SGM ke dua..
Tempat : Sarakid, Matang
Kuching,Sarawak
Tarikh : 3 Januari 2012
Masa : 10-12 tengah hari..
Alhamdulillah,selesai sudah perbincangan kumpulan sokongan kali kedua..
kali ini alhamdulillah sekali lagi,semakin ramai peserta yang datang.Rasanya lebih dari 10 orang.Yang paling bagus ada ibu yang bawa kakak,suami dan nenek sekali.. menakjubkan.. dapat sokongan dari orang yang lebih tua dari kita..Syukur ke hadrat ilahi,ibu-ibu sekarang semakin celik tentang penyusuan susu ibu untuk anak -anak..
Ini salah satu topik yang di bincangkan pada 3 januari 2012 tempuh hari :
- Menyimpan susu yang di perah
- susu yang diperah boleh di simpan pada suhu bilik 26 C selama 4 jam
- boleh disimpan dalam cooler bag yang mengandungi ais pack,boleh bertahan sehingga 12jam
- Simpanan dalam peti sejuk bahagian bawah boleh bertahan selama 3-4 hari
- Peti ais jenis 2 pintu boleh bertahan selama 3 bulan di tempat beku.
- Peti ais 1 pintu hanya bertahan selama 2 minggu.
2. Penyediaan susu yang di perah
- susu yang sudah di keluarkan perlu di rendam dengan air suam.Jangan di rendam kan dengan air panas kerana susu akan bertukar pekat dan bergentil- gentil
- bagi susu beku perlu di letakkan di bahagian bawah sehari sebelumnya supaya
dapat cair secara semulajadi untuk di gunakan pada ke esokan harinya. - Tidak boleh di masak dan tidak boleh menggunakan microwave
- Titiskan dengan tangan untuk merasakan kepanasannya.
- susu yang dah dikeluarkan dan di suamkan perlu guna antara 1-2 jam.Susu yang sudah di dipanaskan tidak boleh di simpan , di gunakan semula ataupun di bekukan semula
3. Cara meningkatkan pengeluaran susu
- Pastikan bayi mengosongkan payu dara sepenuhnya dengan bagi perbagai posisi
- Tambahkan sesi mengepam 15 min selepas menyusukan bayi.Contohnya ,sekiranya menyusukan bayi dalam pukul 9 pg kemudian pam selepas bayi kekenyangan.
Tujuan nya :
- mengosongkan payu dara supaya susu baru di hsilkan
- memberikan isyarat pada otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak
- buat stok EBM
- Susukan bayi sekerap yang mungkin,anggarannya di siang hari 1.5 -2 jam manakala malam 3 jam sekali.
- Tawarkan bayi menyusu dengan kedua-dua belah.Sekiranya bayi tidak mahu ibu perlu mengepam untuk menghasilkan susu yang baru..
- Perlulah mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama bayi.
- TiDAK menggunakan botol atau pun puting kerana ia boleh mengganggu penyusuan susu ibu.Gunakan sudu ataupun cawan kecil untuk diberikan pada bayi.
- Bayi hanya minum susu ibu sahaja.tidak boleh memberikan air masak/ susu formula / supplement ketika bayi usia bawah 6 bulan.
- Ibu perlu bertenang dan sentiasa gembira untuk melancarkan pengeluaran susu,banyakkan minum air.
- Bayi yang fussy bukan bermakna tidak cukup susu kemungkinan mengalami growth spurt.
- SUPPLY & DEMAND.. Lebih banyak permintaan yang diperlukan lebih banyak susu yang akan dihasilkan..
Ini antara gambar-gambar yang sempat di ambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan