Sabtu, 14 Januari 2012

Pemakanan Dan Tip-tip untuk menambahkan Susu Badan

  

Cara-caranya..

jangan terlalu cepat menukar payudara dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri ketika menyusu ataupun pam terutamanya jika kita mahu anak kita lebih berisi.

Lebih banyak  kita mengosongkan payudara selepas pam atau menyusu lebih cepat susu akan terisi kembali dalam payudara kita.

jika  terlalu awal menukar payudara,bayi juga tidak mendapat susu yang lebih pekat,lebih lemak yang semakin banyak terdapat jika semakin lama bayi menghisap disetiap payudara.



"Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat
al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak
terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada
segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih "


Tip- tip menambahkan susu ibu....

  1. berurut dengan bidan
  2. Banyakkan minum air / jus buah-buahan.
  3. Banyakkan minum susu.
  4. Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
  5. Makan nasi yang panas bersama halia muda( yang di tumbuk halus dan di campur dengan air asam jawa.
  6. Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
  7. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda,rebus sehingga mendidih.Minum air rebusan 3 kali sehari.
  8. Ambil beberapa lobak putih bersihkan dan kisar sampai halus.Campurkan dengan air suam.Minum 2 kali sehari
  9. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih .Layurkan/ salaikan pada api.tunggu suam sikit tekapkan pada payudara..Amalkan setiap hari.
     
Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu...

  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Seleri
  • kobis
  • Sawi putih
  • Peria
  • Ulam Pegaga
  • Ulam jantung pisang yang telah direbus

kalau ada lagi nanti saya tambah ye.. semua ni hasil dari kajian saya dari 2009 lagi.. demi anak-anak tersayang...
 

Tiada ulasan: