Jumaat, 29 Jun 2012

Kuih Kaswi Gandum






wahhh inilah dia kuih kegemaran ibu ,yang ibu mencari selama ni.. Puas ibu godek -godek resepinya.. sampai minta kat kak uda tapi kak uda punya terlalu simple tak de sukatan yang tetap.. hanya anggaran sahaja.. JAdi ibu cuba buat... wahhhh nagis ibu tak menjadi.. Akhirnya ibu buka blog kak Ummi..heheheh ibu jumpa resepinya.. kebetulan ibu puasa sunat.. teringin nak makan kuih kaswi.. jadi ibu buatlah...hemmmm... memang sedap sangat. ibu makan banyak masa buka posaa.... Dah tu ibu teringat akan arwah mak ibu, arwah memang suka sangat buatkan ibu kuih ni sebab arwah tahu ibu suka sangat makan kuih ni.Arwah selalu buat kan ibu kuih ni tak keras sangat.Sedang- sedang lembik..jadi ibu pun buat macam tu... heheheh..

sseperti biasa ibu kalau bab nak ambil gamabr tak berapa pandai sangat.. asalkan ada je... takut di ganggu oleh 2 orang pembantu ibu yang masih muda ni...hehehe



 Jom cuci mata jap....











NaK RESEPINYA KE.....

Bahan- Bahan :
- 5 cawan air
-
1 cawan gula merah
-
1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
-
1/2 cawan tepung ubi/jagung ( ibu guna tepung jagung je) 
-
1 sudu kecil air kapur kuih [optional]

Bahan Atasnya :

- Kelapa parut (muda/putih saja)
-
Sedikit garam



Cara:
1. Panaskan kukusan.

2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.

4. Masakkan sehingga masak [30 minit]

5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam
.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.



 Selamat mencuba ye...


Khamis, 28 Jun 2012

Penggantung kereta Manik



Ada sesiapa inginkan penggantung kereta buatan manik yang terdapat nama Allah Muhammad depan belakang..... boleh tempah kepada saya.selagi stok masih ada..








NR 01
motif : oren + putih








NR 02
Motif : ungu + hitam + kuning








NR 03
Motif : kuning + hitam








NR 04
Motif : pink + hitam + putih









NR 05
motif : biru + putih + biru










NR 06
Motif : hijau pekat + putih + hitam



RM 17.00

Postage RM 3.00




Jumaat, 22 Jun 2012

3 kek dalam 4 hari



2 minggu yang lepas ibu terima panggilan dari adik ibu,katanya suaminya nak datang sini .jadi dia minta ibu buatkan 2 jenis kek untuk di bawa balik ke KL untuk menyambut hari bapa dan satu lagi untuk adik ibu pulak. Mula2 ibu menolak sebab dah berjanji dengan ayah nak stop wat kek sebab ayah kata ibu penat nanti..Tapi akhirnya ibu buat juga untuk kepuasan hati ibu.Syukurlah ayah banyak membantu ibu menemankan ibu pergi beli barang-barang buat kek...

Mulanya ibu plan nak buat 2 je kek.. tapi tukar lak plan nak buat 3 kek. Ibu mula buat dari hari ahad petang untuk kek coklat cheese sambung ke isnin sebab ibu ketiduran malam tu.selasa ibu buat kek kukus cheese dan terakhir kek karemel...

Alhamdulillah... semuanya berjaya juga ibu buat walaupun kepenatan tersangat- sangat...

jom cuci mata kek- kek ibu ni...















kek karemel ni ibu potong sikit sebab kakak dah tunjuk nak kek ni berulang kali... tapo karemel nya ibu tak bagi.. ibu bagi kek je...




tu siap di balut pun kek -kek ni...




Kek kukus chese... pun dah di balut dengan plastik. tapawer pun dah beli tok simpan kek dalam tu.hehehehe






Khamis, 21 Jun 2012

Kek Oreo Cheese




kek ni ibu buat untuk menghabiskan apa yang ada dalam peti.Kebetulan bahagian cheese ni punya resepi kena guna whipping cream.tapi memandangkan whipping cream dah habis,ibu gantikan dengan whipped cream. memang sedapla.. Resepinya sama je dengan resepi kek cheese coklat tu.. cuma ibu ambil bahagian chese je di ubah sikit :













 Resepinya :


Bahan -bahan  :

 Lapis bawah :
  • 120 g biskut oreo ( di keluarkan isi dan hancurkan
  • 70 g un salt butter ( di cairkan )

Lapis Atas: (Cheese)
  • 250g Cream Cheese (lembutkan)
  • 120g Gula Kaster
  • 2 keping biscult oreo (keluarkan isi ** & hancurkan)
  • isi biskut oreo yg dikeluarkan **
  • 150g Dairy Whipping Cream  / Ibu guna whipped cream
  • 1½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk

Cara-cara

Lapis Bawah/crust:
  1. Campurkan biscult oreo dengan butter, tuang ke pan (18cm) yg boleh buka tepi, tekan rata dengan kuat. Masuk ke dlm peti sejuk selama 1 jam

Lapis Atas/filling:
  1. Pukul cream cheese & gula kastor sehingga licin.
  2.  ( disini ibu pukul asing whipped cream sampai kembang dalam periuk yang lain ,) 
  3. Masukkan bahan lain pukul sebati. (biskut oreo yg hancur,isi biskut,whipped cream).
  4. Masakan  Gelatine & Full cream milk hingga larut.
  5.  satukan whipped cream dan gelatin yang dah larut dalam chese
  6. Kacau sebati dulu
  7. Masukan ke dlm peti sejuk selama 3 jam baru boleh dihidangkan.

  whipped cream( biasanya orang guna untuk buat coklat mousse) dan whipping cream  ( biasa memang guna untuk buat cream cheese ) untuk kek ni ibu guna whipped cream yang ibu mixer dia sampai kembang baru masukkan dalam chese dengan gelatin ( pastikan gelatin dan susu di larutkan juga )tadi.

Kalau ibu guna whipping cream tak perlu pukul asing.. lepas pukul cream cheese dengan gula  boleh masukkan semua bahan-bahan tu ( pastikan gelatin dan susu perlu di larutkan supaya mendapatkan hasil chese yang cantik...


 Boleh refer kek coklat cheese ibu





Puding Roti Kastard


Minggu lepas adik ipar ibu datang sini sebab ada kerja yang nak dibuat di ofis mahkamah syariah.Jadi kesempatan ni ibu mintala belikan roti gardinia.Ibu fikir yana kecil, rupanya roti yang besar di belinya..Jadi sebelum dia expired,ibu jadikan puding roti ni...hehehehe. rupanya senang je nak buat.Ingatkan susah la .



da siap masak..agak naik sikit, tapi akan kecut semula...


nah.. tu dia..




 


ibu dah potong 4..



 yang ni letak kuah kastard... emmm memang sedap tau..anak-anak ibu punyala suka makan yang ni..habis loyang 8'' tu tok 4 beranak makan.







Resepinya :


 Bahan-bahan : 
  •  8 keping roti
  • 500 ml susu segar  *
  • 4 sudu  besar gula halus *
  • 2 sudu besar butter -di cairkan *
  • 2 biji telur  *
  • 1 sudu teh esen vanila *
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon *
  •  2 sudu besar kismis


Sos Kastard :

  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula

Cara-caranya :
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan -bahan yang bertanda * dan tuang ke tas roti tadi
  3. Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya
  4. Tabur kismis di atas adunan tadi.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit ataupun sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah sos kastard,campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga pekat sedikit.
  7. dah siap boleh di tuang ke atas roti  yang dah masak..


Selamat mencuba











Sabtu, 16 Jun 2012

Langsir Ibu..


 

Jahitan langsir yang pertama sekali ibu buat.Rasanya minat menjahit tu datang dari arwah mak kot.Sebab ibu selalu tengok arwah mak selalu je jahit baju anak-anak,jahit langsir,jahit sarung bantal dan macam - macam lagi lah.. Kemahiran tu dah ada tapi buatnya lum lagi.

Satu je yang ibu terkilan,ibu tak sempat nak menuntut ilmu menjahit baju dari arwah mak ibu..Sampai sekarang ni ibu rasa terkilan sangat..Tapi tak pelah,Allah swt yang telah mengatur segala-galanya...Kita kena redha kan?? :-)



Yang belah kanan tu sebenarnya ayah yang masukkan besi tu rapat -rapat ,ibu tak perasan pun.Dah di gantung baru nampak.. Tapi ayah kata lecehlah nak turun kan.. Jadi ibu biarkan jelah.. tutup mata sebelah je.. Yang penting langsir baru dah di pasang..




Ni pulak sliding ibu.. depan dia lum pasang gik..Tak sempatlah.. kekangan masa sangat2..
InsyaAllah ibu akan cuba jahit sebelum raya menjelang..



Ni pulak,ibu tak tahu apa nama kain ni.tapi ibu nak guna sebab rumah ibu dari belakang tak masuk angin.jadi kain langsir jenis ni jadi pilihan ibu.. simple je jahitan nya.. kejap je siap.Menggantukan langsir tuan rumah yang dah lama sangat ni.. hhehehhe..


InsyaAllah,banyak lagi  rancangan menjahit ibu.Tapi kekangan masa yang membuatkan ibu asyik tangguhkan je..

Ibu sekarang ni nak cari ataupun nak belajar sendiri cara-cara buat baju kurung..
sebabnya terlalu mahal sangat nak pergi hantar orang jahit.. Sekarang ni baru 4 orang keluarga.. akan datang..... tah- tah lagi mahal..pening juga di buatnya...

Semua tu dalam perancangan ibu..

InsyaAllah...
Semoga segalanya di permudahkan...
AMIN...




Jumaat, 15 Jun 2012

Kembung Perut, Pedih Hulu Hati, Loya Dan Muntah Semasa Hamil





Masalah ini dipercayai ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke -6 hingga ke 14 iaitu pada awal kehamilan.Masalah ini turut berlaku di trimester ke tiga kehamilan.


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah ini berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan asid dalam perut yang menyebabkan pedih hulu hati.Oleh yang demikian ibu hamil hilang selera makan,menyebabkan angin berkumpul dan mengakibatkan kembung.Difahamkan juga akibat kelemahan deria  rangsang,ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-mntah..




Amalkan petua berikut untuk mengurangkan masalah ini...

- Elakkan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir.

- Elakkan makanan yang menyebabkan angin antaranya seperti bawang, kobis, keledek,ubi kentang,pisang,pucuk ubi,nangka,kacang dan minuman bergas.

- Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.

- Makan secara perlahan-lahan.

- Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.

- Elakkan makanan-makanan yang pedas.

- Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.

- Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.{mosimage}

- Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi dalam kandungan.


- Jangan baring, tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.

- Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.

- Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dengan air dan letakkan gula secukupnya rasa jika suka

- Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing gum yang bersifat alkali akan meneuralkan keasidan dalam perut.







Kembung Perut, Pedih Hulu Hati, Loya Dan Muntah Semasa Hamil

- Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai,bengkokkan lutut.

- Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

- Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya disamping menjauhi penyakit gastrik.
Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah dan kembung yang serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.







                                        Rujukan: (1)BabyCenter.com, (2) Ensiklopedia Perbidanan Melayu (Datin Sharifah Anisah Barakbah



















Khamis, 14 Jun 2012

Teknik Marmet

Sebenarnya sebelum ibu menghadiri Khusus MBfPC ni,ibu banyak membaca mempelajari teknik marmet dari beberapa blog.. Tapi ibu pun dah lupa blog yang mana satu..Yang sebenarnya teknik marmet ni sangat- sangatlah senang nak lakukan.. Lebih -lebih lagi sekiranya ketiadaan elektrik di rumah ataupun di tempat kerja..

Pada peringkat permulaan, teknik Marmet mungkin dipandang remeh. Apatah lagi, anda tidak pernah melakukannya sendiri. Namun ketahuilah, dengan teknik yang betul dan latihan berterusan, akhirnya anda akan menyedari bahawa teknik ini bagus dan amat membantu diri dalam usaha mengumpul susu perahan tanpa perlu bergantung kepada pam payu dara

Jadi,ibu -ibu di luar sana tak dapat lah nak memberi seribu satu alasan untuk tidak mengepam ye..

Yang sebenarnya ia adalah satu kewajipan bagi kita sebagai ibu untuk membekalkan anak- anak kita dengan susu ibu sahaja..Melainkan atas sebab- sebab yang tak dapat nak dielakkan kanlah ye..

aduh.. panjang lebar pulak berceloteh.. jom ikut ibu untuk mengetahui teknik marmet ni..


Apa itu teknik marmet?

Teknik marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata- mata tanpa menggunakan sebarang jenis pam, tak kiralah pam manual ataupun pam elektrik.

Sekiranya ibu- ibu dapat mengamalkan teknik marmet ini dengan cara yang betul,insyaAllah ibu - ibu akan dapat mengosongkan kilang susu dengan lebih baik lagi dari menggunakan pam.


Cara memerah nya  ::

  • kita hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah.
  • Ketiga- tiga jari ni kita letakkan di atas kawasan aerola ( letakkan atas sedikit  dari aerola dalam 1 cm)
  • Letakkan ibu jari di atas aerola ( pukul 12 ).Letakkan jari telunjuk dan jari tengah  di bahagian bawah  aerola ( puluk 6 ). Boleh tengok gambar di bawah ni :
                                        www.breastfeeding.com


          "  Kenyataan ini diakui oleh kebanyakan ibu yang mengamalkan teknik Marmet. Rata-ratanya berpuas hati kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu mereka mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding penggunaan pam.

            Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh pakar laktasi di Barat mendapati bahawa sentuhan kulit ke kulit (tangan dan payu dara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik itu. "

Yang menariknya, dengan menggunakan teknik Marmet juga, anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam mahupun kulit di sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.


Walau bagaimanapun, sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payu dara, anda seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan yang demikian, proses pemerahan pasti akan berjalan lebih lancar.
           

A : Mengurut

Sebelum melakukan urutan, pastikan anda mencuci bersih kedua-dua belah tangan. Sebaik-baiknya gunakan sabun. Setelah itu, tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam ke dalam air suam. Lalu, urutlah payu dara mengikut langkah-langkah berikut:
     1. Massage

Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payu dara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan.

      2. Stroke
Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payu dara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh “menyikat” payu dara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola.

      3. Shake
Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini, daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.
 
 
B : Memerah

Langkah 1: Mengalirkan takungan susu

1. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah aerola. (Kedua-dua jari ini berfungsi menampung bahagian bawah payu dara.)
Memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6.
2. Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tengah tadi.
3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian, lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit – lepas, picit – lepas.
4. Ulangi langkah 1 sampai 3 sehingga aliran susu berkurangan.
5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.
7. Beralihlah ke payu dara di sebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payu dara.

Nota: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payu dara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.

Elakkan pergerakan ini!
   
   1. Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam.
   2. Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara.
   3. Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet.

   Langkah 2: Melancarkan aliran susu

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelma-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.

2. Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.  




C : Tempoh pemerahan

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 hingga 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payu dara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya, ulang semula rutin urutan dan diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara.


                                                                                                      Petikan ini saya ambil dari majalah Pa & Ma..









Rabu, 13 Jun 2012

Pemakanan Semasa Hamil



Pemakanan yang seimbang semasa hamil merupakan permulaan yang baik untuk Ibu dan bayi anda.Anda tidak perlu makan untuk dua orang,tetapi anda perlu mempelbagai makanan anda.Makan secara teratur,3 makanan berat dan sedikit snek  diantaranya sehari dari semua kategori dalam piramid makanan.





Tujuannya :



- Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat

- Untuk mengekalkan kesihatan ibu.

- Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuain semasa mengandung





Berapa Banyak yang Perlu Makan



- 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti.

- 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)

- 2-4 hidangan susu atau produk tenusu

- 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang

- 6-8 gelas air.



Makanan Yang Boleh Dipilih



1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi khasiat seperti:

- Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)

- Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering ( kacang peas)

- Vitamin A (hati, susu, telur)

- Vitamin B Kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)

- Vitamin C (jambu, betik dan limau)

- Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.


Kurangkan atau jauhkan :



Makanan:

- tinggi gula,

- tinggi lemak dan

- tinggi garam

terutamanya bagi anda yang menghidap penyakit berkaitan seperti kencing manis dan darah tinggi.Berjaga -jaga





Pemakanan Semasa Hamil



Semasa hamil, pastikan anda tidak mengambil makanan yang berbahaya untuk

bayi dalam kandungan seperti:

- Salmonella - dalam telur, ikan, daging yang tidak dimasak sempurna

- Salad atau ulam-ulam yang tidak dimasak termasuk coleslaw

- Makanan bungkus yang mungkin dipanaskan berulangkali

- Hati ayam/lembu- terlebih vitamin A boleh memudaratkan bayi dalam kandungan

- Kafein - Kafein termasuk kopi, teh dan kebanyakan air soda. Jangan lebih secawan

sehari.

- Kacang tanah - Jika anda atau pasangan punya sejarah alahan terhadap kacang atau

lain-lain makanan, elakkannya untuk mengelakkan bayi mendapat alahan.

- Utamakan ikan kecil daripada ikan besar





Asid Folik



- Asid folik perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan bayi terutamanya di

trimester pertama (sehingga 3 bulan).

- Sebaik-baiknya, ibu hamil mengambil suplemen 400mcg asid folik.

- Makanan yang banyak mengandungi asid folik termasuk bijirin sarapan, sayur bayam, roti

dan lain-lain.

Sumber: (1)Healthy Eating During Pregnancy, Jen Pittendreigh SRD,British Dietetic
Association, (2) Weight Gain in Pregnancy, Babycenter.com (3) Pemakanan Semasa
Mengandung, myhealth.gov.my{/xtypo_info}

2

Isnin, 11 Jun 2012

Tanda-tanda Kehamilan




Mari,kita sama-sama berkongsi dedikit dengan ilmu kehamilan ...jom..




Bila berlaku kehamilan, sistem badan wanita akan mula menghasilkan hormon untuk membantuperkembangan bayi. Oleh kerana badan ibu belum sesuai dengan keadaan ini, maka ia akan mula bereaksi secara ganjil anataranya :
mula bereaksi secara ganjil antaranya…


- Tidak lagi datang haid.{mosimage}
- Jika datang haid, tarikhnya teranjak ke hadapan dan darahnya hanya sedikit.
- Membuang air kecil dengan kerap.
- Badan cepat menjadi letih.
- Pening kepala dan muntah-muntah.
- Buah dada terasa sakit dan tegang.
- Puting menjadi lebih gelap daripada biasa.
- Sakit belakang.
- Sakit kepala.
- Selera makan bertambah. Teringin makan sesuatu makanan seperti mangga, asam, atau benda-benda manis
- Sakit perut, terasa kembung.
- Perubahan mood. Mudah marah.
- Perubahan bentuk badan.


Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah atau boleh berjumpa doktor untuk mengesahkannya....


Jumaat, 8 Jun 2012

Kek Cheese Coklat lagi..


hahahaha  ibu tak tahulah apa nak jadi dengan ibu ni... Dah tak habis-habis buat kek pulak.. dulu asyik dengan kuih muih.. Tapi sekarang ni dengan kek.. jom tengok kek coklat ibu ni..

Lebih kurang sama dengan kek yang sebelum ni ibu buat " Kek Cheese Coklat "
Tapi kali ni ibu buat lapisan bawah dia kek coklat  pastu ibu potong dua..Lapisan atas ibu wat minum petang.Lapisan bawah tu ibu guna untuk letak cheese dan lapisan atas letak coklat ganache... heheheh... Ayah suka coklat atas tu... jadi ibu buat tebal sikit...hahahaha...


Jom singgah tengok ye....




pandangan atas nya..






Ini pandangan tepi.. lapisan cheese nya ibu buat lembut sikit dan ia menutupi lapisan kek coklat di tepi-tepi tu.. sebabnya bila kek coklat tu dah masak...ia akan kecut sikit bila dah sejuk.. JAdi ada ruang-ruang untuk cheese tu turun di tepi-tepi kek coklat tu...





Ni yang asal setelah di buka pannnya...





Gambar yang atas dan bawah ni sama je.. tengoklah lapisan cheese nya  dan lapisan coklat ganache nya tebalkan... kalau yang ni memang kakak an abang suka cheesenya... ada lembek sikit..






 Jom tengok resepinya :


(A) Untuk Buat kek coklat...

Bahagian Bawah :
Bahan-bahan:-
  • 1 cawan gula castor / 1/2 cawan gula castor
  • 1 cawan susu segar perisa coklat / 1/2 cwn je
  • 1 cawan minyak / 1/2 cwn je
  • 3/4 cawan serbuk koko / separuh dari 3/4
  • 1/2 cawan susu pekat manis /separuh dari 1/2
  • 1 1/4 cawan tepung gandum / separuh dari 1 1/4
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur / ibu mantain kan
  • Esen vanilla( ibu tambah )
* bahan-bahan yang tertanda merah adalah di ubah dari yang asal.. semua ibu guna separuh dari resepi asal

 

Cara-cara  :

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  Kek Ni ibu potong dua ye.. sebab tak nak buat lapisan kek yang tebal sangat.. nanti nampak kek coklat lebih tinggi dari cheese dan lapisan coklat ganache..

* Lapisan yang dah separuh di potong ibu simpan untuk minum petang sementara tunggu kek cheese siap ..




(B) lapisan Tengah :

Bahan-bahan :-
  • 250gm cream cheese (lembutkan) / ibu guna 300gm
  • 120gm gula kastor /ibu guna 170 gm
  • 150gm  whipping cream / ibu tambah 200 gm  
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk/Ibu guna 130 ml
* ibu tambah lebih sikit sebab nak jadikan lapisan tu lembik sikit..



Caranya :

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair.pastu bile da suam-suam sikit br tuang kat cheese .Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td.
  3. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)


( C) Chocolate ganache:


Bahan -bahan ;-
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega


Caranya :



  1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil
  2. .. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
 [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil )


Selamat Mencuba ya...