Jumaat, 20 Julai 2012

Kek Oren Kukus

Assamualaikummm... Selamat Pagi semuanya..
 Beberapa hari yang lepas ibu ada beli periuk steam ni kat kak fara.. Terpikat ibu akan cara kak fara mengukus apam ni... Jadi bile dah dapat... esoknya ibu pun buatlah apam ni..
Memang simple sangat...


Resepi ni ibu ambil dari kak Fara Kertina Waty..Terima kasih kak fara .. bagi ibu C & P.. bersama resepi ni...


Yang ni apam kosong.. rasanya seperti apam jugalah...






Yang ni ibu letak perisa coklat pastu ibu lapis sekali lagi...



YAng di dah siap pun... jemput makan ye...





Haaa banyak tak ibu buat ni.. ada perisa kosong,perisa coklat dan perisa strawbery...

Abang memang suka sangat makan... Kakak ibu hanya bagi separuh je yang kosong... dah tu ibu bagi jenis jejari yang ibu buat.. apam ni sesuai untuk usia abang dah dah 2 tahun ke atas..


Saja je ibu nak tunjukkan ibu masak telur mnggunakan steam ni...




 2 biji je... abang dengan ibu je... ayah tak mauk...

memang cantik telur setengah masak ni.. tak ada garing di tepi-tepinya...


 Jom... nak cuba kek kukus oren tak???



Bahan-bahannya :

* 3 biji telur
* sebiji oren sunqis yang manis..
*  1 cawan minyak masak ( minyak jagung la)
* 1 cawan gula ( ibu guna gula molasses )
* 2 cawan tepung naik sendiri...


Caranya :

  * -  Blander semuanya dulu.. bagi hancurkan sunqis dan jangan lupa masukkan sekali kulitnya.. memang tak pahit....
* guna mixer bagi adunan tu sebati...
* kemudian masaklah... panaskan periuk steam tu  dan masak sehingga 2-3 minit je... dah boleh makan...


Kek ni pun boleh di bakar juga...










Tiada ulasan: