Ramai ibu mengeluh susu kurang,Oleh itu pilihan terbaik adalah susu formula.Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran ( selalunya selepas tempoh berpantang)
Antara foktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi.Terutamanya mereka yang mempunyai anak sulung ( atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya).Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu.Ramai ibu mula panik dan risau ,takut bayinya kelaparan ( lebih -lebih lagi jika bayi lelaki).Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis.Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula,bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaan , perkara ini berlaku beberapa kali dan lama -kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formulatersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi di lahirkan?
Secara teorinya,apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan merangsang penghasilan susu.JAdi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.
Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat,maka susu akan mula di keluarkan bila ada rangsangan hisapan susu ( bermakna perlu ada hisapan susu).Lebih kerap hisapan,maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang di hasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong.
Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil,sekitar saiz duit syiling 20 sen- 50 sen.Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang.Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu sahaja untuk sekali minum.
Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah -muntah bila diberikan susu formula sebab bayi tidak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh.Tapi dengan susu ibunya,bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.
Jadi, bila ibu kata tiada susu ( sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula ( ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tidak ? Kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin.Berat badan dia bertambah atau tidak ? kalau bertambah OK. Namun perlu di maklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.
Namun dalam keadaan -keadaan tetentu berlaku juga susu tidak keluar.Antara sebab kenapa susu tidak keluar walaupun bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat rangsangan hormon seperti stress / sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, " sangat" sakit semasa bersalin,bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit.Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Akhir sekali buat semua para ibu,orang yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu.Sama ada di bantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak,ibu tidak perlu mengandung,tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak. ... Sungguh mengagumkan ?
So,perlukan apa untuk menyusukan anak? yang paling utama adalah keinginan dan kegigihan dalam beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan.Of course,lebih sukau kalau bukan dengan cara yang natural... Tapi tak mustahil kan...
Semoga Bermanfaat
Dr.Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan