Jumaat, 8 Jun 2012

Kek Cheese Coklat lagi..


hahahaha  ibu tak tahulah apa nak jadi dengan ibu ni... Dah tak habis-habis buat kek pulak.. dulu asyik dengan kuih muih.. Tapi sekarang ni dengan kek.. jom tengok kek coklat ibu ni..

Lebih kurang sama dengan kek yang sebelum ni ibu buat " Kek Cheese Coklat "
Tapi kali ni ibu buat lapisan bawah dia kek coklat  pastu ibu potong dua..Lapisan atas ibu wat minum petang.Lapisan bawah tu ibu guna untuk letak cheese dan lapisan atas letak coklat ganache... heheheh... Ayah suka coklat atas tu... jadi ibu buat tebal sikit...hahahaha...


Jom singgah tengok ye....




pandangan atas nya..






Ini pandangan tepi.. lapisan cheese nya ibu buat lembut sikit dan ia menutupi lapisan kek coklat di tepi-tepi tu.. sebabnya bila kek coklat tu dah masak...ia akan kecut sikit bila dah sejuk.. JAdi ada ruang-ruang untuk cheese tu turun di tepi-tepi kek coklat tu...





Ni yang asal setelah di buka pannnya...





Gambar yang atas dan bawah ni sama je.. tengoklah lapisan cheese nya  dan lapisan coklat ganache nya tebalkan... kalau yang ni memang kakak an abang suka cheesenya... ada lembek sikit..






 Jom tengok resepinya :


(A) Untuk Buat kek coklat...

Bahagian Bawah :
Bahan-bahan:-
  • 1 cawan gula castor / 1/2 cawan gula castor
  • 1 cawan susu segar perisa coklat / 1/2 cwn je
  • 1 cawan minyak / 1/2 cwn je
  • 3/4 cawan serbuk koko / separuh dari 3/4
  • 1/2 cawan susu pekat manis /separuh dari 1/2
  • 1 1/4 cawan tepung gandum / separuh dari 1 1/4
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur / ibu mantain kan
  • Esen vanilla( ibu tambah )
* bahan-bahan yang tertanda merah adalah di ubah dari yang asal.. semua ibu guna separuh dari resepi asal

 

Cara-cara  :

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  Kek Ni ibu potong dua ye.. sebab tak nak buat lapisan kek yang tebal sangat.. nanti nampak kek coklat lebih tinggi dari cheese dan lapisan coklat ganache..

* Lapisan yang dah separuh di potong ibu simpan untuk minum petang sementara tunggu kek cheese siap ..




(B) lapisan Tengah :

Bahan-bahan :-
  • 250gm cream cheese (lembutkan) / ibu guna 300gm
  • 120gm gula kastor /ibu guna 170 gm
  • 150gm  whipping cream / ibu tambah 200 gm  
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk/Ibu guna 130 ml
* ibu tambah lebih sikit sebab nak jadikan lapisan tu lembik sikit..



Caranya :

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair.pastu bile da suam-suam sikit br tuang kat cheese .Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td.
  3. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)


( C) Chocolate ganache:


Bahan -bahan ;-
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega


Caranya :



  1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil
  2. .. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
 [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil )


Selamat Mencuba ya...


Tiada ulasan: