·
Doa & zikir untuk menambahkan susu:
1. Ya Allah, permudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau
syariatkan.
2. Ya Allah seberapa banyak susu
yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di
sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang
buat anakku...Amin
3. Surah Al-Baqarah ayat 60.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa
memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah
batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari
batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka)
telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):
"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Sambil baca letakkan tangan pada b
dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga
2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas
solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah
rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin
4. Amalkan Surah al-Hujurat &
al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt
murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki
itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga
tafsiran ayatnya.
5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm
& subuh @ hembuskan pada air & minum
6. Surah Yasin ayat 72-73
7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan
mengepam..
********************************************************
Mari kita hayati dan amalkan doa-doa ini ..
Doa supaya di mudahkan segala urusan dan hajat...
Doa Amalan untuk ibu Hamil...
Doa di Bulan Rejab
Doa Mohon Ketabahan hati dan Iman...
Doa Penghapus Dosa..
Zikir Yang Paling Mulia..
Doa Solat Sunat Dhuha
" Sesungguhnya hati manusia akan berkarat seperti besi yang di karatkan oleh air.Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula.Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al QURAN "
Doa Ketika tertimpa Musibah
Doa Untuk Kedua Orang Tua..
Doa Agar Mendapat Peluang Rezeki yang banyak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan