Khamis, 12 Julai 2012

Kek kukus cheese mousse...


Assalamualaikum....

Dah lama ibu tak update blog ibu ni.Ibu sekarang ni kalau tidurkan kakak...aduhai ibu pun tertidur sekali.. Penat agaknya .Lagipun kebelakangan ni ibu di hujani kerja yang banyak di tempat kerja... tu la ibu tak update lagi...

Jom tengok kek kukus  cheese mousse ibu ni...
atas dan bawah adalah kek kukus coklat yang ibu potong dua....















Kalau tengok kek kukus belah bawah tu  sepatutnya tinggi tapi dah di hempap dengan lapisan cheese dan coklat mousse..


 resepinya ye ;



(A) Bahan-bahan  buat kek kukus :

  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2  cawan minyak
  • separuh dari 3/4 cawan serbuk koko
  • separuh dari 1/2 cawan susu pekat manis
  • separuh dari 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
  • Esen vanilla( ibu tmbh )

Cara-cara  

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
  8. Dah sejuk,ibu potong 2..

 (B) Lapisan cheese
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 150gm  whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk


Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan whipping cream
  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair.biarkan sehingga suam- suam..
  3. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Pukul sedikit lagi untuk meratakan adunan.
  4.  Dah siap letakkan adunan cheese ni dalam kek kukus yang dah di potong dua tadi..
  5. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)




 (C) Chocolate mousse:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega
  • Sedikit kopi @ nescafe ( sikit je tau )


Cara-caranya :

  1. Pukul whippeed cream ( topping ) sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, gula dan serbuk koko.
  3.  Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dgn sedikit air panas utk melarutkannya,
  4.  kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream.Kacau sebati. Tuang aduan ini keatas lapisan cheese tadi.
  5.  Pastikan lapisan cheese tadi agak keras dahulu. Masukkan ke dlm freezer(biarkan dlm 1 hour)
  6. Selepas dah agak2 keras sedikit..letakkan lah potongan kek kukus tadi..
  7. Dah siap ye...


Sebenarnya senang je nak buat... bila kita dah tahu nak buat kek macam ni.. boleh la kita ubah suai nya...


Selamat Mencuba ye..







Tiada ulasan: