Hari ni tiba-tiba nak sangat buat kuih puteri ayu..
Memandangkan ini adalah kuih kegemaran saya sejak dari dulu lagi memang kalau arwah mak buat kalau tak habis 6 biji tak sah..
Tapi semua tu adalah kenangan yang tak dapat nak dilupakan..
Hasilnya hehheheh..
Pandai juga anak mak buat kuih kan...
bukan senang nak buat kuih ni dengan terpaksa berhenti je memandang kakak nak menyusu.
kesabaran yang tinggi terjadilah kuih ni untuk minum petang..
Saya buat kuih ni dalam 50 biji je..dua kali trip.
1st trip ha... adalah kelapa macam ni, second trip dah malas sikit,letak kelapa dalam tengah tu.Tapi tak anbil gambar pun.Anak-anak punya minum petang..
Mereka tak suka ada kelapa,jadi terpaksa buat kosong .Tapi bagus juga... tak la ibu penat nak letak kelapa..
Resepi nya :
Bahan-bahan ( 50 biji )
- 3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula caster
- 3 biji telur
- 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
- 1 sudu makan ovelette ( di cairkan dulu sebelum di campurkan dalam adunan )
- 1 sudu makan baking powder
- 1 sudu teh pewarna hijau / esin pandan pun boleh
1 biji kelapa parut putih sahaja letak,
- 2 sudu teh garam ( agak-agaklah)
- 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara nya :
- Ayak tepung bersama baking powder kemudian ketepikan.
- Putar telur + gula sehingga betul-betul kembang.
- Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
- Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
- Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan-tekan dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Dah siap pun.. selamat menjamu selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan