Isnin, 1 Oktober 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake w/ chocolate moist


Alhamdulillah.Ibu berkesempatan nak tulis blog.Kebelakangan ni ibu sibuk sangat tak ada masa nak update blog ibu.Cuma baru-baru ni nak buat kek untuk ulang tahun ayah.. Jadi ibu kena juga kuat nak buat kek.Ibu kena cari masa nak buat kek.Memandangkan ibu ada 2 orang pembantu yang tak bertauliah jadi masa yang di ambil untuk buat kek ni memang panjang lah..

 Jom tengok gambar ibu ni..



Pertama kali ibu buat kek ni..adalah coreng moreng sikit.Biasalah lum pandai lagi nak buat kek.Mana tahu lepas ni dah selalu buat.. waduhhhh... jadi mahir lak kan..



 
 
 



 Bahan-bahan nya :


Bahan A :
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sb jus lemon
  • 1/4 sk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine 
  • 20g tepung jagung

Bahan B :
  • 140g gula halus
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sk jus lemon.

Bahan C :


    Chocolate mousse:
  • 500 gm whipped cream ( for topping cream )
  • 12 tbsp vanilla essence
  • 2 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 12 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 140  gm gula icing
  • ½  sb nescafe + 1  sb air panas ( tak letak pun boleh )


Caranya :

  1. Adunan A : Cairkan cheese ,butter ,& susu dengan teknik double boiler.Bila dah cair sejukkan adunan cream cheese,kemudian campurkan  dengan tepung,tepung jagung,kuning telur,garam,jus lemon ke dalam cream cheese.
  2. Gaul sebati.( guna senduk je )
  3. Adunan B : bekas lain pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih pastu tambah gula dan pukul sampai ia bertanduk ( meringue )
  4. Campurkan bahan A ke bahan B  yang gebu dan kacau sebati.Sediakan tin / bekas yang bulat berukuran 8'' yang di griskan bawahnya dan tepi tu salut dengan kertas baking.Tuang adunan ke dalam tin kek tu.
  5. Bakar kek dalam kira2 sejam, dengan cara bain-marie (waterbath), pada 160 degrees C / 325 degrees F.
  6.  Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu macam mana, buatnya simpla jer. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan aluminunium foil (ni double protection agar air  tak masuk terutamanaya springfoam pan, saya  tak konfiden tu yang wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  7. Bila dah masa masak sejukkan dan potong dua kek ni.


Cara coklat mousse:

  1. Pukul whipped cream (topping ) sehingga kembang. Masukkan esen vanila,gula 
  2.  Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dgn sedikit air panas utk melarutkannya, kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream.Kacau sebati.
  3. BAhagikan kepada 3 adunan , agak2lah.. kalau ibu buat.paling banyak yang warna putih asalnya supaya senang nak top upkan kek ni.Yang kedua warna coklat tu sedang2 lah kurang sikit dari yang warna asal dan yang ketiga sikit sangat untuk ibu letak warna ungu...Gaul sebati la ye... 
  4. Tuang aduan yang ada serbuk koko ini ke  atas lapisan kek tadi.  padatkan nya dan masukkan ke dlm freezer(biarkan dlm 1 hour).jangan tindih dulu separuh kek tu. biarkan dulu.dah 1 j baru tampalkan separuh lagi kek cheese tu.
  5.  Lepas tu dah boleh buat topping nya.Suka hati lah nak design macam mana ye.. ibu buat untuk menarik hati anak2 ibu..
 
Alhamdulillah mereka semua suka makan kek ni...
 
 
 



Selamat mencuba ya...
        




     

Rabu, 8 Ogos 2012

Apam Polkadot

Alhamdulillah jadi juga apam yang selama ini ibu nak buat sangat2.. Akhirnya pada satu masa ibu ajak ayah pergi kedai jual barang-barang jual kek.Ibu beli kertas apam dan banyak juga yang ibu belanja kan.. semata- mata nak buat apam polkadot ni..

Nilah hasilnya,tapi apam ibu ni ada lubang-lubang sikit,biasalah baru pertama kali buatkan. InsyaAllah dalam perancangan ibu, sekiranya tiba ulang tahun anak-anak ibu,InsyaAllah ibu akan buat untuk sambut birthday mereka..

 Jom cucui mata gambar-gambar ibu ni...









Penat juga nak buat dot..dotnya ni.. letih juga .Sebab memerlukan ketelitian yang tinggi tanpa ada sifat cuai sikit..



Bahan:


-3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)

-275 gm tepung gandum

-220 gm gula halus

-150 ml susu segar

-3 sudu teh baking powder

-1 sudu kecil ovalette

-filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa  Pewarna




Cara-caranya :

.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)

2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu

3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga habis

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk  kertas
6.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..

7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.














Selasa, 31 Julai 2012

Agar- agar lapis buih

Assalamualaikum...Selamat pagi teman- teman.. Ibu sekarang ni memang tak boleh lepas asyik nak baut kuih je.. Kadang-kadang ibu tanya ayah dulu.. boleh tak ibu buat kuih.. Ayah setuju je..

jom tengok agar-agar buih ibu..
Sebenarnya agar ibu ni ibu terbuat dalam loyang bulat yang besar.. sepatutnya ibu buta dalam loyang yang kecil supaya nampak lapisan buih dan lapisan yang kosong tu ketara.. Jadi bila guna loyang yang besar tak nampak sangat perbezaan warna  yang ibu buat.. merah, oren dan coklat.. yang ketara warna merah je yang nampak.. nanti sekali lagi ibu buat ibu tepekkan dalam ni ye.. biar nampak berkala-kala agar- agar  buih ni..

 resepi ini ibu ambil dari blog kak Nor... secubit garam











Nak cuba resepi ibu ?




Bahan:
    
-1 paket agar2 serbuk (12gm)
- 850 ml air
- 3 bj telur A ~ ambil putih sahaja
- 145 gm gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 helai daun pandan
- pewarna mengikut pilihan

Cara:

- Masak air bersama gula, agar -agar dan daun pandan hingga mendidih.
- Kemudian masukkan esen vanila.
- Pukul putih telur hingga betul- betul kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
- Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
- Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
- Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
- Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
- Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
- Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
- Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.



Tips Dari Kak Nor: * utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :)
* seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)







Jumaat, 20 Julai 2012

Kek Oren Kukus

Assamualaikummm... Selamat Pagi semuanya..
 Beberapa hari yang lepas ibu ada beli periuk steam ni kat kak fara.. Terpikat ibu akan cara kak fara mengukus apam ni... Jadi bile dah dapat... esoknya ibu pun buatlah apam ni..
Memang simple sangat...


Resepi ni ibu ambil dari kak Fara Kertina Waty..Terima kasih kak fara .. bagi ibu C & P.. bersama resepi ni...


Yang ni apam kosong.. rasanya seperti apam jugalah...






Yang ni ibu letak perisa coklat pastu ibu lapis sekali lagi...



YAng di dah siap pun... jemput makan ye...





Haaa banyak tak ibu buat ni.. ada perisa kosong,perisa coklat dan perisa strawbery...

Abang memang suka sangat makan... Kakak ibu hanya bagi separuh je yang kosong... dah tu ibu bagi jenis jejari yang ibu buat.. apam ni sesuai untuk usia abang dah dah 2 tahun ke atas..


Saja je ibu nak tunjukkan ibu masak telur mnggunakan steam ni...




 2 biji je... abang dengan ibu je... ayah tak mauk...

memang cantik telur setengah masak ni.. tak ada garing di tepi-tepinya...


 Jom... nak cuba kek kukus oren tak???



Bahan-bahannya :

* 3 biji telur
* sebiji oren sunqis yang manis..
*  1 cawan minyak masak ( minyak jagung la)
* 1 cawan gula ( ibu guna gula molasses )
* 2 cawan tepung naik sendiri...


Caranya :

  * -  Blander semuanya dulu.. bagi hancurkan sunqis dan jangan lupa masukkan sekali kulitnya.. memang tak pahit....
* guna mixer bagi adunan tu sebati...
* kemudian masaklah... panaskan periuk steam tu  dan masak sehingga 2-3 minit je... dah boleh makan...


Kek ni pun boleh di bakar juga...










Khamis, 19 Julai 2012

Kek karemel lagi



haaaa yang gambar di bawah ni ibu buat kek karemel untuk adik ibu... cuma bahagian karemelnya ibu ada ubah suai sikit sebab ibu nak tahu dan nak cuba yang mana satu paling bagus untuk buat karemelnya ;

Dari pemerhatian ibu kali ke dua...

kek kali kedua ni ibu buat keremelnya dengan mengikut salah satu blog yang ibu sendiri dah lupa dah sapa.. Dia  guna :


 - 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
-  3 biji kuning telur
- 2 biji telur
 - 70 g gula castor
- 1/2 esen vanila

tapi bila dah siap... ibu rasa tak sesuai untuk ibu sebab terlalu manis sangat- sangat..
Bagi ibu,ibu nak buat tinggi tapi tak manis la... sedang-sedang je..memang karemel nya nampak cantik dan padu.. tapi bila masuk mulut... manis sangat..

Pemerhatian ibu pada karemel yg pertama  :

kek keremal yang pertama yang ibu buat  ada sekali dengan resepinya.
memang sedaplah karemelnya tapi nipis sangat .Nampak macam tak puas juga nak makan...













Yang ni dah di potong sikit sebab anak ibu nak makan kek ni.Jadi ibu potonglah sikit.. sekali lapisan nya tak berapa nampak sangat.. walaupun ibu letak 3 sudu..heheheh



 Inilah kek karemel yang ketiga ibu buat

 Dari pemerhatian ibu :
keremel ni memang sesuailah.. tak manis sangat dan tinggi juga..

ibu guna :

* 1 tin susu cair
* 6 biji kuning telur
* 70 g gula castor
* 1/2 esen vanila

Ibu hanya ubah susu cair dengan telur je... bahan -bahan yang lain macam biasa je..
Dan lagi satu bab  warnakan nya,ibu letak 5 sudu besar setiap warna.. barulah nampak lapisannya ..huhuhuhu









Ibu harap dapat membantu kawan- kawan cara nak buat karemel ni..








Burger ibu...

Syukur ke hadrat ilahi... dapat juga ibu update blog ibu ni... petang semalam ibu buat burger sendiri.. untuk ibu,ayah dan abang..burger ibu berkongsi dengan kakak...





resepinya simple sangat.. rasanya semua ibu-ibu diluarsana tahu nak buat macam mana kan..

  1. beberapa keping roti
  2. RAMLI burger
  3. Salat
  4. Mayonis
  5. Thousand island
  6. Cheese.. 

Rabu, 18 Julai 2012

Baby Donat Mayo


Alhamdulillah,dah lama ibu nak buat baby donat ni.. puas cari masa.. baru la ada..
sebenarnya banyak ibu buat donat ni.Tapi.. tak sempat nak ambil gambar sebab ibu nak bergegas pergi kerja.Dalam hati nak buat besar- besar tapi tak jadilah..
Resepinya ibu ambil dari  kak lina..
Macam - macam bentuk ibu buat.. bentuk donat, no.1 dan ikal rambut... saja nak menarik minat anak-anak untuk makan..








Sumber resepi: rosmarlina



Bahan-bahan :
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 140ml air suam
  • 1 1\2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 6  gram yis ( 3 sudu kecil)

  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Cara-caranya :


1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


selamat mencuba ye...

Khamis, 12 Julai 2012

Kek kukus cheese mousse...


Assalamualaikum....

Dah lama ibu tak update blog ibu ni.Ibu sekarang ni kalau tidurkan kakak...aduhai ibu pun tertidur sekali.. Penat agaknya .Lagipun kebelakangan ni ibu di hujani kerja yang banyak di tempat kerja... tu la ibu tak update lagi...

Jom tengok kek kukus  cheese mousse ibu ni...
atas dan bawah adalah kek kukus coklat yang ibu potong dua....















Kalau tengok kek kukus belah bawah tu  sepatutnya tinggi tapi dah di hempap dengan lapisan cheese dan coklat mousse..


 resepinya ye ;



(A) Bahan-bahan  buat kek kukus :

  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2  cawan minyak
  • separuh dari 3/4 cawan serbuk koko
  • separuh dari 1/2 cawan susu pekat manis
  • separuh dari 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
  • Esen vanilla( ibu tmbh )

Cara-cara  

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
  8. Dah sejuk,ibu potong 2..

 (B) Lapisan cheese
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 150gm  whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk


Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan whipping cream
  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair.biarkan sehingga suam- suam..
  3. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Pukul sedikit lagi untuk meratakan adunan.
  4.  Dah siap letakkan adunan cheese ni dalam kek kukus yang dah di potong dua tadi..
  5. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)




 (C) Chocolate mousse:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega
  • Sedikit kopi @ nescafe ( sikit je tau )


Cara-caranya :

  1. Pukul whippeed cream ( topping ) sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, gula dan serbuk koko.
  3.  Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dgn sedikit air panas utk melarutkannya,
  4.  kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream.Kacau sebati. Tuang aduan ini keatas lapisan cheese tadi.
  5.  Pastikan lapisan cheese tadi agak keras dahulu. Masukkan ke dlm freezer(biarkan dlm 1 hour)
  6. Selepas dah agak2 keras sedikit..letakkan lah potongan kek kukus tadi..
  7. Dah siap ye...


Sebenarnya senang je nak buat... bila kita dah tahu nak buat kek macam ni.. boleh la kita ubah suai nya...


Selamat Mencuba ye..







Jumaat, 6 Julai 2012

11 Cara Membuatkan Ibu Sedang Melahirkan Lebih Selesa




Kehadiran orang tersayang terutamanya suami sangat memberi erti ketika isteri sedang mengalami sakit bersalin .Si Ibu boleh berasa lebih selesa jika anda :

  1.  Urut mukanya untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan dia rasa lebih relaks. Usap muka dan lehernya dengan benda sejuk. 
     2.   Ingatkan dia supaya ke bilik air setiap sejam. Pundi kencing yang     penuh membuatkan kelahiran rasa lebih tidak selesa.

     3.  Galakkan dia minum dan makan jika doktor membenarkan untuk memberikannya tenaga untuk melahirkan.

      4. Bantu dia mengalihkan kedudukan untuk memudahkan lagi proses kelahiran.

      5. Urut belakangnya perlahan-lahan (atau kuat - mana satu yang disukainya).

     6. Sentiasa berada di sampingnya dan berikannya kata-kata perangsang, walaupun mungkin dia tak suka di sentuh semasa ini

     7. Bacakannya al-Quran. Surah Yaasin, surah Maryam antara yang elok diamalkan semasa ini .Anda juga boleh bersama -sama dengan berzikir

      8.Mandi di pancuran atau tab mandi boleh melegakan kesakitan.

      9. Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah dengan benda suam seperti tuala, atau botol berisi air suam.

      10. Minta dia hisap ibu jarinya sambil menekankannya ke atas.

      11.  Minta dia fokus mindanya kepada benda lain seperti bayi yang sedang dilahirkan, gambar pemandangan di dinding atau ,mungkin muzik yang menenangkan.

            

Orang tua, wanita hamil, ibu menyusu diberi kemudahan berbuka



Islam itu tidak memberatkan. Terdapat kemudahan untuk sesetengah golongan yang kurang
keupayaan dalam hal-hal ibadah termasuklah dalam ibadah puasa. Ikuti soaljawab yang dipetik
daripada fatwa Dr Yusof Qardhawi seorang ulama' terkenal masakini.

SOALAN

Bolehkah orang tua yang uzur berbuka puasa pada bulan Ramadan dan apakah yang patut
dilakukannya?.
Bagaimana pula dengan wanita hamil yang membuka puasanya kerana dikhuatiri anak dalam
kandungannya meninggal dunia? Jika dia berbuka apakah yang patut dilakukannya? Bolehkah
kita menggunakan wangian pada bulan Ramadan?


JAWAPAN

Untuk soalan pertama, hukumnya harus berbuka bagi orang tua yang ada kesusahan dan
kepayahan untuk berpuasa. Samalah juga hukumnya bagi orang tua dan orang sakit yang tiada
harapan sembuh.

Harus berbuka bagi orang yang lama sakitnya dan tiada harapan untuk sembuh serta telah
disahkan oleh doktor. Mereka boleh membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin
sehari mengikut hari yang ditinggalkannya. Ini merupakan kesenangan dan kemudahan
daripada Allah.

Firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran
bagimu. (al-Baqarah: 185)

Firman-Nya lagi: Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. (al-Haj: 78)
I

bnu Abbas r.a. berkata: "Diberi kemudahan berbuka bagi orang yang tua, tetapi hendaklah dia
memberi makan kepada fakir miskin tiap-tiap hari yang dia tinggalkan dan tidak perlu
mengqada puasanya." (Diriwayatkan oleh Ad-Daruqami, dan Hakim telah mengesahkannya)
Bukhari juga meriwayatkan hadis yang hampir sama. Firman Allah: Dan wajib bagi orang yang
tidak mampu mengerjakannya (tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan
seorang miskin. Barang siapa yang dengan rela hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang
lebih baik baginya. (al-Baqarah: 184)




Maksudnya, sesiapa yang ingin menambahkan amalannya dengan memberi orang miskin
makan menurut kadar yang telah ditetapkan, itulah yang lebih baik dan sedekahnya itu kekal di
sisi Allah.

Kesimpulannya, orang tua sama ada lelaki atau perempuan dan pesakit yang tiada harapan
sembuh dikenakan fidyah dan wajib bersedekah untuk menggantikan puasa yang
ditinggalkannya.


Bagi soalan kedua, iaitu bolehkah wanita yang hamil membuka puasanya kerana
dikhuatiri anak di dalam kandungannya itu meninggal dunia, jawapannya: Ya, dia boleh
berbuka.



Malahan, jika ia dikuatkan lagi dengan pengesahan daripada doktor muslim yang dipercayai
dari segi ilmu perubatan dan agamanya, dia diwajibkan berbuka.

Firman Allah: Jangan kamu bunuh anak-anak kamu. (al-Anaam: 151)

Firman Allah lagi: Dan wajib bagi orang yang berat untuk menjalankannya (tidak berpuasa)
membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin... (al-Baqarah: 184)

Kebanyakan ulama mengharuskan berbuka puasa bagi wanita hamil dan wanita yang
menyusukan anaknya yang bimbangkan kesihatan diri mereka jika berpuasa, tetapi
diwajibkan menggantikannya. Keadaan mereka sama dengan keadaan orang yang sakit.
Mengenai masalah bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan, telah disepakati
bahawa bakal ibu itu harus berbuka puasa, cuma yang menjadi perselisihan adalah
adakah wajib diganti atau dibayar fidyah atau kedua-duanya sekali. Ibnu Umar dan Ibnu
Abbas mengharuskan bagi wanita itu membayar fidyah.

Kebanyakan ulama berpendapat dia wajib mengqada puasanya. Setengahnya pula
berpendapat wajib ke atas wanita itu melakukan kedua-duanya sekali.
Pada pandangan saya, harus bagi wanita itu membayar fidyah sahaja. Melihat kepada
wanita yang menanggung beban kandungan dan menyusukan bayi, tidak ada masa
baginya menggantikan puasanya. Setahun mengandung, setahun menyusukan anak
selepas melahirkannya.
Oleh itu, tidak ada masa hendak menggantikan puasanya. Jika diwajibkan juga
menggantikan puasa, ini bermakna dia terpaksa berpuasa beberapa tahun
bersambung-sambung. Ini menyusahkannya, sedangkan Allah tidak menyusahkan
hamba-Nya.


Untuk soalan ketiga pula, iaitu tentang penggunaan wangian pada bulan Ramadan, hukumnya
harus. Ia tidak merosakkan puasa. Tidak ada keterangan atau pendapat sesiapa tentang hal ini.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka









Jumaat, 29 Jun 2012

Kuih Kaswi Gandum






wahhh inilah dia kuih kegemaran ibu ,yang ibu mencari selama ni.. Puas ibu godek -godek resepinya.. sampai minta kat kak uda tapi kak uda punya terlalu simple tak de sukatan yang tetap.. hanya anggaran sahaja.. JAdi ibu cuba buat... wahhhh nagis ibu tak menjadi.. Akhirnya ibu buka blog kak Ummi..heheheh ibu jumpa resepinya.. kebetulan ibu puasa sunat.. teringin nak makan kuih kaswi.. jadi ibu buatlah...hemmmm... memang sedap sangat. ibu makan banyak masa buka posaa.... Dah tu ibu teringat akan arwah mak ibu, arwah memang suka sangat buatkan ibu kuih ni sebab arwah tahu ibu suka sangat makan kuih ni.Arwah selalu buat kan ibu kuih ni tak keras sangat.Sedang- sedang lembik..jadi ibu pun buat macam tu... heheheh..

sseperti biasa ibu kalau bab nak ambil gamabr tak berapa pandai sangat.. asalkan ada je... takut di ganggu oleh 2 orang pembantu ibu yang masih muda ni...hehehe



 Jom cuci mata jap....











NaK RESEPINYA KE.....

Bahan- Bahan :
- 5 cawan air
-
1 cawan gula merah
-
1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
-
1/2 cawan tepung ubi/jagung ( ibu guna tepung jagung je) 
-
1 sudu kecil air kapur kuih [optional]

Bahan Atasnya :

- Kelapa parut (muda/putih saja)
-
Sedikit garam



Cara:
1. Panaskan kukusan.

2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.

4. Masakkan sehingga masak [30 minit]

5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam
.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.



 Selamat mencuba ye...