Isnin, 12 Disember 2011

Membetulkan Tanggapan Mengenai Konsep Penyusuan...



1. PENGUMPULAN STOK SUSU YANG MELIMPAH RUAH


Perlu atau tidak menyimpan stok yang banyak?

Stok adalah perlu untuk ibu bekerja, namun stok yang melimpah ruah kadang kala akan menjadi masalah.
Semakin kerap kita pam akan semakin banyak susu terhasil. dan kita telah menyampaikan maklumat kepad otak agar mengeluarkan susu yang berlebihan. dan ini menjadi 'over supply'
oversupply maknanya pengeluaran melampaui permintaan.

Baby mungkin hanya perlukan 16oz semasa ibu bekerja, tetapi ibu mampu buat stok sehingga 30oz sepanjang waktu kerja.

Keadaan ini boleh menimbulkan stress kepada ibu2 lain yang tidak mewah susunya. sedangkan susu yang diperah adalah sudah memadai untuk bayinya. fenomena membuat stok beratus2 bungkus ini sudah menjadi seperti satu perlumbaan pula.

Bagi Ibu yang rasa susunya kurang akan berusaha mencari supplement, makanan penggalak susu, buat power pumping semata2 untuk memndapatkan amaun susu yang baginya 'banyak'.

Bayi semasa penyusuan exclusive, sebaiknya berikan fresh EBM atau chilled EBM.

Kenapa?

Fresh EBM segala 'askar' dalam susu tersebut sangat aktif. mereka akan bekerja untuk menahan serangan musuh dan kedudukan mereka adalah pada bahagian atas botol (sebagai perumpamaan). maka kuman tidak mudah masuk dalam fresh EBM.

Chilled EBM 'askar' susu itu seakan sedang berehat. bila susu dipanaskan, mereka mula bangun dan bergerak mempertahankan susu tersebut. mungkin dah ada sebahagian musuh dah masuk dalam susu, tapi ramai musuh dah terkorban.

Frozen EBM, 'askar susu' sedang tidur kat dasar botol. semasa proses mencairkan, mereka baru terjaga. musuh dah masuk, by the time mereka dah sedar sepenuhnya, hanya sedikit musuh yang terkorban.

(walaupun ada musuh dalam EBM, EBM tetap lebih baik dari formula)

Jadi kenapa bagi susu yang banyak musuh kepada baby yang memerlukan ramai askar... fikirkan

Dan contoh lain...

Susu adalah makanan bayi, jadi kita umpamakan seperti makanan harian kita.

Jika anda diberi pilihan, antara kari yang baru dimasak dengan kari sejuk beku, mana satu pilihan anda?
tentu kari baru masak kan? begitu juga dengan bayi, dia perlukan makanan yang fresh.

Kari yang tak habis dimakan, kita simpan dalam fridge. Esok, tak sempat masak, boleh panaskan dan makan.
-sama konsep macam, EBM semalam yang tak guna, simpan dalam fridge, tak cukup fresh, guna chilled EBM

Kari yang tak habis dalam fridge, boleh bekukan. tahan lama sikit. Maybe satu hari nanti langsung tak sempat nak masak, takde bahan mentah kat rumah, boleh panaskan dan makan.
-sama konsep macam frozen EBM. bila tak cukup sangat2 susu nak hantar kat rumah BS, frozen inilah yang digunakan.

Setiap kejadian Allah ada hikmahnya dan ada fungsinya. Kenapa Allah jadikan susu awal itu cair dan susu akhir itu pekat, ada hikmahnya. Kenapa kita nak ubah kejadian tersebut. Ianya seakan-akan memberi anak makan nasi tanpa diberikan air.. mahu tercekik dan sembelit anak tu..

SO, cair atau pekat, susu ibu itu sendiri unik untuk anaknya. mungkin susu kita cair kerana bayi kita perlukan air dan protein yang lebih. Kenapa kita nak beri lebih lemak pulak.

2. KEPEKATAN SUSU

Susu pekat lebih berkhasiat ker?

Setiap kejadian Allah ada hikmahnya dan ada fungsinya. Kenapa Allah jadikan susu awal itu cair dan susu akhir itu pekat, ada hikmahnya. Kenapa kita nak ubah kejadian tersebut. Ianya seakan-akan memberi anak makan nasi tanpa diberikan air.. mahu tercekik dan sembelit anak tu..

SO, cair atau pekat, susu ibu itu sendiri unik untuk anaknya. mungkin susu kita cair kerana bayi kita perlukan air dan protein yang lebih. Kenapa kita nak beri lebih lemak pulak.




3. UMUR MENINGKAT KEPERLUAN SUSU JUGA BERTAMBAH
"susu saya kuranglah bila pam, cukupkah untuk anak saya nanti?"
Anak umur berapa?
"Dah setahun setengah.. takut tak cukup susu.. tak dapatlah dia fully BF sampai 2 tahun"
berapa banyak dia minum kat rumah BS?
"Saya kena bekalkan 20oz kat rumah BS. 4ozx5botol untuk 5x minum..
Hmmm... tahukan anda tentang perkembangan pemakanan bayi?

Saya beri contoh seperti dibawah:

Bayi minum 5 kali di rumah BS sepanjang 2-6bulan (exclusive). Maknanya 5x sesi minum

Bila diperkenalkan makanan pejal, 1 sesi telah diganti.
1x makan, 4x minum (so, 4 botol jer)

Bila masuk usia 8 bulan - 2x makan, 3x minum

masuk 9 bulan - 3xmakan, 2x minum

Semasa sesi makan, tidak perlu diberi susu. hanya air masak atau jus tanpa gula.

Sehingga satu masa, anak anda tidak perlu menyusu semasa siang, (cover dengan makan), dan menyusu hanya ketika hendak tidur atau semasa bersama anda sahaja.
Ibu tersebut tetap disebut ibu menyusu kerana penyusuan susu ibu sebenar adalah direct feeding.

Jadi,tak perlu risau, anak masuk setahun, susu kurang. memang itu lumrahnya.
Kalau nak fikir sayang stok frozen memang sayang..

tapi saya selalu keep in mind, aku ada makanan yang lebih berkhasiat, yg fresh, so kenapa nak bagi yang dah turun sikit khasiat dan bekukan yg tengah banyak khasiat ni.


Tiada ulasan: