Isnin, 5 Ogos 2013

Kek coklat cheese moist



Haaaa... ibu pun tak  tahu kenapalah saat ni ibu gemar lak mencuba perbagai resepi.. sekarang dah beralih ke bidang kek pulak... hehehe..lebih -lebih lagi dapat galakan dari ayah.. huhuhu lagilah menjadi.. kek ni memang kegemaran ibu dan ayah.. rasanya memang sebiji macam kek dari secret resepi..memang senang tak payah nak kukus ataupun guna oven.. cuma simpan dalam peti sejuk ke..

Jom tengok gambar-gambar ni..

 Inilah hasilnya setelah berhempas pulas selama 8 j.Sebab apa tau,banyak break melayan anak-anak sekali.heheh Guna apa yang ada ibu buat corak dari corn flake je.. 



heheheh  ada 4 lapisan .bawah sekali biskut tiger,cheese,chocolate mousse dan chocolate ganache.lapisan coklat mousse tu ibu tak tekan padat-padat,sebab tu la nampak macam sarang semut.hehehe...yang penting sedap.



setelah dipotong-potong..memang sedaplah..berbaloi buatnya...kalau tengok tepi-tepi kek tu,ibu tak pandai nak potong cantik-cantik.ada la nampak coklat mousse dekat cheese akibat dari pisau ibu..



belakang nya cantik la kan..heheh ni makan pagi tadi dengan abang,kakak,ayah dan ibu



yang ini lak makan petang tadi.Tadi kek ibu di baluti dengan corn flake kan? tapi dah di kebas oleh abang sampai togel corn flake atas kek ibu tu.Jadi,bila ibu potong kek ni,ibu letak la warna warni yang ibu beli kat giant tadi.. nampak la lain dari tadi..

Tapi,sama juga macam corn flake,abang siap duduk depan..
" apa tu bu.. abang nak rasa sikit bu,boleh ?
Akhirnya.. clear juga warna -warni ni..


step ke 2.lapisan cheese.step 1 terlupa nak ambil gambar.



Ni step 3.chocolate mousse



Step 4 ,chocolate ganache..




tengok tu siap peace lagi tau.. corn flake ni masih lagi ada.. sekejap je dah togel kek ni...huhuhuhu



RESEPINYA :










Bahan-bahan :


Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger (hancurkan..kalau nk guna biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
  • 70gm unsalt butter (dicairkan)

Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan.)
  • 150gm  whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine ( halal)
  • 80ml full cream milk

Chocolate mousse:
  • 250gm whipped cream ( for topping cream )
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (campur dengan 6 sb air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
  • 1 /2 sb nescafe + 1  sb air panas

Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega

Cara-cara :


Lapisan bawah:
  1. Alaskan dulu pan dengan kertas minyak supaya bila dah siap senang nak keluarkannya.
  2. Hancurkan biskut tiger.( ibu kisar je,nak cepat) Kemudian, campur dengan butter yang telah dicairkan. Tekan rata dalam pan (20cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.


Lapisan atas ( Lapisan Cheese):
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yang telah dihancurkan, whipping cream)
  2. Campurkan gelatin & full cream milk dan masak sehingga gelatine cair.Pukul sedikit lagi untuk ratakan adunan.
  3.  Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese tadi. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan. Masuk dalam peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lebih kurang 2jam)


Chocolate mousse:
  1. Pukul whipped cream sehingga kembang.Kemudian masukkan esen vanila,gula dan serbuk koko.
  2. Masukkan gelatine dan nescafe yang dah dicairkan kemudian masukkan ke dalam whipped tadi.Kacau sebati.
  3. Tuang adunan ini ke atas lapisan cheese.Pastikan lapisan cheese tadi agak keras dahulu.Dan masukkan ke dalam  freezer ( di biarkan 1 jam )


Chocolate ganache:
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk/periuk dan masak cara double boil
  2. Masak sehingga coklat ganache pekat,sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas coklat mousse yang dah keras.Masukkan ke dlam peti ais semula.Bila dah agak keras bolehlah di hidangkan..

* Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan-bahan dalam periuk kecil


 Pesanan-pesanan tambahan :

  •   Cari pan berbentuk bulat @ empat segi yang boleh di buka di bahagian tepi..
  •   Whipping cream  : biasa di jual di pasaraya.Dan bentuknya lebih kurang macam susu cair,kalau di pukul tak kembang sangat
  • Whipped cream / ready for topping cream jarang terdapat di pasaraya.boleh di dapati di  kedai-kedai jual barangan kek.Kalau di pukul akan kembang dan seperti meringue ( bila kita terbalikkan bekas tu,adunan tak jatuh.. 
   

Komen dari ayah :

* memang sedap macam kedai kek secret resipi..
* Biskut tiger tak berapa sesuai sebab manis sikit,jadi ayah cadangkan guna biskut yang kurang manis seperti biskut marie ke@ kek span ke @ pun tak payah letak biskutlah..3 layer atas dah cukup.
* Ada tempahan kek lagi dari ayah,nak kek coklat di bawah dan cheese di atas..
hehehhe bertambah chubbylah ibu







 

1 ulasan:

Rozita Ceritaita berkata...

salam kenal,

xde butang follow ke?

tumpang salin resepi..