Khamis, 21 Jun 2012

Puding Roti Kastard


Minggu lepas adik ipar ibu datang sini sebab ada kerja yang nak dibuat di ofis mahkamah syariah.Jadi kesempatan ni ibu mintala belikan roti gardinia.Ibu fikir yana kecil, rupanya roti yang besar di belinya..Jadi sebelum dia expired,ibu jadikan puding roti ni...hehehehe. rupanya senang je nak buat.Ingatkan susah la .



da siap masak..agak naik sikit, tapi akan kecut semula...


nah.. tu dia..




 


ibu dah potong 4..



 yang ni letak kuah kastard... emmm memang sedap tau..anak-anak ibu punyala suka makan yang ni..habis loyang 8'' tu tok 4 beranak makan.







Resepinya :


 Bahan-bahan : 
  •  8 keping roti
  • 500 ml susu segar  *
  • 4 sudu  besar gula halus *
  • 2 sudu besar butter -di cairkan *
  • 2 biji telur  *
  • 1 sudu teh esen vanila *
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon *
  •  2 sudu besar kismis


Sos Kastard :

  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula

Cara-caranya :
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan -bahan yang bertanda * dan tuang ke tas roti tadi
  3. Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya
  4. Tabur kismis di atas adunan tadi.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit ataupun sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah sos kastard,campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga pekat sedikit.
  7. dah siap boleh di tuang ke atas roti  yang dah masak..


Selamat mencuba











Tiada ulasan: