Sabtu, 25 Februari 2012

Makanan Berasaskan pelbagai masakan Jagung



Jagung ni di beli dekat pasar minggu satok.. Banyak juga RM 2.. terasa macam nak makan jagung,nak buat puree jagung dan bubur jagung..


jagung yang sudah di steam...



ini dah siap puri jagung.. sebenarnya terlupa nak ambil gambar menghiris jagung, blendkan jagung.Yang ada sudah siap jadi puri.. nilah hasilnya.. puri untuk kakak dan abang..

mula-mula bagi pada kakak,hahaha dia rasa lain kot.lama-lama suka pulak tu.. 




puri selebihnya saya simpan untuk buat bubur jagung..





petang ni saya buat bubur jagung..

resepinya :
santan
daun pandan
seketul puri jagung...
 masaklah sampai siap untuk di makan..




bubur jagung abang dan kakak..tunggu sejuk ye anak-anak..



ibu dan ayah punya..

Penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerjaya



SGM ke dua..


Tempat : Sarakid, Matang
                 Kuching,Sarawak

Tarikh    : 3 Januari 2012

Masa      : 10-12 tengah hari..



Alhamdulillah,selesai sudah perbincangan kumpulan sokongan kali kedua..
kali ini alhamdulillah sekali lagi,semakin ramai peserta yang datang.Rasanya lebih dari 10 orang.Yang paling bagus ada ibu yang bawa kakak,suami dan nenek sekali.. menakjubkan.. dapat sokongan dari orang yang lebih tua dari kita..Syukur ke hadrat ilahi,ibu-ibu sekarang semakin celik tentang penyusuan susu ibu untuk anak -anak..

Ini salah satu topik yang di bincangkan pada  3 januari 2012 tempuh hari :


  1. Menyimpan susu yang di perah
  •      susu yang diperah boleh di simpan pada suhu bilik 26 C selama 4 jam
  •      boleh disimpan dalam cooler bag yang mengandungi ais pack,boleh bertahan      sehingga 12jam
  •      Simpanan dalam peti sejuk bahagian bawah boleh bertahan selama 3-4 hari
  •      Peti ais jenis 2 pintu boleh bertahan selama 3 bulan di tempat beku.
  •      Peti ais 1 pintu hanya bertahan selama 2 minggu.  

   2.    Penyediaan susu yang di perah

  •     susu yang sudah di keluarkan perlu di rendam dengan air suam.Jangan di     rendam kan dengan air panas kerana susu akan bertukar pekat dan bergentil- gentil
  •     bagi susu beku perlu di letakkan di bahagian bawah sehari sebelumnya supaya
        dapat cair secara semulajadi untuk di gunakan pada ke esokan harinya.
  •     Tidak boleh di masak dan tidak boleh menggunakan microwave
  •     Titiskan dengan tangan untuk merasakan kepanasannya.
  •     susu yang dah dikeluarkan dan di suamkan perlu guna antara 1-2 jam.Susu   yang  sudah di dipanaskan tidak boleh di simpan , di gunakan semula ataupun di bekukan semula

   3.       Cara meningkatkan pengeluaran susu

  •     Pastikan bayi mengosongkan payu dara sepenuhnya dengan bagi perbagai  posisi
  •     Tambahkan sesi mengepam  15 min selepas menyusukan bayi.Contohnya ,sekiranya menyusukan  bayi dalam pukul 9 pg kemudian pam selepas bayi kekenyangan.

       Tujuan nya :

                   -    mengosongkan payu dara supaya susu baru di hsilkan
                   -     memberikan isyarat pada otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak
                   -    buat stok EBM                          

  • Susukan  bayi sekerap yang mungkin,anggarannya di  siang hari 1.5 -2 jam manakala malam 3 jam sekali.
  • Tawarkan bayi menyusu dengan kedua-dua belah.Sekiranya bayi tidak mahu ibu perlu mengepam untuk menghasilkan susu yang baru..
  • Perlulah mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama bayi.
  • TiDAK menggunakan botol atau pun puting kerana ia boleh mengganggu penyusuan susu ibu.Gunakan sudu ataupun cawan kecil untuk diberikan pada bayi.
  • Bayi hanya minum susu ibu sahaja.tidak boleh memberikan air masak/ susu formula / supplement ketika bayi usia bawah 6 bulan.
  • Ibu perlu bertenang dan sentiasa gembira untuk melancarkan pengeluaran susu,banyakkan minum air.
  • Bayi yang fussy bukan bermakna tidak cukup susu kemungkinan mengalami growth spurt.
  • SUPPLY & DEMAND.. Lebih banyak permintaan yang diperlukan lebih banyak susu yang akan dihasilkan..

Ini antara gambar-gambar yang sempat di ambil.




























































Selasa, 21 Februari 2012

Tauhu Sumbat





Salah satu minum petang yang selalu di buatnya..


4 keping saya goreng,tapi tinggalkan 3 potong je untuk makan malam..



emmm ni kuah tauhu sumbat...



minuman petang cuma nestum 3 in 1 dan milo..


ha tengok tu siti habis tauhu penuh kat muka.. banyak sangat kot mulutnya..
tak pelah siti asalkan kamu makan.. dah gembira ibu  :-)




haa ni lagi sorang,habis tauhu di ramas-ramas dengan sos tomato.. sambil -sambil tu sikit-sikit masuk mulut..
comotnya anak ibu ni..siap ada jam kat sebelah tu...




Isnin, 20 Februari 2012

Nasi lemak Sambal Sotong






Selamat Pagi.. wahh pagi semalam tak tahulah mimpi apa tah tiba-tiba je nak sangat buat nasi lemak bersambal kan sotong dan ayam berempah...

 inilah hasilnya .. sotongnya saya hanya beli 1/2 kilo je..
Telur rebus saya masak 4 biji.sekali tinggal satu ni je.. Kakak dan abang memang penggemar telur rebus .


  nilah sarapan pagi en hubby,saya dan hasif..
tapi hasif tak makan pedas,ada ayam,telur..emmm senyap la tu..

minuman kitaorang Milo dan nescafe je..
hehehe sekali jalan je sambal tu.. licin .. dah tu kena masak lagi tengah ni..
syukurlah  ada cili bland lagi.. kalau tak..ada 'rajin cikit '


 
Ni pulak tah mimpi apa tak,sejak kakak nak belajar jalan ,makan pun jadi kurang.
sikit je yang di makan.. jenuh memasak.akhirnya dapat idea..

bubur perisa rempah 4 beradik..

karot
tulang-tulang ayam
pastu didihkan je.
sebelum nasi menjadi bubur
saya goreng bawang dengan 4 beradik..

hasilnya. terkejut juga sampai habis kakak makan..
bagus la kakak..kenyan  juga ye

Persediaan ke arah penyusuan susu ibu


SGM Pertama..


Tempat : Sarakid
Masa : 10-12 tengah hari
tarikh : 7 Januari 2012

Beberapa langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya :

  • Menggalakkan ibu mengandung tentang ilmu penyusuan susu ibu.
  • Meminta bantuan  dari yang pakar untuk memulakan penyusuan susu ibu selepas 1j bersalin
  • Bayi tidak boleh  diberi makan dan minum selain Susu ibu sahaja.
  • Amalkan rooming in .Ibu dan bayi diletakkan setiap masa.
  • Susu kan bayi on demand
  • Bayi tidak di berikan puting tiruan atau puting kosong untuk mengelakkan bayi mengalami kekeliruan puting
  • Bersama-sama membantu dalam penubuhan kumpulan sokongan  apabila keluar hospital.
Persediaan ke arah penyusuan susu ibu :
  1. Persediaan ke arah penyusuan semasa hamil
  • Menanam azam dan berniat untuk menyusukan bayi adalah kerana Allah swt
  • Ibu -ibu di galakkan mencari ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu sebanyak yang mungkin dengan :
             -  menghadiri kelas kelahiran /penyusuan yang di lakukan di klinik-klinik ibu 
                 mengandung
              - menghadiri perjumpaan kumpulan sokongan susu ibu yang sentiasa di lakukan oleh
                mereka yang di latih MBfPC
              - mencari rujukan melalui internet
  • Mental penting bagi ibu -ibu supaya dapat menjaga bayi dengan baik kerana sekiranya mental tidak kuat berlaku kemungkinan ibu memberikan formula  sekiranya bayi mereka kuat menangis.
  • Pilihlah hospital yang mempunyai rakan bayi
  • Simpan no telefon rakan-rakan yang arif tentang susu ibu.
    
2.       Persediaan semasa kelahiran / berpantang
  • Mulakan penyusuan susu ibu pada 1 jam yang pertama
              - membolehkan bayi mendapatkan kolostrom yang akan memberikan perlindungan
                 maksimum kepada bayi daripada sabarang jangkitan.
              - memberitahu kepada doktor atau jururawat untuk menyusukan bayi selepas
                 kelahirannya.
              - dalam tempoh ini bayi paling peka dan berjaga kerana sentuhan kulit ke kulit
                 antara ibu dan bayi dapat membantu menghangatkan bayi.  
               -Secara tak langsung membolehkan bayi belajar menghisap dengan lebih efektif .

Bagaimana :
                      1. jangan tergesa-gesa dalam meneruskan penyusuan dan jangan mendesak
                          bayi.
                      2.biarkan bayi mula menghisap apabila ibu dalam keadaan bersedia.
                      3. letakkan bayi di atas dada ibu selama 10 minit
                      4. biarkan ibu dan bayi bersama untuk masing- masing mempelajari penyusuan
                          susu ibu.
                      5.bayi tidak diberikan makan dan minum selain susu ibu.KENAPA ???
                                    - menerangkan kebaikan kolostrom
                                    - menerangkan akan melambatkan penghasilan susu ibu.kerana dengan
                                       memberikan air @ susu melalui botol akan mengurangkan frekuensi
                                       penghisapan serta mengurangkan jumlah susu yang akan di keluarkan
                                       dari payudara dan terjadilah penghasilan susu 
                                          menjadi kurang .                                      
 

  •  Mendapat sokongan dari suami semasa mengalami proses kelahiran.Dengan erti kata lain perlulah saling memahami tentang peranan masing-masing agar kekuatan ini tidak dapat di goyahkan dengan mitos-mitos yang negetif agar tidak timbul salah faham  mengenai susu tak ada  dan terpengaruh untuk memberikan formula.
  • Jangan bimbang akan kuantiti susu pada awal kelahiran.Kerana ini memang lumrah.walaupun sedikit,ia sememangnya cukup untuk menampung keperluan bayi pada ketika itu.
                 -  pada hari pertama keperluan susu ibu pada bayi adalah sebanyak 5-7 ml,hari ke
                     ketiga 0.75-1 oz sahaja.Manakala pada hari ke lima hanya 1.5-2 oz sahaja.Oleh
                     ibu-ibu tak perlu khuatir akan kuantiti susu yang berkurangan si awal kelahiran.
               


    Emm  dari kiri :  PC2 ain,nurina,iman dan azren yang tengah menanti cahaya matanya..



    walaupun pertama kalinya peserta tak ramai hanya 5 oarng sahaja.tapi semua pc-pc tetap bersemangat.


    haaa tu kak ina,tengah beri penerangan tentang susu ibu :-) good job kak ..


    masing2 tekun mendengar kak ina menerangkan tentang susu ibu

    Wah sambil2 Khoi menulis tu,sufi pulak jadi modelnya..



    ada di antara anak peserta dan anak pc2 tapi mereka ini tak sedikit pun mengganggu kerja ibu nya..Syabas anak2 ku sayang.. 










Khamis, 16 Februari 2012

Susu Ibu





Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan kedalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.

Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak.Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS),meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan, mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuingan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.

Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.

Isnin, 6 Februari 2012

Ohhh susu saya tak cukup !!!!








Ramai ibu mengeluh susu kurang,Oleh itu pilihan terbaik adalah susu formula.Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran ( selalunya selepas tempoh berpantang)

Antara foktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi.Terutamanya mereka yang mempunyai anak sulung ( atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya).Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu.Ramai ibu mula panik dan risau ,takut bayinya kelaparan ( lebih -lebih lagi jika bayi lelaki).Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis.Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula,bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaan , perkara ini berlaku beberapa kali dan lama -kelamaan ibu mula  "yakin" bayinya sesuai dengan susu formulatersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi di lahirkan?

Secara teorinya,apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan merangsang  penghasilan susu.JAdi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai  masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat,maka susu akan mula di keluarkan bila ada rangsangan hisapan susu ( bermakna perlu ada hisapan susu).Lebih kerap hisapan,maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang di hasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong.

Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil,sekitar saiz duit syiling 20 sen- 50 sen.Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang.Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu sahaja untuk sekali minum.

Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah -muntah bila diberikan susu formula sebab bayi tidak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh.Tapi dengan susu ibunya,bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi, bila ibu kata tiada susu ( sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula ( ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tidak ? Kalau basah maknanya ada yang dia  dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin.Berat badan dia bertambah atau tidak ? kalau bertambah OK. Namun perlu di maklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan -keadaan tetentu berlaku juga susu tidak keluar.Antara sebab kenapa susu tidak keluar walaupun bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat rangsangan hormon seperti stress / sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, " sangat" sakit semasa bersalin,bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit.Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan  penghasilan susu terganggu. 

Akhir sekali buat semua para ibu,orang yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu.Sama ada di bantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak,ibu tidak perlu mengandung,tak perlu  ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak. ... Sungguh mengagumkan ?

So,perlukan apa untuk menyusukan anak? yang paling utama adalah keinginan dan kegigihan dalam beristiqamah   tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan.Of course,lebih sukau kalau bukan dengan cara yang natural... Tapi tak mustahil kan...





Semoga Bermanfaat
Dr.Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan