Isnin, 30 April 2012

Cucur Keledek

Tergerak hati ibu nak buat minum petang untuk abang dengan kakak cucur keledek.Memandangkan keledek pun ada kat rumah..Jadi,dapatlah idea ni bila terjumpa di salah satu blog kawan..




NIlah rupanya cucur keledek ibu...


 

Yang ni  keledek yang ibu dah parut..

 


Yang ni pulak bahan-bahan yang nak di campurkan dalam keledek tu..

Bahan-bahannya :

1 biji telur
seulas bawang putih di cincang
 sekerat bawang besar dicincang
2 sudu tepung jagung @ bergantung berapa banyaknya keledek ye
1 ketul ubi keledek

 Caranya :

Gaul semua bahan sehingga sebati,pastu gorengla dalam minyak yang sedikit ye..
senang je nak buatnya.. bila tengok abang suka makan,kira oklah.. kalau kakak mungkin lum pandai lagi agaknya..

Popiah Goreng



Ibu sekarang ni lebih suka buat kuih muih,memandangkan anak- anak sekarang semakin membesar..pulak abang semakin kuat makan...suka benar ibu tengok abang makan.. macam tak sangka selera makan abang boleh tahan juga.Badan pun boleh tahan juga sekarang ni...



ni yang belum goreng tau.. ibu buat adalah dalam 17 gulung..




huhuhu dah siap pun popiah goreng ibu..
intinya biasa je,karot  tauge dan sengkuang..




nilah kuah kegemaran ayah.. ibu buat lebih sikit.. kadang- kadang adanya kuah ni ayah lak buat ayam panggang cicah le dengan kuah ni..
kira 6 dalam 1 la fungsi kuah cili ni..






Isnin, 9 April 2012

Mee Jawa




  Sarapan pagi keluarga ibu

ini ibu dan ayah punya.. 



 Yang ini pula abang punya..





Kakak tak pandai makan mee jawa. Jadi ibu buat mee sup je..

Mee jawa ni kegemaran abang.. sebab tulah tak hairan kalau abang boleh habiskan ni siap bersulamkan air..heheheh







Bahan-bahan ( 2 orang dewasa + 2 kanak-kanak)


1 kg mee kuning - dicelur
• 4 biji telur rebus
• taugeh
• 2 keping tauhu - potong dadu
• daun bawang & daun sup - dihiris halus
• cili api + kicap manis (nak bagi pedas)
• bawang goreng
• ayam goreng
• daging / ayam goreng pun boleh ( tapi ibu tak letak,ibu ganti udang je..)
• garam & gula secukup rasa
• air
• cili potong - perhiasan



Kuah mee jawa..

• 3 sudu besar udang kering -* 
• 4 biji bawang merah *
• 1 labu bawang besar * 
• 2 ulas bawang putih *           
• 2 cm halia  *
• 1 cm lengkuas  *
• 1 batang serai *

• 1/4 ubi keledek - direbus dan dikisar halus
• 2 sk rempah kari daging
• 2 sk serbuk jintan manis
• 2 sk serbuk jintan putih
• minyak utk menumis
•1 ½ sb cili  kering - sudah di kisar

• 1/2 kiub ayam
• garam & gula secukup rasa
• air secukupnya
• cili potong - perhiasan
• 2 sb tepung jagung ( di bancuh dengan sedikit air)







Cara-cara :


  • Kisar semua bahan yang ada tanda *
  • Kisar juga ibu keledek
  • Masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah kisar kecuali keledek.Masak sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili yang sudah di kisar,masak sehingga seakan –akan pecah minyak.
  • Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan tadi bersama – sama jintan manis, jintan putih dan keledek tadi.
  • Masukkan  juga air mengikut kepekatan yang di sukai.
  • Masukkan tepung jagung sekali.
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing- masing.
  • Hidangkan mee,telur rebus,ayam,tauge dan tauhu.
  • Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup, daun bawang dan juga hirisan cili hidup tadi


 ( resepi ibu ni ,ibu kurangkan serbuk kari dan cili yang dah di kisar kerana ibu nak bagi anak- anak ibu makan sekali.ibu tak rajin nak buat 2 kali.Jadi hanya 0.05 % je terasa kepedasannya. untuk orang dewasa kalau nak pedas boleh tambah cili kicap ataupun tambah lah lebih serbuk kari dan cili blend ye.kuah ibu pun tak berapa pekat.. kalau nak pekat bolehlah letak lebih sikit tepung jagung ( bergantung banyak mana kuah yang hendak di buat ye) )












Kek Sarang Semut..

Rupanya Kek Sarang semut ni senang je nak buat.. cuma cepat atau lambat je...
terasa rugi juga ibu tak ambil gambar lepas siap.Kalau tak memang sudah di ambil..
Lebih menyeronokkan ibu,lepas ayah pulang terus je pergi dapur  sebab dah terhidu sarang semut.. masih panas - panas lagi.. ayah kata SEDAP... tersenyum ibu mendengarnya..




Bahan-bahan ( loyang saiz 8 inc )

  • 5 biji telur ayam gred A
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn butter/ marjerin
  • 2 sk potas @ soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Masak gula hingga perang dengan api kecil.Tuangkan air sambil kacau sehingga rata untuk dijadikan gula hangus. Masukkan air ke dalam kuali mula dari tepi kuali perlahan- lahan kerana gula akan meletup letup sedikit. Tutup api & Letak tepi.  
  2. soda bikabonat di Ayak bersama tepung gandum .
  3. Pukul butter & susu pekat hingga kembang
  4. Masukkan telur 1 per 1. Kemudian Asen vanila. Pukul sekejap selama 5 minit.
  5. Kemudian  masukkan tepung yg telah diayak td berselang seli dengan gula hangus. Pastikan mula & akhirnya tepung ye. Bancuhan memang kelihatan cair tapi jangan risau. memang macam tu, Kacau rata
  6. Akhir skali, bakar pada suhu 190 darjah C selama 45 min api bawah, 5 min yg akhir api atas bawah.. Cuba cucuk ngan lidi. Kalau licin jer, maknanya dah masak. Kalau tak masak lagi, tambah api  atas  5-10 min atau sehingga masak..
  7. Tak perlu di perap,boleh di bakar terus.
  8. InsyaAllah mudah je nak buatnya.

    Selamat Mencuba ya...