,jadi datang terus masak




gubahan tembikai..




midin masak sos tiram.. memang sedap sangat..rasa lemak-lemak sikit



kumpulan 1 yang masak,kumpulan kak yam,



yang ni pulak kumpulan 2




kumpulan 3



nilak kumpulan ibu...hehehehe






Khamis, 17 Mei 2012

Roti Gulung Anak2 IBu...

Idea ni ibu ambil dari majalah Pa & Ma,tapi dah lupa keluaran yang mana,sebab semua resepi bayi ataupun anak-anak ,ibu potong dan tampalkan dalam buku resepi ibu.heheheh senang nak tengok nanti bila dah kehabisan idea..

resepi ni juga ibu dah olah lain sikit..



Minum petang anak-anak...

Bahan-bahannya mudah je ::


* sebungkus roti
* beberapa sosej ayamas yang ada perisa cheese ( direbus dan di potong 6 )
*isi ketam ( di rendam dengan air panas sebentar)
* mayonis
* telur
* Lada sulah


Caranya ::


  •  Lenyekkan roti sampai leper,kemudian sapukan mayonis dan susun sosej dalam 3 batang bersama isi ketam
  • celupkan gulungan roti dengan telur dan goreng dengan api yang perlahan..
  •  Dah siap.. simple kan.

Senang je nak buat...
ibu ubah dari resepi asal.. ikut bahan apa yang ada kat rumah ibu je..



Isnin, 14 Mei 2012

Kek Karemel


Inilah kek idaman ibu.Dah dekat sebulan ibu asyik tengok je resepinya.Tapi tak buat-buat lagi.Jumaat pagi ibu madah dengan ayah,nak juga cuba kek karemel ni..Ayah kata ok je,memandangkan bahan-bahannya memang ibu dah ada,cuma yang tak adan susu cair je..

Pertama kali buat,hahahah inilah hasilnya.. gembira tengok tau..Tapi yang merugikan,ibu tak sempat nak ambil gambar ikut step by step.. mana yang ibu ingat je.. kira ok jugalah kan daripada tak ada langsung kan..








Tengok naik tinggi tak? hampir-hampir nak mencecah atap nya.



 Ni pulak,karemel yang siap buat.. tapi lum bakar lagi ye..



Yang ini pulak adunan kek 1

ni lak adunan yang kat atas tu ibu campur dengan tepung yang dah di ayak,gaul kaut je..



sedang membakar..bawahnya memang kena letak air sebab kita nak buat karemel..
sepatutnya ibu kena letak dulang bulat tu yang besar sikit,tapi ibu guna yang kecil lak,jadi,dia tak dapat cover semuanyalah.

Tu yang bila tengok gambar yang mula2 tadi hujung-hujung buku ada macam gula hangus sikit.hhehehe





yea.. yea inilah hasilnya..



tu ada sepotong yang senget sikit.Kek ni kembang tak sama rata..al maklumlah dulang patri ibu tak la besar sangat..

InsyaAllah rasa nya nak buat lagi kek ni,tapi ibu nak buat versi kukus lak..

kesalahan kedua ibu, heheh ibu tak letak adunan 3 kali seperti yang terdpat dalam blog kak ita..ibu jadi terlupa.dah tak sabar nak bakar.Last-last ibu letak 1 sudu setiap warna adunan tu.Kesudahannya,lapisan warna tu belang-belangnya tak nampak sangat.. hheehhehe
Tak kisahlah,yang penting dah sedap...


Rasanya memang sedap sangat..
Terima kasih pada DTS,kak Ummizaidi atas blog kalian.dan tini.. terima kasih support me..hehehheh


 Resepinya :


A ) Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir
caranya::
  • Sediakan loyang 8 inc.
  • Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  • Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  • Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  • Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  • Ketepikan
kalau dah dikatakan  2sudu,gunalah 2 sudu,jangan menambahnya ye ..


B ) Bahan Karemel


  • 1 tin susu cair
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 6 biji kuning telur




Caranya::


  • Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  • Kacau telur dan esen perlahan.
  • Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  • Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Ketepikan.
  • Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
 
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C) Adunan Kek Bahan 1
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
 

Caranya::

  • Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
    Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


D) Adunan Kek Bahan 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
 
 
Caranya::

  • Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  • Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  • Ketepikan.


 
E) Merinque

  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar- tar

Caranya ::
  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  • Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi.
  • Gaul rata secara kaup balik
  • Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak
  • Letak pewarna yang anda suka ye

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  • Belang- belangkan adunan
  • Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  • Akhir sekali dengan satu sudu.
-  Panaskan oven terlebih dahulu. panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu.
-  Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
-  Gunakan api bawah sahaja.
Nak masak kek karemal ni memerlukan dulang berisi air panas di bawah  dan adunan kek di atas..boleh tengok gambar-gambar ibu buat kek ni di atas ye..
kek ni senang je nak buat...cuma tengok bahan-bahan dia je macam susah sikit.heheheh



contoh kaedah lain  seperti bawah ni :


Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.

Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Kalau nak coment leh komen dalam ni ye..







Jumaat, 11 Mei 2012

Masalah dalam Penyusuan Susu Ibu


Part 1...





1. Puting Leper atau Tenggelam (Flat/ Inverted Nipples)

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar.
Simptom:
·         Payudara keras dan sakit dengan areola yang pejal
·         Paling lazim pada minggu pertama penyusuan susu ibu

Punca:
·         kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul
·         bayi tidak menyusu dengan kerap
·         “sleepy baby”
·         bayi diberi susu formula atau minuman lain
·         bayi menghisap dari puting sahaja
·         excessive IV fluids with oxytocin (induced labor)

Cadangan Penyelesaian:
·         tuam payudara dengan tuala panas/ mandi dengan air suam
·         urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan
·         perah susu sebanyak yang mungkin atau selang selikan waktu memerah dengan waktu penyusuan
·         pastikan kedudukan dan pelekapan bayi betul dan optimum
·         pastikan bayi menghisap dari aerola
·         susuilah bayi anda dengan kerap
·         kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
·         mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh
·         minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi
·         bungkusan ais ketul atau daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit, rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.




Nipple Former medela..
gunakan nipple former seawal kandungan 6 bulan untuk mendapatkan puting kembali

2. Bengkak Payudara (Engorgement)

Atasi Masalah Bengkak Susu

Bercerita tentang laktasi pasti kita tidak dapat mengelak daripada berbicara tentang payu dara. Menyusukan bayi dengan susu ibu memang satu pengalaman yang indah. Tetapi ada kalanya ia merupakan dilema dan pengalaman buruk bagi ibu. Terutamanya bila berhadapan dengan masalah bengkak susu.

Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis.

Untuk membolehkan bayi menyusu dengan selesa, kedudukannya perlu betul dan puting payudara menonjol bagi membolehkan bayi menghisap dengan betul supaya bayi dapat menghisap dengan betul dan mudah.

Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Percubaan untuk menghisap payudara yang sedang bengkak adalah ibarat menghisap seketul batu. Pembengkakan sebenarnya ada 2 tahap iaitu biasa / normal dan luar biasa.

Pembengkakan biasa tidak mengganggu proses penyusuan kerana tisu-tisu payudara masih mudah ditekan oleh mulut bayi. Umumnya masalah ini akan berlaku pada hari kedua iaitu sama anak tidak dapat menghisap dengan sempurna atau saluran tersumbat. Pembengkakan akan menimbulkan rasa sakit dan payudara menjadi merah hingga menyebabkan susu badan ibu meningkat.



Mengatasi Masalah Pembengkakan

Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu. Bagaimanapun ia akan berulang selepas 12 hingga 48 jam.

Ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.

Penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.

Ubat paracetamol sehingga 1000ml, contohnya 2 biji paracetamol 500ml sebiji dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Bungkusan ais ketul dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Selain bungkusan ais ketul, beg sayuran beku atau lampin pakai buang yang dilembapkan dan dibekukan selama 20 minit turut berkesan. Rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.

3. Puting Luka (Sore Nipples)

      A;    Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara

Punca:
·         Posisi bayi yang tidak betul
·         Bayi hanya menghisap puting dan bukannya areola
·         Cara penggunaan pam payudara yang tidak betul
·         Eczema puting
·         Jangkitan kulat

Cadangan Penyelesaian:
·         pastikan bayi menghisap dari aerola
·         beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
·         bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
·         selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut bayi
·         alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
·         sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
·         elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting


ini adalah nipple shield yang di gunakan untuk mengatasi masalah puting terluka

4. Mastitis (Breast Infections and Plugged Ducts)

       A :  Saluran Susu Tersumbat (Plugged Ducts)-

Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan.

Cadangan Penyelesaian:
·         Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.
·         Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
·         Sokong payudara dengan telapak tangan.
·         Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang ketat.

-Mastitis-

Simptom:
·         demam selesema
·         payudara akan berasa hangat, merah, tegang dan bengkak serta sakit
·         mudah terasa emosional

Cadangan Penyelesaian:
·         Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah.
·         Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan.
·         Susukan pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu.
·         Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam.
·         Rangsang aliran susu dengan bersenam, mengayun tangan, mengelap tingkap atau menggosok lantai (gerakan tangan membantu aliran susu anda).
·         Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.
·         Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
·         Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.
·         Jika mastitis anda berulang, minta doktor periksa tekak bayi anda. Mungkin dia telah mengalami infeksi yang akan berterusan menjangkiti payudara anda.

5. Bayi Kerap Tidur (Sleepy Baby)

6. Keliru Puting (Nipple Confusion)
 Bagi ibu,masalah keliru puting adalah perkara biasa yang berlaku kepada bayi yang menyusu badan.. Ibu sendiri pernah mengalami masalah ni. Jadi, kali ni ibu nak kongsikan secara ringkas mengenai masalah ini. InsyaAllah,mudah-mudahan boleh membantu kawan-kawan..

Apa itu keliru puting?
--> keliru puting ialah satu situasi di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier).

Punca keliru puting?-
--> keliru puting terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. (kerana itu, ibu yang ingin menyusukan bayinya disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus (direct feeding).

--> memperkenal botol terlalu awal kepada bayi

Tanda-tanda bayi keliru puting?
--> Tanda utama ialah bayi akan mengamuk & menolak apabila disusukan secara direct dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana aliran susu yang lebih cepat berbanding sekiranya menyusu secara direct. (susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' & ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar & marah kerana susu lambat keluar)

Cara mengatasi masalah ini?
  --> Daripada pengalaman ibu, cara yang paling berkesan ialah skin to skin contact. Ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju. (pakaikan diaper saja pada bayi). Letakkan bayi di atas dada, biarkan dia menghidu bau badan anda & bermain-main dengan badan anda). Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.

--> susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
-offer breast pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah (read: bb dah la lapar, hisap2 puting pun susu tak keluar2 jugak.sebab tu lah dia marah).


-->  sentiasa direct feeding anak anda setiap kali anda berada dengannya. Minimumkan penggunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Ingat, penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjakin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.


7. Tidak Cukup Susu (Low Milk Supply)

Punca:
·         dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang
·         masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir
·         jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam
·         tidak menyusu di waktu malam

Cadangan Penyelesaian:
·         Perbetulkan posisi semasa menyusu
·         Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam
·         Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi
·         Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan
·         Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi

8.Pemakanan Untuk Ibu
  • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
  • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
    • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin,
    • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • makan sederhana nasi
    • makan sedikit
  • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah pengambilan air dari sup dan buah-buahan

9.Memerah susu


Tujuan memerah susu ibu
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja

Teknik memerah
  • dengan tangan ( teknik marmet )
  • dengan pam tangan
  • dengan pam mesin

Cara menyimpan  susu perahan



Cara memberi susu perahan Susu Ibu yang di bekukan

  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal di perah
  • Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah di cairkan.
  • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam ( hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja ).
  • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api.
  • Susu yang telah di panaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam ( tidak boleh di simpan semula)
  • Susu yang di bekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan.Goyangkan bekas dengan perlahan- lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
  • Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan.
  • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untuk elakan keliru puting

    Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu :



Catatan :

 i ) MSI : Memerah susu ibu ( ibu boleh mulakan berlatih memerah susu untuk di simpan samaada secara manual atau menggunakan pam 2 minggu selepas kelahiran.Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap sebelah payudara satu lagi.

ii)  Penyusuan Ibu :  Susu yang di susui terus dari ibu

* NOTA Perah  dan simpan susu ibu pada bila -bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan .



Penyusuan susu ibu bekerja
  • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
  • Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan sebelum 2 minggu bermulanya bekerja.


Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Perahan Kepada bayi :



Catatan :

i)  SIP  : Susu Ibu Perahan -  Susu yang di perah diberikan dengan sudu atau cawan
ii)  Penyusuan Ibu :  SUsu yang di susui terus dari ibu

* NOTA :  LAtihan PEmberian SIP boleh dimulakan  seawal  1 bulan.
                  Pastikan ibu terus menyusukan bayi sebaik sahaja bersama bayi dan sepanjang malam.

Jom kita cuci mata dengan gambar -gambar ni...
Program penyusuan susu ibu yang membincangkan masalah dalam penyusuan SI.


Ini adalah 2 orang adik beradik yang begitu asyik mendengar penerangan SI