Ahad, 1 Januari 2012

Keletah mereka



Selamat tahun baru

Alhamdulillah.. Allah swt masih memberi saya kesempatan untuk menjejakan kaki ke tahun baru..
Semoga kehidupan saya sentiasa dilindungi oleh Nya.. Amin..

 

hahaha kakak sekarang ni dah pandai tengok buku.buku yang dia suka ni ha  gambar binatang.. 





yang bertindih tu buku abangnya.. pun dia suka baca.. pastu mulutnya asyik nak bercakap je..ho..hoo..hooo...




 Salah satu kat pasaraya The Spring..



Abang tengah kusyuk makan aiskrim..Siap suruh adiknya turun dari stroller lagi...menikmati aiskrimnya le tu.



Kakak sekarang ni badan dah semakin berisi.. berkat susu ibu dan berkat pemakanan air tangan ibunya.. rambut pun dah semakin lebat..semuanya kerana TROPIKA VCO..
Bila sentuh bab makanan,bila dah masuk 1 tahun,  BS kata tak perlu bawa makanan lagi.dia akan masak.Sebenarnya dah lama dah BS kata tak payah bawa bekal kakak.Tapi hati naluri saya memang nak bagi makanan untuk kakak..Biar kakak merasakan air tangan ibunya bila dia sudah boleh solid food.Siapa yang tak gembira buat makanan bubur untuk anak sendiri.. :-)




Ni abang ada kisah di sebaliknya .tu nampak pemegang botol.. tahu apa yang di panggil nya " Abang nak bu..'
kebetulan sebelum ni,mak uda nya belikan botol susu yang panjang ada gambar lembu.. apa lagi terus panggil bu...

tak kisah lah.. yang penting ibu faham apa yang anak-anak ibu mahukan..

Wah... sekarang ni abang dah mula pandai bercakap.. satu-satu perkataan yang disebutnya semakin hari semakin faham.. Cuma ayahnya sahaja kurang faham apa kehendak abang..

Satu lagi.. bila abang dah mula pandai bercakap,nampak gayanya akan bercakap bahasa sarawak.Tengok gaya memang ada gaya percakapannya..Bagus juga,biar abang belajar banyak bahasa.. Balik kampung nanti,ibu ayah jadi tranlate le maknanya..






Tiada ulasan: