Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama teman mengenai penyusuan susu ibu.walaupun saya tahu saya tak punya banyak pengalaman berbanding dengan ibu - ibu yang sudah mempunyai 3 @ 4 orang anak. :-)..Tapi saya akan hasilkan pengalaman saya agar sesiapa sahaja ibu- ibu yang mengandung akan dapat menyusukan baby mereka sehingga usia 2 tahun.Amin...
Segalanya bermula apabila saya gagal menyusukan abang.. hanya menyusukan dia setakat 6 @ 7 bulan sahaja.. tu pun dengan pam bukan direct breast feeding.. pelik kan? Semasa saya mengandungkan anak pertama,saya beranggapan begitu senang untuk menyusukan anak.Hanya bagi je B pada baby then minum lah.. Rupanya sangkaan saya meleset.. Dari situ saya terbaca majalah PA & MA kebetulan mengenai tajuk Laktasi semula dan dalam itu juga menunjukan kejayaan seorang doktor yang berjaya mengumpulkan hampir 200 botol EBM ( syabas doc) dan saya terbaca juga kaunselor laktasi iaitu Pn.Suraya kerana berjaya laktasi semula anak pertamanya dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya...
Emmm dengan sedikit semangat yang ada (walaupun masih 50% /50 % lagi ) saya cuba mendapatkan no tel Pn.Sue,saya berjaya berbual dengan Pn.Sue.Alhamdulillah berbekal semangat dan dorongan dari Pn.Sue saya cuba menyusukan abang..Tapi akhirnya saya menyerah kalah dan terasa penat nak bangun pam setiap 3 jam,hasilnya memang tak banyak ( sebenarnya belum cukup ilmu penyusuan di dada :-) ) Aduhai...
Setiap hari membaca kejayaan pn.Sue,mcam mana Pn.Sue boleh laktasi anaknya Zikry??? Terus terang saya katakan saya give up dan stress sangat.Kesudahannya saya mencapai kegagalan.Jiwa saya tak kental seperti Pn.Sue..Lantas,saya nekad disamping berdoa semoga saya mendapat seorang lagi cahaya mata dalam masa terdekat untuk laktasikan semula abang bila ada kehadiran adiknya..Alhamdulillah,Allah mendengar rintihan hati ku.. akhirnya saya mengandung ketika abang usia 5 bulan.
Disinilah segalanya bermula.. Sepanjang kehamilan saya yang kedua ini saya sudah bulatkan hati,dah nekad sekiranya dengan izin dari Allah swt saya ingin menyusukan baby kedua ku dengan susu ibu sahaja.. Alhamdulillah,ibu berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan