Rupanya Kek Sarang semut ni senang je nak buat.. cuma cepat atau lambat je...
terasa rugi juga ibu tak ambil gambar lepas siap.Kalau tak memang sudah di ambil..
Lebih menyeronokkan ibu,lepas ayah pulang terus je pergi dapur sebab dah terhidu sarang semut.. masih panas - panas lagi.. ayah kata SEDAP... tersenyum ibu mendengarnya..
Bahan-bahan ( loyang saiz 8 inc )
- 5 biji telur ayam gred A
- 1 cwn tepung gandum
- 1 cwn susu pekat
- 1/2 cwn butter/ marjerin
- 2 sk potas @ soda bikarbonat
- 1 sk esen vanilla
- 1 cwn gula pasir
- 1 cwn air
Cara-cara
- Masak gula hingga perang dengan api kecil.Tuangkan air sambil kacau sehingga rata untuk dijadikan gula hangus. Masukkan air ke dalam kuali mula dari tepi kuali perlahan- lahan kerana gula akan meletup letup sedikit. Tutup api & Letak tepi.
- soda bikabonat di Ayak bersama tepung gandum .
- Pukul butter & susu pekat hingga kembang
- Masukkan telur 1 per 1. Kemudian Asen vanila. Pukul sekejap selama 5 minit.
- Kemudian masukkan tepung yg telah diayak td berselang seli dengan gula hangus. Pastikan mula & akhirnya tepung ye. Bancuhan memang kelihatan cair tapi jangan risau. memang macam tu, Kacau rata
- Akhir skali, bakar pada suhu 190 darjah C selama 45 min api bawah, 5 min yg akhir api atas bawah.. Cuba cucuk ngan lidi. Kalau licin jer, maknanya dah masak. Kalau tak masak lagi, tambah api atas 5-10 min atau sehingga masak..
- Tak perlu di perap,boleh di bakar terus.
- InsyaAllah mudah je nak buatnya.
-
Selamat Mencuba ya...
1 ulasan:
saya dah cuba .tq
Catat Ulasan