Isnin, 22 April 2013

Trio Snow Cheese Cake

 
 
Alhamdulillah.. semalam ibu teringin nak buat snow cheese cake.. tapi versi trio.. Ibu dapat dalam facebook.Tapi ibu minta maaf terlupa facebook siapa.Masa ibu buat ni di bantu oleh pembantu ibu.. siapa lagi kalau bukan anak- anak ibu.. Kakak dan abang..
 
Ni resepinya ;
 
 
 
Bahan- bahan kek :
 
* 125g gula
* 40 ml air
* 60 ml minyak masak
* 100g tepung superfine / hong kong
* 1 sk ovelet
* 1sk baking powder
* 20g tepung jagung
* 4 biji telur Gred B
* cheese cheddar yang beku ( utk di parut )
 
 
bahan-Bahan Cream :
 
* 250 g cream cheese
* 250 g Non-diary whip cream
 
 
cara -caranya :
 
  1. Satukan telur dan gula..Putar sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak..Putar sehingga rata..
  3. Akhir sekali masukkan minyak masak putar lagi.. Bahagi adunan kepada 3 bahagian supaya dapat membuat 3 warna.Kalau boleh biarlah sama rata ye..
  4. Panas kan oven dulu.kemudian bakar adunan pertama selama 10- 15 minit sahaja dengan kepanasan 130-150 C.mengikut kepakaran oven masing- masing ye.. bakar adunan sehingga ketiga- tiga adunan dan ketepikan.
  5.  Untuk adunan membuat cream.. pastikan bahan- bahan berada dalam keadaan kering untuk memutarkan non-diary whip cream.Supaya mendapat cream yang kental bila kita terbalikkan dia tak turun.. kemudian dalam bekas lain putarkan cream cheese sehingga sebati kemudian campurkan kedua- duanya.. Putar sehingga adunan tu menjadi sebati.
  6. Dah siap, bolehkan sapukan pada setipa lapisan warna yang di bakar tadi..
  7. Untuk lapisan atas letak cheese yang di parut.Tapi ibu tak de cheese yang di parut.Ibu guna cheese cheddar slide ibu tarah kecil- kecil kemudian ibu letakan atas kek je.
  8. Di sebabkan ibu ada anak- anak kecil jadi ibu hias dengan kreativiti ibu sendiri..Kalau ikutkan kek ni perlu diselaput dengan semua cheese yang di parut ye.



 Buat kek ni jadi kenangan pada ibu sebab masa ibu putar cream cheese dan whip cream tu.Anak- anak dah siapkan pinggan nak makan ..Akhirnya setiap lapisan tu sedikit je creamnya.. ibu dah tak dapat nak bajet cream lagi.PAstu bila ibu potong kecil-kecil cheese slide baru letak di atas kek.. sekejap anak- anak silih berganti buka peti ais katanya RASA JE BU.. bila ibu tengok.. habis kek tu di cuit-ciut dengan anak- anak.. kelakarnya..
 
 
Cubalah kek ni..kek ni amat sesuai kalau anak makan sebab tak rasa gula sangat..anak- anak pun suka..
 
 
Jom cuci mata :
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 

 
 
 
 
 

Pulut Kuning

Alhamdulillah.. ibu di beri kesempatan menulis blog ibu.. bulan lalu ibu menyambut Ulang Tahun Perkhawinan ibu yang ke 7..Semoga ikatan yang suci ni berkekalan hingga ke hujung nyawa.. Ibu dapat idea membuat pulut kuning ni dari teman ibu di Kuching ni..Jadi ibu terfikir bagus juga idea tu.Tak de asyik-asyik kek je. Dah jadi jemur pulak.
 
Jom jamu mata jap...




 
 
Ni resepinya :
 
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • sedikit garam


Caranya :

  1. Beras di cuci bersih dan di toskan
  2. Bansuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut.Masukkan asam keping .Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.rendam semalaman.
  3. Toskan beras,keluarkan asam keping ( jangan kukus dengan asam keping )
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus ( lapikkan dasar kukusan dengan daun pisang.. Tutupkan lubang sikit- sikit supaya beras tak bolos turun )
  5. Kukus beras pulut selama 20 minit ( beras separuh masak )
  6. Sementara itu, satukan santan pekat dan garam
  7. Selepas 20 minit angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit  ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan habis..
  8. Biarkan sekejap dalam 8-10 minit supaya beras sebati dengan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul- betul masak)
 
 

Jumaat, 19 April 2013

Kek Coklat Cheese

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. ibu masih di beri kekuatan untuk menulis di blog ibu.. dah lama betul ibu menyepi sejak bulan puasa tahun lepas..  kini ibu ada membuat kek baru iaitu Kek Coklat Cheese..

Jom tengok gambar ni..



 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 Nilah kuih kegemaran kakak.. Dia panggil kek sarawak... kakak la peminat kek sarawak.. maklumlah di lahirkan di bumi kenyalang...hehehe


Ni resepinya yang ibu nak berkongsikan pada teman-teman blog ibu :

Kek Coklat Cheese :

Bahan - bahan kek :
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 camca teh esen vanila
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu cair / susu segar
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 3 camca besar serbuk koko *
  • 1 camca teh soda bikarbonat *
  • 1/2 camca teh baking powder *
* Bahan yang bertanda * perlu di ayak dulu ye.
 
Cara- cara kek :

  1. Putar telur dan gula sampai kembang dan pekat
  2. Masukkan esen vanila ,garam dan putar rata.
  3. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung.diputar sehingga sebati
  4. Perlahankan kelajuan  kemudian masukkan tepung yang di ayak bersama- sama bahan bertanda * sedikit demi sedikit.

Bahan- bahan Cheese :

  • 250 cream cheese
  • 60g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar tepung gandum

Cara cara  Cheese :
  1. Panaskan kukusan 8" dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak
  2. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian. Satu bahagian  di tuangkan dalam adunan dan di tutup dengan aluminium foil dan dikukus sehingga 20 minit. dengan api sederhana.
  3. Kemudian tuang cheese dan tutup semula dengan aluminium foil,masak sehingga 15 minit.
  4. Akhir sekali masukkan adunan kek yang ke dua  tadi dan kukus sehingga 20- 35 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba ye resepi yang simple sangat- sangat ni..