Jumaat, 30 Disember 2011

Urutan pada bayi...

1...Urutan Kepala Dan Muka

Faedah- faedah yang di perolehi oleh bayi yang di urut :
  •  Membantu pembesaran fizikal bayi.
  • Menguatkan ketahanan tubuh badan.
  • Memina keyakinan diri.
  • MEmbantu bayi berasa tenang dan selesa.
  • Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi..


Beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan berguna ;

  1.  Pastikan anda selesa dan tidak di ganggu selama 15minit.Mainkan muzik yang berentak perlahan  untuk memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda dan bayi
  2.  Pastikan keadaan bilik berhawa  sederhana hangat  sepanjang waktu mengurut.bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk membaringkan bayi.
  3. Urutan  paling sempurna dapat dilakukan jika bayi berkeadaan tidak berbaju dan seluar,sebaik-baiknya selepas mandi.Namun urutan tetap boleh dilakukan semasa bayi berpakaian.
  4. Penggunaan minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi.Gosok kedua-dua belah tangan  untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh  bayi anda.Sapukan minyak secukupnya  di tangan anda supaya boleh mengurut dengan lebih mudah.
  5. Mulakan dengan sentuhan yang lembut.Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin  dan bayi kelihatan  lebih selesa.
  6. Pandang mata bayi,menyanyi atau bercakap dengannya sambil mengurut.
  7. Seeloknya masa mengurut adalah sama setiap hari agar bayi dapat merasai sebagai satu rutin.
  8. Disarankan untuk bermula dari kepala hingga ke hujung kaki,kemudian baru beralih ke bahagian belakang badan bayi..


Marilah sama- sama belajar membuat urutan pada baby ..
Saya dah lakukan kepada 2 orang anak saya.. memang sangat bagus.. baby pun tenang je sekiranya kita lakukan sejak selepas baby dilahirkan..





Pegang kepala bayi dengan kedua-dua tangan .Urut kulit kepalanya perlahan-lahan dengan hujung jari seolah-olah anda sedang membesihkannya.





Dengan kedua-dua ibu jari anda,usap kening bayi perlahan -lahan sehingga ke pelipisnya.



Letakan kedua-dua ibu jari anda  pada bahagian atas tulang hidung.Tekan lembut sambil menurun ke arah atas tulang pipi,pada tulang pipi dan di bawah tulang pipi



Guna kedua-dua ibu jari untuk mengusap bahagian atas bibir dari bahagian tengah keluar hingga ke pipi.



Urut lembut bayi anda dengan menggunakan ibu jari anda.Usap keluar.



Letakan kedua-dua tangan anda di bahagian belakang telinga bayi dan usap turun hingga ke dagu



2..Urutan Dada




Buka  buku.Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda,usap dada bayi bermula dari bahagian tengah dengan pergerakan keatas dan keluar.Lakukan tanpa mengakat tangan daripada badan.



Gerakkan tangan anda dalam bentuk hati dan tolak perlahan-lahan ke tengah dada.



Dari sebelah tepi bahu kiri,usap secara menyerong sehingga ke bahu kanan.Lakukan tanpa mengangkat tangan anda



Kemudian,secara silang menyilang, gunakan tangan sebelah lagi untuk memberi usapan menyerong dari sebelah bahu ke bahu sebelah lagi


TAHUKAH ANDA....

" KAJIAN ODENSE HOSPITAL DENMARK MENDAPATI BAYI YANG DIURUT MENUNJUKKAN BANYAK PERUBAHAN POSITIF,TERUTAMANYA PADA PERNAFASAN,WARNA KULIT,EKSPRESI WAJAH,KEMAMPUAN MENGGERAKKAN ANGGOTA BADAN DAN PENINGKATAN PARAS OKSIGEN DALAM DARAH.."




3.Urutan Tangan



 .

Urut sebelah tangan pada satu masa.Genggam lembut tangan bayi anda dan usap dengan pergerakan ke atas dari bahu ke pergelangan tangan



Lakukan usapan yang sama cuma kali ini dari pergelangan tangan bergerak ke bahu.



Buka tapak tangan bayi anda,pegang hujung jarinya dan pusingkan dengan lembut.Lakukan pada satu jari dalam satu masa.



Gunakan jari anda untuk mengusap tapak tangan bayi ke arah jejarinya.


Olek lengan bayi antara kedua-dua tapak tangan ,dari pergelangan tangan hingga ke bahu.. Ulangi pada tangan sebelah lagi.


TAHUKAH ANDA.....

Utrutan  boleh mengurangkan paras normal kortisol ( hormon tekanan),membuatkan kanak-kanak tidur dengan lebih nyenyak.Malah kajian Institut Sentuhan Miami,Florida mendapati bayi yang di urut menunjukkan peningkatan sel darah putih yang bertanggungjawab mambu membunuh banyak sel tumor>Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan..



4.Urutan Kaki

Mulakan dengan melakukan usapan,urut kaki dengan gerakan ke atas dari pinggul ke pergelangan kaki.Seterusnya lakukan usapan pada kaki, dengan menggerakan tangan anda dari pegelangan kaki ke pinggul bayi.


Genggam lembut peha bayi dengan kedua-dua tangan  menggenggam  atas bawah,usap ke bawah ke kaki dengan kedua-dua tangan berpusing secara bertentang seolah-olah sedang memerah tuala.



Urut tapak kaki bayi dengan ibu jari anda dari tumit ke hujung jari kaki...


Genggam lembut hujung kaki satu persatu.Ulang pada kaki sebelah lagi.


TAHUKAH ANDA...

Rangsangan yang diberi semasa mengurut dan pergerakan angin pada kulit sebenar boleh menjadi sumber tekanan kepada bayi,tetapi ia diseimbangkan dengan  suara,bau dan sentuhan ibu atau bapa yang mengurut mereka..




Info...
  • Dianggar kan 60-90 %penyakit yang berlaku pada bayi disebabkan tekanan ia boleh diredakan melalui urutan.Urutan akan memberi ketenangan  yang membantu merangsang kebolehan bayi untuk menghadapi tekanan.
  •  Mengurut perut dengan perlahan beberapa kali bukan sahaja meredakan kesakitan,malah membuatkan bayi berasa lebih selesa.Urutan pada perut bayi yang dilakukan setiap hari dapat mengelak masalah sekatan angin dalam usus.

4.Urutan Perut



Angkat kaki bayi,tekan perlahan-lahan ke arah badannya.Ia membantu menenangkan otot-otot pada perut bayi.



 
Gunakan bahagian tepi kedua-dua tangan ,lakukan usapan seolah-olah mendayung pada perut bayi,sebelah tangan  dan diikuti dengan sebelah lagi.



Gerakkan jari jemari anda ke sekitar pinggangnya dari sebelah kiri anda hingga ke sebelah kanan.


Bentukkan bulan separuh yang terbalik,usap dengan tangan kanan secara pusingan jam dari kiri ke kanan.Tangan kanan di atas,tangan kiri bawah dan ikuti pergerakan pusingan jam tangan kanan.  



Buat satu gerakan ke bawah di bahagian kanan perut bayi ( sebelah kiri anda) dengan menggunakan tangan kiri.


Buat satu gerakan terbalik 'L' dari kanan ke kiri anda.





Buat satu gerakan terbalik 'U' dari kiri ke kanan anda.Semasa anda membuat latihan ini,katakan 'I LOVE U" dengan nada suara yang penuh kasih sayang.Bayi akan menggemarinya.



TAHUKAH ANDA...

Urutan boleh mengatasi masalah kolik,iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dalam usus.Perkara ini biasa berlaku pada bayi sehingga menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.




5.Urutan bahagian Belakang



Letak bayi dalam kedudukan meniarap di hadapan anda,atau di atas kaki anda yang berada dalam kedudukan melunjur.Pastikan tangan bayi di hadapan dan bukan  di tepi.



Dengan kedua-dua tangan anda,urut belakang bayi secara melintang



Gunakan sebelah tangan  untuk mengusap belakang dari tengkuk ke bawah.



Gunakan hujung jari untuk mengurut dengan cara bulatan kecil pada bahagian sebelah tulang belakang bayi.Ulangi pada bahagian sebelah lagi.Elakan dari menyurut di atas tulang belakang bayi.



Usap perlahan-lahan belakang bayi dari tengkuk ke bawah dengan satu usapan terus untuk memberitahu bayi kerja mengurut sudah selesai.




Akhir sekali..... Berikan ciuman kasih sayang pada bayi anda..Sepeti  ini abang sayang akan adiknya..hehehe



Info...\

Urutan boleh membantu meningkat fungsi motor  ( pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil ) serta memprekemaskan otot bayi.Banyak kajian menunjukkan urutan boleh menenangkan  dan meningkatkan keupayaan  kanak-kanak autisme untuk  berinterasi  dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mendapatkan urutan...



* Ulangi setiap langkah urutan sebanyak 3 -5 kali sebelum melakukan langkah seterusnya...





*dipetik dari majalah pa & ma keluaran  2010

Tiada ulasan: