Khamis, 19 Julai 2012

Kek karemel lagi



haaaa yang gambar di bawah ni ibu buat kek karemel untuk adik ibu... cuma bahagian karemelnya ibu ada ubah suai sikit sebab ibu nak tahu dan nak cuba yang mana satu paling bagus untuk buat karemelnya ;

Dari pemerhatian ibu kali ke dua...

kek kali kedua ni ibu buat keremelnya dengan mengikut salah satu blog yang ibu sendiri dah lupa dah sapa.. Dia  guna :


 - 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
-  3 biji kuning telur
- 2 biji telur
 - 70 g gula castor
- 1/2 esen vanila

tapi bila dah siap... ibu rasa tak sesuai untuk ibu sebab terlalu manis sangat- sangat..
Bagi ibu,ibu nak buat tinggi tapi tak manis la... sedang-sedang je..memang karemel nya nampak cantik dan padu.. tapi bila masuk mulut... manis sangat..

Pemerhatian ibu pada karemel yg pertama  :

kek keremal yang pertama yang ibu buat  ada sekali dengan resepinya.
memang sedaplah karemelnya tapi nipis sangat .Nampak macam tak puas juga nak makan...













Yang ni dah di potong sikit sebab anak ibu nak makan kek ni.Jadi ibu potonglah sikit.. sekali lapisan nya tak berapa nampak sangat.. walaupun ibu letak 3 sudu..heheheh



 Inilah kek karemel yang ketiga ibu buat

 Dari pemerhatian ibu :
keremel ni memang sesuailah.. tak manis sangat dan tinggi juga..

ibu guna :

* 1 tin susu cair
* 6 biji kuning telur
* 70 g gula castor
* 1/2 esen vanila

Ibu hanya ubah susu cair dengan telur je... bahan -bahan yang lain macam biasa je..
Dan lagi satu bab  warnakan nya,ibu letak 5 sudu besar setiap warna.. barulah nampak lapisannya ..huhuhuhu









Ibu harap dapat membantu kawan- kawan cara nak buat karemel ni..








Tiada ulasan: