Selasa, 27 Mac 2012

Penyimpanan EBM Ibu




Sebenarnya inilah kali pertama ibu membuat stok EBM.. Pada mulanya ibu tak yakin sama ada ibu mampu atau tidak mengepam susu dan menjadikan stok beku untuk kakak..Selepas kakak lahir pada 5 Dis  2010 mulanya ibu was-was  nak direct breastfeeding sepenuhnya atau siang guna susu tepung..Lama juga berfikir..Akhirnya mendapat semangat dari Pn .Suraya.. katanya boleh buat stok seawal 7 hari kelahiran.Tapi ibu tak dapat buat macam tu.. Ibu buat 1 bulan selepas kelahiran.. Iyelah belum kumpul ilmu lagi... Tapi menyesal juga lambat buat stok kakak.


Di sini ibu ada sertakan stok awal kakak di bulan Januari 2010..
Tapi sayangnya ibu tak sempat nak merekodkan berapa jumlah EBM beku kakak sepanjang 1 tahun... Rugi rasanya..


Masa ni terasa gembira sangat bila tengok peti ais.. tersenyum lebar mengenangkan mampu juga ibu menyimpan susu untuk kakak.




 Ibu guna  peti 2 pintu je.. Terasa nak beli DF tapi En.Hubby kata takut,sebab karen rumah sewa ibu ni tidak di update baru.. risau selalu off je elektrik ni.




Masa ini juga ibu ikat EBM ni.. akhirnya bila dah semakin penuh menyesal pulak di ikat.. kan dah tak cukup.. Ada sekali ibu terlihat blog sapa ,ibu tak ingat.. jadi ibu lepas ni dah tak ikat dah... hanya double zip je..


Gembirakan tengok Stok EBM ibu  semakin bertambah..



Ini permulaan susu kakak.. warnanya cair sikit.
Gambar-gambar yang kat atas ni stok EBM bulan 12 , 1 , 2 , 3

                                   

masih di bulan 3, 2011





hehhehe yang ni ada nampak serabut juga.. dah semua EBM di ikat mana tak serabut kan...


 2012


Walaupun Stok EBM semakin hari semakin turun.. Alhamdulillah  ibu masih mampu lagi memberikan kakak susu ibu..Stok atas dan bawah kiri adalah EBM bulan 2 Bawah kanan adalah baru pengumpulan bulan 3 ni.


Atas bulan 12, 2011 dan bawah bulan 1 ,2012.. sebenarnya stok EBM bulan 1 ni sikit sebab ibu balik kampung bercuti,jadi tak bawa pam pun.. sebab tulah sikit..


Maksud di sebalik istilah- istilah penting bagi susu ibu

  •  EBM          -  Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM - Susu yang baru di perah
  • Chilled EBM - susu yang di perah ,di sejukkan  di bahagian sejuk ( yang bukan beku ) dan akan membentuk 2 lapisan.
  • Frozen EBM - susu yang di simpan di dalam tempat beku.

Di sini ibu nak buat pengiraan sikit mengenai EBM kakak yang sempat ibu kira dari Nov 2011,Dis 2011 ,Jan 2012 ,Feb 2012 dan Mac 2012...

Nov  2011
40 plastik x 3oz = 120 oz

Dis 2011
50 plastik x 3 oz = 150 oz

Jan 2012
17 plastik x 3 oz =51 oz

Feb 2012
20 botol x 3oz =60 oz
19 plastik x 3 oz =57 oz
Jumlah  = 117 oz

Mac 2012
30 plastik x 3 oz = 90 oz

Kalau nak di bandingkan dengan susu fm ibu  terasa juga kewangan kan..Contohnya ibu ambil pengiraan susu abang ye :

1 minggu - 1 tin = RM 73
1 Tahun - 52 minggu  = RM 3796


Besar juga belanja tu..
alhamdulillah dapat membantu ayah dalam 'saving' susu anak..



Kalau nak di bandingkan jumlah wang ni,ayah gantikan dengan membelikan makanan berkhasiat untuk ibu.. Alhamdulillah..


Sepertinya ibu tak percaya mampu memberikan susu ibu pada kakak.. Tapi segalanya tak mustahil Dengan Izin dari Nya..





Sabtu, 24 Mac 2012

Pau Inti Kacang Merah



Dah lama sangat teringin nak buat kuih pau.. asyik tertunda je.. nilah hasil yang di buat petang tadi..
Bila buat kuih ni teringat arwah mak ibu ,arwah suka buat pau.. Kalau buat mesti inti keledek.Ibu ingat nak buat inti keledek,tapi ibu teringatkan kegemaran hubby inti kacang merah.. Bagus buat je kacang merah..



Selepas di kukus selama 10-15 minit.











Hasilnya terjadilah pau inti kacang merah ni... untuk minum petang
Yang peliknya abang tak suka pau inti kacang ni.. Dia lebih suka melayan mee sup dia.Yang kakak pulak,aduhai jangan kata tidak.. Bila tengok ayah ambil 4 biji kuih + inti tambahan di tepi pinggan,katanya baru puas makan ,kalau inti dalam tak mencukupi..Kalau beli di kedai mana dapat nak letak inti sebanyak tu..Tersenyum ibu tengok ayah berselera makan.. Nak-nak di hadapan ayah ada kakak.. suka pulak kakak makan..

Pas ayah makan,ibu lak ganti tempat ayah makan.tapi ibu 3 biji je di samping inti kacang di sebelah.. emmm kakak pun tumpang sekaki lagi sekali.. Kuat juga kakak makan jika nak di bandingkan abang nya..

Mungkin kakak sama kegemaran dengan ayah kot..

Puas hati ibu dapat buat minum petang untuk keluarga..
Alhamdulillah,rezeki yang Allah berikan ini kepada keluarga ibu..






 selepas di sejukkan macam nilah rupanya.





..tinggal sedikit je.Tadi penuh satu bekas ni..



 Nak tahu resepinya ? Jom...



Bahan-Bahannya :

  • 3 cwn tepung pau
  • 3 1/2 sb rata
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  •  3 sb rata  shortening 

 Cara-caranya :
  1. Satukan air suam,gula,garam dan yis dalam bekas dan kacau sampai larut.
  2. Dalam bekas lain,masukkan tepung pau dan baking powder - di ayak.
  3.  Satukan tepung yang di ayak dengan  No 1 tadi dan juga shortening sekali.Uli sehingga benar-benar tidak melekat di tangan.( sekiranya masih melekat tambahkan tepung sedikit ).Tutup adunan dan perap doh selama 30 minit.
  4. Ambil sedikit adunan dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula
  5. .Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  6. Kukus pau selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.


Inti Kacang Merah :


Bahan-bahan :
  • Kacang merah
  • Gula melaka ( ikut sukatan sendiri sama ada nak kan manis atau tidak )
  • air ( anggaran sendiri )
 Caranya :

Hubby ibu beli kacang merah RM 2 je.di rendam semalaman dulu.

  1. Rebus dulu kacang merah ni sehingga benar- benar lembut.
  2. sejukkan rebusan kacang merah ni,setelah tu di blend sehingga halus (letakkan sedikit air).
  3. cairkan gula melaka (  ibu guna 1 ketul gula melaka) dan campurkan semula dengan kacang merah yang sudah di blend tadi.
  4. kacang merah ni jangan terlalu cair dan jangan terlalu kering.Ikut sedang -sedang je .macam ibu punya..


Selamat mencuba ya...







Ahad, 18 Mac 2012

Masa lapang anak- anak




Anak-anak kena ikut masa SGM diadakan di sarakid Kuching..




 memang tengah suka sangat dengan utraman  tu...




Salah satu tempat permainan di Tesco melaka
Tengoklah masing-masing tengah gembira sangat abang bawa kereta...




Baru pandai naik kereta sewaktu SGM pertama di jalankan...
tu ha.. sibuk sangat nak naik... walaupun tak pandai berjalan lagi..



Aduhai anak-anak.. kat sini pun nak jadi rebutan mainan.. poning pala ibu  dan ayah tau..




Kuih Bakar Pandan



salah satu kuih kegemaran saya.Memang dari dulu sampai la sekarang.Dulu-dulu arwah mak saya memang selalu buat kuih ni... Tapi sekarang ni saya dah tahu nak buatnya.. Bukannya susah sangat pun..



teman setia di saat memerlukannya..



acuan ni baru je beli dekat india street.. tak delah mahal RM 14.50 je



Pertama kali menjadi..
tak sabar nak ambil gambar..tepi- tepinya saya buat garing kerana saya dan MR.Hubby suka kerak



Hasilnya dah di keluarkan .. sekejab je dah habis..
Syukurlah adunan tepung ni boleh buat sampai 3 keping...






Bahan- bahan :

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum, ikut kesesuaian
  • sedikit paste pandan



Cara- cara nya :

  1. Kisar gula dan telur sehingga kembang
  2. Masukkan tepung dan santan bergilir -gilir sehingga habis,kisar sehingga sebati
  3. Letakkan paste pandan
  4. Gula boleh di tambah jika ingin manis
  5. Sapukan minyak kelapa atau marjerin pada acuan dan panaskan seketika.Sebelum tu,panaskan oven selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.
  6. Keluarkan acuan dan masukan adunan hingga paras acuan dan bakar lebih kurang 20 - 30 minit ( saya guna 30 minit sebab nak keraknya ),bergantung kepada jenis oven dengan suhu 190 C









Jumaat, 9 Mac 2012

Koleksi Buku Baru



Alhamdulillah,tadi masa rehat tengah hari,pergi MPH cuci-cuci mata.Dah lama benar tak membeli buku.. Terasa rindu pulak nak membaca.. Tilik punya tilik jumpalah buku-buku ni..
Macam tak sabar nak baca waktu kerja..Rumah tak dapat nak membaca di ganggu oleh anak-anak



Secubit Halwa Penawar Jiwa..





Haji Muda
Tip-tip menjadi tetamu Allah.. InsyaAllah..


inilah koleks Y-pad anak-anak,supaya mereka tak mengganggu ibu punya labtop


ada ABC..123.. dan lagu-lagu.. boleh la bagi abang leka menekan




Labtop yang mengandungi beberapa surah dan doa.. bila di tekannya surah tu,masing-masing mengangkat tangan nak aminkan.. aduhai anak-anak.. keretah kalian wat ibu  dan ayah tersenyum je..



Tapi,memang selalu berebut la tengok 2 benda ni.. masing- masing tak mahu mengalah..

Khamis, 8 Mac 2012

Peralatan BF saya




 Sudah lama saya nak menulis tentang gajet  yang saya bawa setiap hari dan juga kegunaan kat rumah ..

Pam S3 ni di rumah saya..



S3 ni pula di tempat kerja saya..
 
 

Salah satu simpanan susu saya..
Sekali beli 10 kotak,kotak ni corak yang lama punya.Dah pun habis.. memang genap -genap 6 bulan stok kakak.



hehehe ni hubby baru beli tahun lepas 10 kotak lagi stok simpanan susu kakak.Jimat beli online ada murah sikit kalau beli twin pack.Rasanya 10 kotak ni InsyaAllah cukup sampai kakak 2 tahun .Memandangkan susu pun tak semeriah dulu.. boleh tahan  kot.hheheh

terima kasih ayah belanja simpanan susu kakak.



Rabu, 7 Mac 2012

Power Pumping



 Saya juga mengalami situasi kekurangan susu.Jadi jalan altenatifnya,saya melakukan power pumping.. Walaupun bukan mudah untuk mendapatkan hasil semula .Saya perlu kuat demi Siti..

Di bawah ni ada saya huraikan mengenai power pumping..

Power pumping adalah satu teknik mengepam yang boleh membantu untuk kita meningkatkan penghasilan susu.Power pumping teknik yang biasa tapi ia lebih unik untuk meniru bayi menyusu secara tak langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya.Teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang ingin relaktasikan / menyusukan semula anaknya apabila berhenti menyusu.
  • Ibu yang kekurangan susu akan berusaha untuk memperbanyakkan semula susu.Ini di sebabkan akibat daripada perubahan hormon,period, terlalu banyak skip mengepam yang boleh menyebabkan kekurangan susu.


 Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pam

  •  pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar lagi ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar- tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump
  •  Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam  antara 12 :00 am - 6:00 am. sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kita jangan berfikir,sekali kita buat kita dah boleh mendapatkan hasil yang banyak.Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu.
 Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’  sahaja yang kita perasan,tetapi jangan cepat mengalah teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa



Hasil power pumping buat pertama kali saya lakukan sewaktu siti 7 bulan..





 ini pulak semasa siti berusia  1 tahun..

 Apa yang penting...

 usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah akan berhasil..

Selasa, 6 Mac 2012

Permulaan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum....

Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama teman mengenai penyusuan susu ibu.walaupun saya tahu saya tak punya banyak pengalaman berbanding dengan ibu - ibu yang sudah mempunyai 3 @  4 orang anak. :-)..Tapi saya akan hasilkan pengalaman saya agar sesiapa sahaja ibu- ibu yang mengandung akan dapat menyusukan baby mereka sehingga usia 2 tahun.Amin...

Segalanya bermula apabila saya gagal menyusukan abang.. hanya menyusukan dia setakat 6 @ 7 bulan sahaja.. tu pun dengan pam bukan direct breast feeding.. pelik kan? Semasa saya mengandungkan anak pertama,saya beranggapan begitu senang untuk menyusukan anak.Hanya bagi je B pada baby then minum lah.. Rupanya sangkaan saya meleset.. Dari situ saya terbaca majalah PA & MA kebetulan mengenai tajuk  Laktasi semula dan dalam itu juga menunjukan kejayaan seorang doktor yang berjaya mengumpulkan hampir 200 botol EBM ( syabas doc) dan saya terbaca juga kaunselor laktasi iaitu Pn.Suraya kerana berjaya laktasi semula anak pertamanya dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya...

Emmm dengan sedikit semangat yang ada (walaupun masih 50% /50 % lagi ) saya cuba mendapatkan no tel Pn.Sue,saya berjaya berbual dengan Pn.Sue.Alhamdulillah berbekal semangat dan dorongan dari Pn.Sue saya cuba menyusukan abang..Tapi akhirnya saya menyerah kalah dan terasa penat nak bangun pam setiap 3 jam,hasilnya memang tak banyak ( sebenarnya belum cukup ilmu penyusuan di dada :-) ) Aduhai...

Setiap hari membaca kejayaan pn.Sue,mcam mana Pn.Sue boleh laktasi anaknya Zikry??? Terus terang saya katakan saya give up dan stress sangat.Kesudahannya saya mencapai kegagalan.Jiwa saya tak kental seperti Pn.Sue..Lantas,saya nekad disamping berdoa semoga saya mendapat seorang lagi cahaya mata dalam masa terdekat untuk laktasikan semula abang bila ada kehadiran adiknya..Alhamdulillah,Allah mendengar rintihan hati ku.. akhirnya saya mengandung ketika abang usia 5 bulan.

Disinilah segalanya bermula.. Sepanjang kehamilan saya yang kedua ini saya sudah bulatkan hati,dah nekad sekiranya dengan izin dari Allah swt saya ingin menyusukan baby kedua ku dengan susu ibu sahaja.. Alhamdulillah,ibu berjaya.

Ahad, 4 Mac 2012

ikan Siakap Masak Tomato





emm ikan siakap ni beli dekat kampung bako tau.. bukannya dekat.Memandangkan ramai rakan-rakan kata kat sana tu semua ikan yang fresh-fresh.. Jadi,pergilah bawa anak-anak.

Sekali budak- budak ni tertidur sudahnya..

Menu Makan tengah hari dan malam.. Anak-anak ikan yang sama tapi tidaklah pedas punya..


 Resepi :

3 biji buah tomata ( dihiris dadu je )
Bawang Besar ( dihiris bulat-bulat)
Kunyit hidup ( di kisar )
Cili hidup ( di kisar)
Halia (kisar) 
Bawang putih (kisar)
Bawang Merah (kisar)


Cara-caranya :

Masaklah seperti biasa kita masak tu..
senang je








Kuih Puteri Ayu


Hari ni tiba-tiba nak sangat buat kuih puteri ayu..
Memandangkan ini adalah kuih kegemaran saya sejak dari dulu lagi memang kalau arwah mak buat kalau tak habis 6 biji tak sah..
Tapi semua tu adalah kenangan yang tak dapat nak dilupakan..

Hasilnya hehheheh..
Pandai juga anak mak buat kuih kan...















bukan senang nak buat kuih ni dengan terpaksa berhenti je memandang kakak nak menyusu.
kesabaran yang tinggi terjadilah kuih ni untuk minum petang..

Saya buat kuih ni dalam 50 biji je..dua kali trip.
1st trip ha... adalah kelapa macam ni, second trip dah malas sikit,letak kelapa dalam tengah tu.Tapi tak  anbil gambar pun.Anak-anak punya minum petang..
Mereka tak suka ada kelapa,jadi terpaksa buat kosong .Tapi bagus juga... tak la ibu penat nak letak kelapa..

Resepi nya :

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette ( di cairkan dulu sebelum di campurkan dalam adunan )
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau / esin pandan pun boleh

       1 biji kelapa parut putih sahaja letak,
  • 2 sudu teh garam ( agak-agaklah)
  • 1 sudu makan tepung ubi

 

Cara-cara nya :

  1. Ayak tepung bersama baking powder kemudian  ketepikan.
  2. Putar telur + gula sehingga betul-betul kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan-tekan dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Dah siap pun.. selamat menjamu selera.










Jumaat, 2 Mac 2012

Puding Roti ku



Alhamdulillah.. nilah hasilnya puding roti ku..
nak buatnya senang sangat..



setelah di potong jadinya macam nilah..
minum petang untuk anak-anak...

  

Resepinya macam ni :

 4 keping roti
 2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat
 1/2 cawan susu cair
 10gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
 31/2 cawan air
 2 sudu besar serbuk koko



Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Matikan api.
4. Bahagi kepada 2 bahagian. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko.
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang, kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi, ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.





Roti kaya dan nasi goreng





Menu di hujung minggu...
seperti biasa lah..





 Yang ini pulak minum petang pisang goreng  bersama air milo dan nescafe..
kakak punye minuman nestum je..





Persiapan minum pagi untuk hubby dan  sebelum berangkat kerja..
bersama dengan bekal untuk anak-anak..



Kadang kala dah tahu nak masak menu apa..
Dapat je idea,mulalah sebelum tiba hujung minggu  dalam hari khamis dah bawa buku masakan untuk cari idea..hahahha..