Saya ingin ceritakan sedikit tentang bagaimana saya mula menyusukan anak ku yang ke dua ini.saya tahu,saya bukanlah pakar tentang penyusuan susu ibu jauh sekali kaunselor laktasi.. Tapi saya adalah seorang ibu kepada 2 orang anak yang ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan apa yang saya pelajari dari pembacaan saya..Segalanya bermula apabila saya selalu membuka laman maya ratuhati.com.Dari situ segala apa yang saya tak pahami @apa saja yang terdetik akan saya utarakan dalam forum..dari sinilah bemulanya dorongan dari sahabat-sahabat yang memang saya tak mengenali langsung .Hanya kenalan di alam maya..
Alhamdulillah,Tanggal 5 Dis 2011,saya telah melahirkan seorang baby perempuan seberat 3.46kg.Selepas melahirkan jururawat meletakkan baby ku diatas dadaku.. terasa sayup saja bila babyku mencari susu ..Lantas mengalir air mataku wat kali ke dua..saya terus nekad ingin menyusukan babyku sehingga lah usianya 2 tahun..
Pada hari ke 3,Nipple saya luka gara-gara baby belum pandai menghisap..aduhai saya dah jadi kelam kabut bagaimana saya nak mengatasi masalah ni..Nak tak nak saya terpaksa memberikan baby saya susu formula kerana nipple saya dah teruk terluka.Saya bagi dengan menggunakan sudu bukan botol seperti yang disaran oleh Pn.Sue.Bila baby ku dah lena segera saya letakkan minyak gamat bagi luka nipple kembali pulih.kalau tidak kesian baby ku tak dapat minum susu dan mungkin babyku suka dengan susu formula.Dlam fikiran saya emmmm tak boleh jadi ni saya mesti buat sesuatu..Sehingga en suami kesian agaknya tengok saya terus berkata "tak pelah kalau tak dapat menyusu dengan susu ibu,kalau pagi susu formula malam susu ibu pun tak pe".Aduhai semasa mendengar penjelasan suami,mula-mula tergugat la juga.Tapi bila terfikir akan kejayaan orang lain,terus saja saya buang ketepi segala godaan tu..
Sekarang ni,suamiku tersenyum riang kerana anaknya hanya minum susu ibu sahaja.Di samping dapat mengurangkan kos membeli susu pulak..
Inilah susu permulaan ku setelah 1 bulan berpantang.. :-)
nampak kuning sangat kan.. hehehe permulaan yang penuh semangat...
Bulan Januari
susu ini saya pam semasa baby minum,
supaya alirannya sama banyak
Pertengahan Januari
Pertengahan Febuari
11.2.2011
Nampak serabut kan??? tu masa ikat ..
macam tak cukup ruang je.hehehheh
Akhirnya syukur ke hadrat Ilahi usahaku membuahkan hasil... Alhamdulillah,sehingga usianya 11 bulan, saya masih menyusukan anak saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan