Rabu, 8 Ogos 2012

Apam Polkadot

Alhamdulillah jadi juga apam yang selama ini ibu nak buat sangat2.. Akhirnya pada satu masa ibu ajak ayah pergi kedai jual barang-barang jual kek.Ibu beli kertas apam dan banyak juga yang ibu belanja kan.. semata- mata nak buat apam polkadot ni..

Nilah hasilnya,tapi apam ibu ni ada lubang-lubang sikit,biasalah baru pertama kali buatkan. InsyaAllah dalam perancangan ibu, sekiranya tiba ulang tahun anak-anak ibu,InsyaAllah ibu akan buat untuk sambut birthday mereka..

 Jom cucui mata gambar-gambar ibu ni...









Penat juga nak buat dot..dotnya ni.. letih juga .Sebab memerlukan ketelitian yang tinggi tanpa ada sifat cuai sikit..



Bahan:


-3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)

-275 gm tepung gandum

-220 gm gula halus

-150 ml susu segar

-3 sudu teh baking powder

-1 sudu kecil ovalette

-filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa  Pewarna




Cara-caranya :

.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)

2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu

3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga habis

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
5. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk  kertas
6.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..

7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.