Isnin, 20 Februari 2012

Persediaan ke arah penyusuan susu ibu


SGM Pertama..


Tempat : Sarakid
Masa : 10-12 tengah hari
tarikh : 7 Januari 2012

Beberapa langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya :

  • Menggalakkan ibu mengandung tentang ilmu penyusuan susu ibu.
  • Meminta bantuan  dari yang pakar untuk memulakan penyusuan susu ibu selepas 1j bersalin
  • Bayi tidak boleh  diberi makan dan minum selain Susu ibu sahaja.
  • Amalkan rooming in .Ibu dan bayi diletakkan setiap masa.
  • Susu kan bayi on demand
  • Bayi tidak di berikan puting tiruan atau puting kosong untuk mengelakkan bayi mengalami kekeliruan puting
  • Bersama-sama membantu dalam penubuhan kumpulan sokongan  apabila keluar hospital.
Persediaan ke arah penyusuan susu ibu :
  1. Persediaan ke arah penyusuan semasa hamil
  • Menanam azam dan berniat untuk menyusukan bayi adalah kerana Allah swt
  • Ibu -ibu di galakkan mencari ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu sebanyak yang mungkin dengan :
             -  menghadiri kelas kelahiran /penyusuan yang di lakukan di klinik-klinik ibu 
                 mengandung
              - menghadiri perjumpaan kumpulan sokongan susu ibu yang sentiasa di lakukan oleh
                mereka yang di latih MBfPC
              - mencari rujukan melalui internet
  • Mental penting bagi ibu -ibu supaya dapat menjaga bayi dengan baik kerana sekiranya mental tidak kuat berlaku kemungkinan ibu memberikan formula  sekiranya bayi mereka kuat menangis.
  • Pilihlah hospital yang mempunyai rakan bayi
  • Simpan no telefon rakan-rakan yang arif tentang susu ibu.
    
2.       Persediaan semasa kelahiran / berpantang
  • Mulakan penyusuan susu ibu pada 1 jam yang pertama
              - membolehkan bayi mendapatkan kolostrom yang akan memberikan perlindungan
                 maksimum kepada bayi daripada sabarang jangkitan.
              - memberitahu kepada doktor atau jururawat untuk menyusukan bayi selepas
                 kelahirannya.
              - dalam tempoh ini bayi paling peka dan berjaga kerana sentuhan kulit ke kulit
                 antara ibu dan bayi dapat membantu menghangatkan bayi.  
               -Secara tak langsung membolehkan bayi belajar menghisap dengan lebih efektif .

Bagaimana :
                      1. jangan tergesa-gesa dalam meneruskan penyusuan dan jangan mendesak
                          bayi.
                      2.biarkan bayi mula menghisap apabila ibu dalam keadaan bersedia.
                      3. letakkan bayi di atas dada ibu selama 10 minit
                      4. biarkan ibu dan bayi bersama untuk masing- masing mempelajari penyusuan
                          susu ibu.
                      5.bayi tidak diberikan makan dan minum selain susu ibu.KENAPA ???
                                    - menerangkan kebaikan kolostrom
                                    - menerangkan akan melambatkan penghasilan susu ibu.kerana dengan
                                       memberikan air @ susu melalui botol akan mengurangkan frekuensi
                                       penghisapan serta mengurangkan jumlah susu yang akan di keluarkan
                                       dari payudara dan terjadilah penghasilan susu 
                                          menjadi kurang .                                      
 

  •  Mendapat sokongan dari suami semasa mengalami proses kelahiran.Dengan erti kata lain perlulah saling memahami tentang peranan masing-masing agar kekuatan ini tidak dapat di goyahkan dengan mitos-mitos yang negetif agar tidak timbul salah faham  mengenai susu tak ada  dan terpengaruh untuk memberikan formula.
  • Jangan bimbang akan kuantiti susu pada awal kelahiran.Kerana ini memang lumrah.walaupun sedikit,ia sememangnya cukup untuk menampung keperluan bayi pada ketika itu.
                 -  pada hari pertama keperluan susu ibu pada bayi adalah sebanyak 5-7 ml,hari ke
                     ketiga 0.75-1 oz sahaja.Manakala pada hari ke lima hanya 1.5-2 oz sahaja.Oleh
                     ibu-ibu tak perlu khuatir akan kuantiti susu yang berkurangan si awal kelahiran.
               


    Emm  dari kiri :  PC2 ain,nurina,iman dan azren yang tengah menanti cahaya matanya..



    walaupun pertama kalinya peserta tak ramai hanya 5 oarng sahaja.tapi semua pc-pc tetap bersemangat.


    haaa tu kak ina,tengah beri penerangan tentang susu ibu :-) good job kak ..


    masing2 tekun mendengar kak ina menerangkan tentang susu ibu

    Wah sambil2 Khoi menulis tu,sufi pulak jadi modelnya..



    ada di antara anak peserta dan anak pc2 tapi mereka ini tak sedikit pun mengganggu kerja ibu nya..Syabas anak2 ku sayang.. 










Tiada ulasan: