Khamis, 21 Jun 2012

Kek Oreo Cheese




kek ni ibu buat untuk menghabiskan apa yang ada dalam peti.Kebetulan bahagian cheese ni punya resepi kena guna whipping cream.tapi memandangkan whipping cream dah habis,ibu gantikan dengan whipped cream. memang sedapla.. Resepinya sama je dengan resepi kek cheese coklat tu.. cuma ibu ambil bahagian chese je di ubah sikit :













 Resepinya :


Bahan -bahan  :

 Lapis bawah :
  • 120 g biskut oreo ( di keluarkan isi dan hancurkan
  • 70 g un salt butter ( di cairkan )

Lapis Atas: (Cheese)
  • 250g Cream Cheese (lembutkan)
  • 120g Gula Kaster
  • 2 keping biscult oreo (keluarkan isi ** & hancurkan)
  • isi biskut oreo yg dikeluarkan **
  • 150g Dairy Whipping Cream  / Ibu guna whipped cream
  • 1½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk

Cara-cara

Lapis Bawah/crust:
  1. Campurkan biscult oreo dengan butter, tuang ke pan (18cm) yg boleh buka tepi, tekan rata dengan kuat. Masuk ke dlm peti sejuk selama 1 jam

Lapis Atas/filling:
  1. Pukul cream cheese & gula kastor sehingga licin.
  2.  ( disini ibu pukul asing whipped cream sampai kembang dalam periuk yang lain ,) 
  3. Masukkan bahan lain pukul sebati. (biskut oreo yg hancur,isi biskut,whipped cream).
  4. Masakan  Gelatine & Full cream milk hingga larut.
  5.  satukan whipped cream dan gelatin yang dah larut dalam chese
  6. Kacau sebati dulu
  7. Masukan ke dlm peti sejuk selama 3 jam baru boleh dihidangkan.

  whipped cream( biasanya orang guna untuk buat coklat mousse) dan whipping cream  ( biasa memang guna untuk buat cream cheese ) untuk kek ni ibu guna whipped cream yang ibu mixer dia sampai kembang baru masukkan dalam chese dengan gelatin ( pastikan gelatin dan susu di larutkan juga )tadi.

Kalau ibu guna whipping cream tak perlu pukul asing.. lepas pukul cream cheese dengan gula  boleh masukkan semua bahan-bahan tu ( pastikan gelatin dan susu perlu di larutkan supaya mendapatkan hasil chese yang cantik...


 Boleh refer kek coklat cheese ibu





Tiada ulasan: