Alhamdulillah.. ibu di beri kesempatan menulis blog ibu.. bulan lalu ibu menyambut Ulang Tahun Perkhawinan ibu yang ke 7..Semoga ikatan yang suci ni berkekalan hingga ke hujung nyawa.. Ibu dapat idea membuat pulut kuning ni dari teman ibu di Kuching ni..Jadi ibu terfikir bagus juga idea tu.Tak de asyik-asyik kek je. Dah jadi jemur pulak.
Ni resepinya :
- 5 cawan beras pulut
- 1 asam keping
- 2 sk serbuk kunyit
- 3 cawan santan pekat
- sedikit garam
Caranya :
- Beras di cuci bersih dan di toskan
- Bansuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut.Masukkan asam keping .Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.rendam semalaman.
- Toskan beras,keluarkan asam keping ( jangan kukus dengan asam keping )
- Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus ( lapikkan dasar kukusan dengan daun pisang.. Tutupkan lubang sikit- sikit supaya beras tak bolos turun )
- Kukus beras pulut selama 20 minit ( beras separuh masak )
- Sementara itu, satukan santan pekat dan garam
- Selepas 20 minit angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan habis..
- Biarkan sekejap dalam 8-10 minit supaya beras sebati dengan santan
- Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul- betul masak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan