Khamis, 3 Mei 2012

Murtabak Popiah

Emm.. ibu dapat idea ni semasa ibu pergi jalan- jalan di pasar minggu satok.Kebetulan lapar sangat,ternampaklah tulisan ROTI CANAI .. ibu beli lah.. Semalam ibu teringat nak buat  macam tu,tapi versi ibu la ye.


Ibu buat ni dalam 8 keping..
Nampak gayanya kakak suka makan.memandangkan ibu kisar daging ni dan tak berasa sangat ketulan-ketulan sayur tu yang buat kakak suka makan.
Kakak ni lain sikit,kalau ibu buat daging cincang,hai confomlah kakak kurang makan.. sebab terasa ketulan-ketulan kecil daging.Lain pula dengan abang suka cicah sos tomato...


 Bahan -bahannya :

Sedikit lada sulah
4 sb sayur campur
Daging yang sudah di rebus dan di kisar ( ikut sukatan sendiri )
Sedikit garam
Kulit popiah
4 biji telur


Caranya :

Gaul semua bahan di atas kecuali kulit popiah
Panaskan kuali leper dan letakkan kulit popiah ( guna api yang kecil )
Letakkan adunan tadi dan lipatlah setiap penjuru kulit popiah tu sampai terbentuk empat segi .
Gorenglah sehingga masak ye..
Senang je prosesnya..


 * adunan murtabak ibu ni tak pedas jadi sesuai sangat kalau anak berusia  anak ibu untuk makan..Jadi,kalau nak pedas bolehlah letak rempah kari / serbuk cili ke ..



Selamat mencuba...





 


Tiada ulasan: