Khamis, 10 November 2011

Kesedaran Baru Berputik

13 hari selepas kelahiran baby pertamaku..

Rasanya memang seronok sangat kalau saya nak bercerita pasal penyusuan susu ibu

Lebih seronok lagi kalau saya bercerita pasal kebaikan susuibu...

Saya sedar saya bukanlah kaunselor ataupun pakar laktasi...

Tetapi Saya hanyalah...

Seorang ibu yang mempunyai 2 orang cahaya mata,seorang lelaki dan seorang perempuan...
Saya juga merupakan salah seorang yang mempunyai sahabat maya di RATUHATI.COM.
Saya juga terasa ingin sekali berkongsi sedikit pengalaman tentang isu penyusuan susu ibu.
 InsyaAllah,dengan ilmu yang tak seberapa ini,dapatlah kiranya dikongsikan bersama dan dimanfaatkan seumur hidup.

Mari saya ceritakan kisah sebenar saya.

Saya sebenarnya tidak pernah tahu kepentingan susu ibu dari ahli  keluarga saya tak kiralah dari adik beradik saya...
Saya tak petnah tahu tentang susu ibu dari sesiapa .
Ketika dalam pantang anak pertama masa itu sudah 1 bulan,kakak saya datang menziarah.Namanya kak uda  ngelaran yang saya bagi  telah nampak saya memberikan susu formula lalu berkata,
berkata " tie ko tak menyusukan baby dengan susu ibu ke?
Lantas saya mendiam kan diri dan berkata " susu ati sikit,dah bagi baby asyik menangis je,kuat lak tu nagis " ( aku tahu masa tu aku tak cukup kuat dan tak tahu nak mengatasinya )
Kak Uda saya  hanya mendiamkan diri tanpa berkata- kata tentang kebaikan susu ibu ini..
Jadi,saya pun teruskan dengan susu formulalah..kerana tiada siapa yang ingin menasihati saya..

Kesimpulannya,
Dengan siapa saya tahu? Emmmmmm...Forum RATUHATI.COM

 inilah Sahabat-sahabat maya saya yang sentiasa memberi sokongan,dorongan dan semangat untuk saya dalam permulaan penyusuan susu ibu..

 Ilmu yang saya perolehi banyak didapati dari orang lain,saya sedar akan kenyatan itu.. Selepas saya dalam berpantang barulah saya membuang masa dengan mengadap forum..Dengan cara saya ni,walaupun saya tahu,terlalu banyak masa saya terbuang dengan mengadap labtop.Tapi saya rasa berbaloi..

Tanpa Ratuhati dan susu ibu.com, tak mungkin saya sedar kepentingan susu ibu. Betapa ibu -ibu yang menyusukan anak mereka  ini begitu cekal semangatnya untuk meneruskan niat murni penyusuan ibu. Pokok pangkalnya kesedaran..

Saya pasti,Setiap ibu yang melahirkan memang ada susu ibu, banyak atau sedikit sebenarnya adalah mainan psikologi. Sejak saya  di sah kan hamil ke 2.saya sudah mula sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu.Dari itu,saya nekad untuk menyusukan anak ke dua ku dengan susu ibu sahaja.Sepanjang kehamilan ku yang ke dua ni,saya mula mencari maklumat-maklumat tentang susu ibu.Lagipun sekarang ni kan banyak maklumat di hujung jari.Saya dengan penuh semangat membeli majalah pa & ma,membuka laman web susuibu dan ratuhati.Banyak maklumat yang saya dapat dari situ..Ape yang saya tak tahu,saya tanya.Saya buang perasaan malu dan terus bertanya dan terus bertanya pada pakar-pakar susu ibu..

Inilah binding yang saya maksudkan.Buku ini tentang penjagaan kehamilan,penjagaan baby    .
Agak tebal kan???

Paling menarik perhatian saya,saya mendapat dorongan suami 100%. (Terima kasih ayah..).Saya telah membuat buku tentang penyusuan susuibu.Apa saja tentang masalah,cerita atau apa saja bersangkut paut tentang penyusuan susuibu pasti saya photostat dan kumpulkan untuk menjadikan buku.. Jadi,apa-apa yang saya tak tahu,akan saya rujuk dari buku itu..
                               
2 Tahun saya menjadikan pelanggan majalah pama.Walaupun harganya mahal RM 9.00.Tapi saya tetap membeli juga.Pada masa itu, helaian hadapan majalah pama ada di khaskan untuk potongan punya.Jadi yang di hadapan je saya  potong ..boleh perasan tak?? :-)

Saya berpuas hati dengan menghasilkan buku ini.Dulu ingat nak potong majalah Pa & Ma tapi tak jadi,saya copy je .

Ada satu lagi tentang Penyusuan susu ibu,tapi saya tak keluarkan lagi.Kalau ada nanti saya tambah dalam ni.

INSYAALLAH...


Tiada ulasan: