Ahad, 8 Januari 2012


Perbezaan Susu Ibu Dengan Susu Formula...






Kalau saya perhatikan gambar ni,rupanya banyak perbezaan antara susu ibu dengan susu formula.
.Dimana susu ibu melebihi dari susu formula dari segi Enzim, faktor pertumbuhan ,anti parasit , anti alahan,  anti virus, anti bodi dan hormon.

Susu ibu ni sungguh unik..

Kerana apa ye???

Emm kerana susu ibu  kaya dengan  kandungan nutrien serta mempunyai komponen utama dalam susu ibu ini seperti lemak , protein, karbohidrat,vitamin ,mineral,hormon dan mempunyai enzim untuk penghadaman  .Susu ibu juga mengandungi faktor pelindung seperti antibodi dan lymphocytes dimana ia membantu  sistem imunisasi bayi untuk melawan penyakit dengan lebih baik.

Alhamdulillah ,Apa saya lihat sekarang, ramai ibu- ibu di zaman yang serba canggih ini  telah mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu ibu.. Lihat perkembangan yang serba moden ni,segala maklumat boleh di dapati di hujung jari  sahaja.

Apatah lagi, dengan adanya Pembimbing Ibu Menyusu ( Peer counselor) di serata negeri  dapatlah membantu ibu- ibu yang berada dalam dilema ataupun kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.Disinilah tempatnya.Hubungilah mereka ini untuk bertanya.. hapuskan lah sifat pemalu demi tumbesaran anak- anak kita..



Betapa indahnya Ciptaan Allah swt..





" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2tahun penuh,bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya"
(Surah Al Baqarah 233)



 " Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya: Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun,bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku -lah tempat kembalimu "

( Surah Luqman ayat 14)


·                                 Aktiviti menyusu apabila disertai dengan niat yang baik dan mengharapkan keredhaan Allah, tentu akan memberikan hasil yang optimum dengan keizinan Allah.

Diriwayatkan bahawa 'Amr bin Abdullah berkata kepada isterinya yang sedang menyusui anaknya -

Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiduplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya.

                                                                   (Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak)








       * Carta ini dipetik dari Majalah kegemaran saya Pa & Ma 2011

Tiada ulasan: