Isnin, 24 Ogos 2015

Pengalaman bersalin anak ke 3

Assalamualaikum...

                 Syukur ke hadrat ilahi ibu dah selamat melahirkan anak ke tiga..seberat 3.49kg.Dilahirkan secara normal pada 31 Ogos 2013..emmm memang ibu tak sangka melahirkan baby ibu pada tarikh yang bermakna bagi Negara kita..


Asalnya memang dah satu minggu perut dah mengeras je..tapi ibu tak layan sangat.. takut kontraksi tipu kan..hahahah.. suami ibu memang dah mula susah hati.dari hari Isnin sampai Khamis suami ibu hantar pergi kerja.. Tapi pagi jumaat Mr.hubby pujuk ibu suh pergi Hospital.Katanya pergi je kalau tak bersalin tak apalah bolehh lag dia tolong ibu hantar kat sekolah semula.Emmm pada mulanya memang ibu malas nak pergi,tapi ikutkan je la kan.. HAAAA.. amik kau !!!! kena tahan wad bukaan dah 1cm.Walaupun masa tu Doc pun dalam di lema nak suh masuk wad ke idak..LAst2 masuk juga la kan.


Kat dalam wad,penuhnya ibu-ibu hamil yang nak bersalin.Jadi tempat untuk ibu tak ada.Ibu di beri katil tambahan depan kaunter sikit.Aduh.. memang tak selesa sangat-sangat.MAsa masuk air dan Buat CTG alamak macam aa masalah je..NAdi baby ibu slow.. Allahuakhbar ibu dah takut.. Datang Doc yang berpengalaman suh ibu minum air masak banyak sikit.. apa lagi asyik nak terkucil- kucil je dok dalam wad tambahan tu.. selang 1j doc datang lagi..LEga hati ibu CTG baby normal.. OOOOOhhhh kurang air pun nadi baby boleh slow kan.. baru ibu tahu..


ibu dapat katil kosong..bahagian hujung sekali..tak palah janji ada katil.Lum pun panas punggung duduk kat katil baru sekali kena panggil tukar wad..Alhamdulillah dapatlah ibu tukar wad yang ada 4 orang je dalam tu.Memandangkan 2 orang dah penuh.. Ibu terima je lah kan..Berlapang dada waktu tu.Anak-anak yang lagi 2 orang??? kat umah pengasuh mereka IBu LILY..Alhamdulillah mereka di jaga dengan baik semasa ibu dalam hospital


Malam pertama menginap di HOTEL .heheheh... tak boleh tidur..kehulu ke hilir ibu berjalan.. Pagi sabtu tanggal 31.Ogospun macam tu.. aduhai.. pening kepala tak bersalin-salin lagi sehinggalah sampai waktu habis melawat...


Hari sabtu ibu memang dah plan nak pergi kenduri kawen sepupu ibu kat Seremban.Jadi semuanya berkumpul kat rumah ibu..Semua plan ibu terbantut gara2 ibu masuk wad,.heheheheheheh
Alkisahnya,petang tu abang ngah ibu datang nak ziarah.Tapi waktu tu ibu dalam bilik air nak mandi.Sebelum tu ibu pesan kat Hubby pas ibu mandi hubby balik la tengok-tengokkan anak-anak kat rumah Kak Lily.Hubby pun kata Ok..


haaa... perkata yang tak di duga!!!!! berlaku...

Tiada ulasan: