Assalamualaikum...Selamat pagi teman- teman.. Ibu sekarang ni memang tak boleh lepas asyik nak baut kuih je.. Kadang-kadang ibu tanya ayah dulu.. boleh tak ibu buat kuih.. Ayah setuju je..
jom tengok agar-agar buih ibu..
Sebenarnya agar ibu ni ibu terbuat dalam loyang bulat yang besar.. sepatutnya ibu buta dalam loyang yang kecil supaya nampak lapisan buih dan lapisan yang kosong tu ketara.. Jadi bila guna loyang yang besar tak nampak sangat perbezaan warna yang ibu buat.. merah, oren dan coklat.. yang ketara warna merah je yang nampak.. nanti sekali lagi ibu buat ibu tepekkan dalam ni ye.. biar nampak berkala-kala agar- agar buih ni..
resepi ini ibu ambil dari blog kak Nor... secubit garam
Nak cuba resepi ibu ?
Bahan:
-1 paket agar2 serbuk (12gm)
- 850 ml air
- 3 bj telur A ~ ambil putih sahaja
- 3 bj telur A ~ ambil putih sahaja
- 145 gm gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 helai daun pandan
- pewarna mengikut pilihan
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 helai daun pandan
- pewarna mengikut pilihan
Cara:
- Masak air bersama gula, agar -agar dan daun pandan hingga mendidih.
- Kemudian masukkan esen vanila.
- Pukul putih telur hingga betul- betul kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
- Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
- Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
- Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
- Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
- Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
- Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
- Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.

Tips Dari Kak Nor: * utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :) * seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan