Masalah ini dipercayai ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke -6 hingga ke 14 iaitu pada awal kehamilan.Masalah ini turut berlaku di trimester ke tiga kehamilan.
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah ini berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan asid dalam perut yang menyebabkan pedih hulu hati.Oleh yang demikian ibu hamil hilang selera makan,menyebabkan angin berkumpul dan mengakibatkan kembung.Difahamkan juga akibat kelemahan deria rangsang,ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-mntah..
Amalkan petua berikut untuk mengurangkan masalah ini...
- Elakkan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir.
- Elakkan makanan yang menyebabkan angin antaranya seperti bawang, kobis, keledek,ubi kentang,pisang,pucuk ubi,nangka,kacang dan minuman bergas.
- Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
- Makan secara perlahan-lahan.
- Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
- Elakkan makanan-makanan yang pedas.
- Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
- Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.{mosimage}
- Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi dalam kandungan.
- Jangan baring, tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
- Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
- Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dengan air dan letakkan gula secukupnya rasa jika suka
- Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing gum yang bersifat alkali akan meneuralkan keasidan dalam perut.
Kembung Perut, Pedih Hulu Hati, Loya Dan Muntah Semasa Hamil
- Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai,bengkokkan lutut.
- Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
- Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya disamping menjauhi penyakit gastrik.
Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah dan kembung yang serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.
Rujukan: (1)BabyCenter.com, (2) Ensiklopedia Perbidanan Melayu (Datin Sharifah Anisah Barakbah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan