Saya juga mengalami situasi kekurangan susu.Jadi jalan altenatifnya,saya melakukan power pumping.. Walaupun bukan mudah untuk mendapatkan hasil semula .Saya perlu kuat demi Siti..
Di bawah ni ada saya huraikan mengenai power pumping..
Power pumping adalah satu teknik mengepam yang boleh membantu untuk kita meningkatkan penghasilan susu.Power pumping teknik yang biasa tapi ia lebih unik untuk meniru bayi menyusu secara tak langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya.Teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
- Ibu yang ingin relaktasikan / menyusukan semula anaknya apabila berhenti menyusu.
- Ibu yang kekurangan susu akan berusaha untuk memperbanyakkan semula susu.Ini di sebabkan akibat daripada perubahan hormon,period, terlalu banyak skip mengepam yang boleh menyebabkan kekurangan susu.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pam
- pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar lagi ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar- tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump
- Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam antara 12 :00 am - 6:00 am. sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kita jangan berfikir,sekali kita buat kita dah boleh mendapatkan hasil yang banyak.Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu.
Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ sahaja yang kita perasan,tetapi jangan cepat mengalah teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa
Hasil power pumping buat pertama kali saya lakukan sewaktu siti 7 bulan..
ini pulak semasa siti berusia 1 tahun..
Apa yang penting...
usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah akan berhasil..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan