Sebenarnya inilah kali pertama ibu membuat stok EBM.. Pada mulanya ibu tak yakin sama ada ibu mampu atau tidak mengepam susu dan menjadikan stok beku untuk kakak..Selepas kakak lahir pada 5 Dis 2010 mulanya ibu was-was nak direct breastfeeding sepenuhnya atau siang guna susu tepung..Lama juga berfikir..Akhirnya mendapat semangat dari Pn .Suraya.. katanya boleh buat stok seawal 7 hari kelahiran.Tapi ibu tak dapat buat macam tu.. Ibu buat 1 bulan selepas kelahiran.. Iyelah belum kumpul ilmu lagi... Tapi menyesal juga lambat buat stok kakak.
Di sini ibu ada sertakan stok awal kakak di bulan Januari 2010..
Tapi sayangnya ibu tak sempat nak merekodkan berapa jumlah EBM beku kakak sepanjang 1 tahun... Rugi rasanya..
Masa ni terasa gembira sangat bila tengok peti ais.. tersenyum lebar mengenangkan mampu juga ibu menyimpan susu untuk kakak.
Ibu guna peti 2 pintu je.. Terasa nak beli DF tapi En.Hubby kata takut,sebab karen rumah sewa ibu ni tidak di update baru.. risau selalu off je elektrik ni.
Masa ini juga ibu ikat EBM ni.. akhirnya bila dah semakin penuh menyesal pulak di ikat.. kan dah tak cukup.. Ada sekali ibu terlihat blog sapa ,ibu tak ingat.. jadi ibu lepas ni dah tak ikat dah... hanya double zip je..
Gembirakan tengok Stok EBM ibu semakin bertambah..
Ini permulaan susu kakak.. warnanya cair sikit.
Gambar-gambar yang kat atas ni stok EBM bulan 12 , 1 , 2 , 3
masih di bulan 3, 2011
hehhehe yang ni ada nampak serabut juga.. dah semua EBM di ikat mana tak serabut kan...
2012
Walaupun Stok EBM semakin hari semakin turun.. Alhamdulillah ibu masih mampu lagi memberikan kakak susu ibu..Stok atas dan bawah kiri adalah EBM bulan 2 Bawah kanan adalah baru pengumpulan bulan 3 ni.
Atas bulan 12, 2011 dan bawah bulan 1 ,2012.. sebenarnya stok EBM bulan 1 ni sikit sebab ibu balik kampung bercuti,jadi tak bawa pam pun.. sebab tulah sikit..
Maksud di sebalik istilah- istilah penting bagi susu ibu
- EBM - Expressed Breast Milk
- Fresh EBM - Susu yang baru di perah
- Chilled EBM - susu yang di perah ,di sejukkan di bahagian sejuk ( yang bukan beku ) dan akan membentuk 2 lapisan.
- Frozen EBM - susu yang di simpan di dalam tempat beku.
Nov 2011
40 plastik x 3oz = 120 oz
Dis 2011
50 plastik x 3 oz = 150 oz
Jan 2012
17 plastik x 3 oz =51 oz
Feb 2012
20 botol x 3oz =60 oz
19 plastik x 3 oz =57 oz
Jumlah = 117 oz
Mac 2012
30 plastik x 3 oz = 90 oz
Kalau nak di bandingkan dengan susu fm ibu terasa juga kewangan kan..Contohnya ibu ambil pengiraan susu abang ye :
1 minggu - 1 tin = RM 73
1 Tahun - 52 minggu = RM 3796
Besar juga belanja tu..
alhamdulillah dapat membantu ayah dalam 'saving' susu anak..
Kalau nak di bandingkan jumlah wang ni,ayah gantikan dengan membelikan makanan berkhasiat untuk ibu.. Alhamdulillah..
Sepertinya ibu tak percaya mampu memberikan susu ibu pada kakak.. Tapi segalanya tak mustahil Dengan Izin dari Nya..
Kalau nak di bandingkan dengan susu fm ibu terasa juga kewangan kan..Contohnya ibu ambil pengiraan susu abang ye :
1 minggu - 1 tin = RM 73
1 Tahun - 52 minggu = RM 3796
Besar juga belanja tu..
alhamdulillah dapat membantu ayah dalam 'saving' susu anak..
Kalau nak di bandingkan jumlah wang ni,ayah gantikan dengan membelikan makanan berkhasiat untuk ibu.. Alhamdulillah..
Sepertinya ibu tak percaya mampu memberikan susu ibu pada kakak.. Tapi segalanya tak mustahil Dengan Izin dari Nya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan