Jumaat, 11 Mei 2012

Masalah dalam Penyusuan Susu Ibu


Part 1...





1. Puting Leper atau Tenggelam (Flat/ Inverted Nipples)

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar.
Simptom:
·         Payudara keras dan sakit dengan areola yang pejal
·         Paling lazim pada minggu pertama penyusuan susu ibu

Punca:
·         kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul
·         bayi tidak menyusu dengan kerap
·         “sleepy baby”
·         bayi diberi susu formula atau minuman lain
·         bayi menghisap dari puting sahaja
·         excessive IV fluids with oxytocin (induced labor)

Cadangan Penyelesaian:
·         tuam payudara dengan tuala panas/ mandi dengan air suam
·         urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan
·         perah susu sebanyak yang mungkin atau selang selikan waktu memerah dengan waktu penyusuan
·         pastikan kedudukan dan pelekapan bayi betul dan optimum
·         pastikan bayi menghisap dari aerola
·         susuilah bayi anda dengan kerap
·         kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
·         mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh
·         minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi
·         bungkusan ais ketul atau daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit, rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.




Nipple Former medela..
gunakan nipple former seawal kandungan 6 bulan untuk mendapatkan puting kembali

2. Bengkak Payudara (Engorgement)

Atasi Masalah Bengkak Susu

Bercerita tentang laktasi pasti kita tidak dapat mengelak daripada berbicara tentang payu dara. Menyusukan bayi dengan susu ibu memang satu pengalaman yang indah. Tetapi ada kalanya ia merupakan dilema dan pengalaman buruk bagi ibu. Terutamanya bila berhadapan dengan masalah bengkak susu.

Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis.

Untuk membolehkan bayi menyusu dengan selesa, kedudukannya perlu betul dan puting payudara menonjol bagi membolehkan bayi menghisap dengan betul supaya bayi dapat menghisap dengan betul dan mudah.

Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Percubaan untuk menghisap payudara yang sedang bengkak adalah ibarat menghisap seketul batu. Pembengkakan sebenarnya ada 2 tahap iaitu biasa / normal dan luar biasa.

Pembengkakan biasa tidak mengganggu proses penyusuan kerana tisu-tisu payudara masih mudah ditekan oleh mulut bayi. Umumnya masalah ini akan berlaku pada hari kedua iaitu sama anak tidak dapat menghisap dengan sempurna atau saluran tersumbat. Pembengkakan akan menimbulkan rasa sakit dan payudara menjadi merah hingga menyebabkan susu badan ibu meningkat.



Mengatasi Masalah Pembengkakan

Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu. Bagaimanapun ia akan berulang selepas 12 hingga 48 jam.

Ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.

Penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.

Ubat paracetamol sehingga 1000ml, contohnya 2 biji paracetamol 500ml sebiji dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Bungkusan ais ketul dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Selain bungkusan ais ketul, beg sayuran beku atau lampin pakai buang yang dilembapkan dan dibekukan selama 20 minit turut berkesan. Rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.

3. Puting Luka (Sore Nipples)

      A;    Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara

Punca:
·         Posisi bayi yang tidak betul
·         Bayi hanya menghisap puting dan bukannya areola
·         Cara penggunaan pam payudara yang tidak betul
·         Eczema puting
·         Jangkitan kulat

Cadangan Penyelesaian:
·         pastikan bayi menghisap dari aerola
·         beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
·         bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
·         selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut bayi
·         alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
·         sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
·         elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting


ini adalah nipple shield yang di gunakan untuk mengatasi masalah puting terluka

4. Mastitis (Breast Infections and Plugged Ducts)

       A :  Saluran Susu Tersumbat (Plugged Ducts)-

Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan.

Cadangan Penyelesaian:
·         Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.
·         Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
·         Sokong payudara dengan telapak tangan.
·         Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang ketat.

-Mastitis-

Simptom:
·         demam selesema
·         payudara akan berasa hangat, merah, tegang dan bengkak serta sakit
·         mudah terasa emosional

Cadangan Penyelesaian:
·         Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah.
·         Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan.
·         Susukan pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu.
·         Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam.
·         Rangsang aliran susu dengan bersenam, mengayun tangan, mengelap tingkap atau menggosok lantai (gerakan tangan membantu aliran susu anda).
·         Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.
·         Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
·         Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.
·         Jika mastitis anda berulang, minta doktor periksa tekak bayi anda. Mungkin dia telah mengalami infeksi yang akan berterusan menjangkiti payudara anda.

5. Bayi Kerap Tidur (Sleepy Baby)

6. Keliru Puting (Nipple Confusion)
 Bagi ibu,masalah keliru puting adalah perkara biasa yang berlaku kepada bayi yang menyusu badan.. Ibu sendiri pernah mengalami masalah ni. Jadi, kali ni ibu nak kongsikan secara ringkas mengenai masalah ini. InsyaAllah,mudah-mudahan boleh membantu kawan-kawan..

Apa itu keliru puting?
--> keliru puting ialah satu situasi di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier).

Punca keliru puting?-
--> keliru puting terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. (kerana itu, ibu yang ingin menyusukan bayinya disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus (direct feeding).

--> memperkenal botol terlalu awal kepada bayi

Tanda-tanda bayi keliru puting?
--> Tanda utama ialah bayi akan mengamuk & menolak apabila disusukan secara direct dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana aliran susu yang lebih cepat berbanding sekiranya menyusu secara direct. (susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' & ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar & marah kerana susu lambat keluar)

Cara mengatasi masalah ini?
  --> Daripada pengalaman ibu, cara yang paling berkesan ialah skin to skin contact. Ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju. (pakaikan diaper saja pada bayi). Letakkan bayi di atas dada, biarkan dia menghidu bau badan anda & bermain-main dengan badan anda). Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.

--> susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
-offer breast pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah (read: bb dah la lapar, hisap2 puting pun susu tak keluar2 jugak.sebab tu lah dia marah).


-->  sentiasa direct feeding anak anda setiap kali anda berada dengannya. Minimumkan penggunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Ingat, penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjakin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.


7. Tidak Cukup Susu (Low Milk Supply)

Punca:
·         dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang
·         masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir
·         jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam
·         tidak menyusu di waktu malam

Cadangan Penyelesaian:
·         Perbetulkan posisi semasa menyusu
·         Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam
·         Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi
·         Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan
·         Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi

8.Pemakanan Untuk Ibu
  • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
  • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
    • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin,
    • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • makan sederhana nasi
    • makan sedikit
  • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah pengambilan air dari sup dan buah-buahan

9.Memerah susu


Tujuan memerah susu ibu
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja

Teknik memerah
  • dengan tangan ( teknik marmet )
  • dengan pam tangan
  • dengan pam mesin

Cara menyimpan  susu perahan



Cara memberi susu perahan Susu Ibu yang di bekukan

  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal di perah
  • Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah di cairkan.
  • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam ( hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja ).
  • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api.
  • Susu yang telah di panaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam ( tidak boleh di simpan semula)
  • Susu yang di bekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan.Goyangkan bekas dengan perlahan- lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
  • Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan.
  • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untuk elakan keliru puting

    Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu :



Catatan :

 i ) MSI : Memerah susu ibu ( ibu boleh mulakan berlatih memerah susu untuk di simpan samaada secara manual atau menggunakan pam 2 minggu selepas kelahiran.Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap sebelah payudara satu lagi.

ii)  Penyusuan Ibu :  Susu yang di susui terus dari ibu

* NOTA Perah  dan simpan susu ibu pada bila -bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan .



Penyusuan susu ibu bekerja
  • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
  • Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan sebelum 2 minggu bermulanya bekerja.


Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Perahan Kepada bayi :



Catatan :

i)  SIP  : Susu Ibu Perahan -  Susu yang di perah diberikan dengan sudu atau cawan
ii)  Penyusuan Ibu :  SUsu yang di susui terus dari ibu

* NOTA :  LAtihan PEmberian SIP boleh dimulakan  seawal  1 bulan.
                  Pastikan ibu terus menyusukan bayi sebaik sahaja bersama bayi dan sepanjang malam.

Jom kita cuci mata dengan gambar -gambar ni...
Program penyusuan susu ibu yang membincangkan masalah dalam penyusuan SI.


Ini adalah 2 orang adik beradik yang begitu asyik mendengar penerangan SI

















































1 ulasan:

Khadeejah Hasmad berkata...

Wow, terima kasih atas info yang sangat detail. Semoga dapat membantu ibu-ibu kat luar sana. :D