Jumaat, 11 November 2011

Koleksi Buku- Buku Simpanan saya

Ni adalah sedikit sebanyak koleksi buku -buku saya.



1. Panduan Ibu Mengandung& Adab menyambut Cahaya Mata


Ni buku pertama kali di beli gara-gara terlalu gembira untuk menyambut bakal cahaya mata yang pertama



2. Makkah al-Mukarramah.Kelebihan & Sejarah.

Cerita dalam buku ni memang bagus,di sertakan dengan gambar-gambar yang cantik dan yang paling saya suka kertas nya bukan macam buku biasa..Memang sesuai untuk kenal lebih dekat tentang kelebihan Mekah..InsyaALLAH mana tahu ada rezeki pergi sana ke..Amin.


3.Kuasa Di sebalik SOLAT



Ni pun salah satu buku kegemaran saya.Banyak perkara yang saya belajar dari dalam buku ini.
Kita perlu memperbaiki solat kita dari masa ke semasa..Kita sebagai manusia kadang kala lalai dalam banyak perkara...


4.Wahhhh... Seruan Dari Kaabah



5.Ingatan Dari Kaabah

Kedua-dua buku ni amat saya gemari.. Kadang kala saya ingin mengetahui bagaimana keadaan di sana dan saya boleh gambarkan kejadian-kejadian yang berlaku di sana.Jadi,saya boleh ambil ikhtibar dari cerita-cerita dalam buku ini..

WAH MEMANG BEST BKEDUA- DUA buku ni.!!!!!!! Dah banyak kali saya mengulang membacanya tanpa JEMU...

6.Kearah hidup Tenteram dan Bahagia

tentang buku ni ,saya tak sempat nak habiskan.. jadi tak dapat nak terang kan macam mana.. My hubby suka sangat buku ni sampai 3 kali ulang... Saya??? Lum lagilah..

7.Buku lengkap Penjagaan Ibu dan Anak
Emmmm buku ni juga buku kegemaran saya.. Memang saya seronok tengok buku ni kerana ada menerangkan perkembangan baby dalam perut untuk setiap minggu dan macam-macam lagilah...Buku ini di perkenalkan oleh keluarga angkat saya.
Sebenarnya banyak lagi koleksi buku-buku ilmiah saya,cuma saya tak sempat nak berkongsi bersam-sama..InsyaAllah ada masa saya cuba ye..


8. Misteri Firaun
Buku ni terbaru yang saya beli.Memang bagus,saya baru habis baca.semua tentang Firaun.Ada terangkan firaun-firaun yang memusuhi nabi.saya suka sebab gambar dalamnya semuanya berwarna.secara tak langsung dapat menarik minat saya dalam mengkaji sejarah Firaun..

Tiada ulasan: