Isnin, 1 Oktober 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake w/ chocolate moist


Alhamdulillah.Ibu berkesempatan nak tulis blog.Kebelakangan ni ibu sibuk sangat tak ada masa nak update blog ibu.Cuma baru-baru ni nak buat kek untuk ulang tahun ayah.. Jadi ibu kena juga kuat nak buat kek.Ibu kena cari masa nak buat kek.Memandangkan ibu ada 2 orang pembantu yang tak bertauliah jadi masa yang di ambil untuk buat kek ni memang panjang lah..

 Jom tengok gambar ibu ni..



Pertama kali ibu buat kek ni..adalah coreng moreng sikit.Biasalah lum pandai lagi nak buat kek.Mana tahu lepas ni dah selalu buat.. waduhhhh... jadi mahir lak kan..



 
 
 



 Bahan-bahan nya :


Bahan A :
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sb jus lemon
  • 1/4 sk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine 
  • 20g tepung jagung

Bahan B :
  • 140g gula halus
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sk jus lemon.

Bahan C :


    Chocolate mousse:
  • 500 gm whipped cream ( for topping cream )
  • 12 tbsp vanilla essence
  • 2 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 12 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 140  gm gula icing
  • ½  sb nescafe + 1  sb air panas ( tak letak pun boleh )


Caranya :

  1. Adunan A : Cairkan cheese ,butter ,& susu dengan teknik double boiler.Bila dah cair sejukkan adunan cream cheese,kemudian campurkan  dengan tepung,tepung jagung,kuning telur,garam,jus lemon ke dalam cream cheese.
  2. Gaul sebati.( guna senduk je )
  3. Adunan B : bekas lain pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih pastu tambah gula dan pukul sampai ia bertanduk ( meringue )
  4. Campurkan bahan A ke bahan B  yang gebu dan kacau sebati.Sediakan tin / bekas yang bulat berukuran 8'' yang di griskan bawahnya dan tepi tu salut dengan kertas baking.Tuang adunan ke dalam tin kek tu.
  5. Bakar kek dalam kira2 sejam, dengan cara bain-marie (waterbath), pada 160 degrees C / 325 degrees F.
  6.  Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu macam mana, buatnya simpla jer. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan aluminunium foil (ni double protection agar air  tak masuk terutamanaya springfoam pan, saya  tak konfiden tu yang wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  7. Bila dah masa masak sejukkan dan potong dua kek ni.


Cara coklat mousse:

  1. Pukul whipped cream (topping ) sehingga kembang. Masukkan esen vanila,gula 
  2.  Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dgn sedikit air panas utk melarutkannya, kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream.Kacau sebati.
  3. BAhagikan kepada 3 adunan , agak2lah.. kalau ibu buat.paling banyak yang warna putih asalnya supaya senang nak top upkan kek ni.Yang kedua warna coklat tu sedang2 lah kurang sikit dari yang warna asal dan yang ketiga sikit sangat untuk ibu letak warna ungu...Gaul sebati la ye... 
  4. Tuang aduan yang ada serbuk koko ini ke  atas lapisan kek tadi.  padatkan nya dan masukkan ke dlm freezer(biarkan dlm 1 hour).jangan tindih dulu separuh kek tu. biarkan dulu.dah 1 j baru tampalkan separuh lagi kek cheese tu.
  5.  Lepas tu dah boleh buat topping nya.Suka hati lah nak design macam mana ye.. ibu buat untuk menarik hati anak2 ibu..
 
Alhamdulillah mereka semua suka makan kek ni...
 
 
 



Selamat mencuba ya...
        




     

Tiada ulasan: