Khamis, 17 November 2011

Cross Stitch Ibu



ini juga salah satu hobi yang saya lakukan ketika ada masa lapang..














 Ingat nak mulakan semua hobi ni.. seronok sangat.Bila dah mula mengkait memang tak sabar nak habiskan.. bukan apa nak tengok hasilnya ..Emmmmm..

Sabtu, 12 November 2011

Jahitan Manik



Ini adalah salah satu hobi saya waktu musim cuti sekolah..Rindu rasanya nak jahit manik .Sekarang ni tak cukup masa untuk teruskan hobi saya ni.. Kadang-kadang my hubby pun selalu bertanya "Ibu dah tak nak jahit manik lagi ke?" saya senyum je lah..bukannya tak nak tapi tak sempat.Melayan kerenak anak-anak buat saya tak sempat..


Bahagian lengan baju




Ni pun sama..




Ni pulak bahagian lehernya..




Ni pula saya main tikam je ikut suka hati..





Ni idea datang tanpa sedar...

 



emmm ini bahagian bawah baju..

Jumaat, 11 November 2011

makanan puteriku

 nilah menu baby ku...

ini bubur nya : nasi ,karot  dan bayam.last saya masukkan ikan bilis blend.macam tu je bagi bs..



Puri labu




Puri karot


bubur ayam sahaja

Sebenarnya banyak lagi contoh - contoh makanan untuk baby..Tapi, pada simpanan saya hanya ni sahaja gambar yang di ambil.. Selalunya saya buat puri ni yang fresh punya.Terpaksa bangun awal semata- mata nak masak puri dan bubur anak.berkorban masa lah katakan.Walaupun BS kata tak pe,akak boleh buat bubur untuk siti. Tapi saya fikir,biarlah saya yang buat untuk perkenalkan makanan pertamanya dari air tangan saya sendiri..Alhamdulillah saya berjaya juga akhirnya..




Koleksi Buku- Buku Simpanan saya

Ni adalah sedikit sebanyak koleksi buku -buku saya.



1. Panduan Ibu Mengandung& Adab menyambut Cahaya Mata


Ni buku pertama kali di beli gara-gara terlalu gembira untuk menyambut bakal cahaya mata yang pertama



2. Makkah al-Mukarramah.Kelebihan & Sejarah.

Cerita dalam buku ni memang bagus,di sertakan dengan gambar-gambar yang cantik dan yang paling saya suka kertas nya bukan macam buku biasa..Memang sesuai untuk kenal lebih dekat tentang kelebihan Mekah..InsyaALLAH mana tahu ada rezeki pergi sana ke..Amin.


3.Kuasa Di sebalik SOLAT



Ni pun salah satu buku kegemaran saya.Banyak perkara yang saya belajar dari dalam buku ini.
Kita perlu memperbaiki solat kita dari masa ke semasa..Kita sebagai manusia kadang kala lalai dalam banyak perkara...


4.Wahhhh... Seruan Dari Kaabah



5.Ingatan Dari Kaabah

Kedua-dua buku ni amat saya gemari.. Kadang kala saya ingin mengetahui bagaimana keadaan di sana dan saya boleh gambarkan kejadian-kejadian yang berlaku di sana.Jadi,saya boleh ambil ikhtibar dari cerita-cerita dalam buku ini..

WAH MEMANG BEST BKEDUA- DUA buku ni.!!!!!!! Dah banyak kali saya mengulang membacanya tanpa JEMU...

6.Kearah hidup Tenteram dan Bahagia

tentang buku ni ,saya tak sempat nak habiskan.. jadi tak dapat nak terang kan macam mana.. My hubby suka sangat buku ni sampai 3 kali ulang... Saya??? Lum lagilah..

7.Buku lengkap Penjagaan Ibu dan Anak
Emmmm buku ni juga buku kegemaran saya.. Memang saya seronok tengok buku ni kerana ada menerangkan perkembangan baby dalam perut untuk setiap minggu dan macam-macam lagilah...Buku ini di perkenalkan oleh keluarga angkat saya.
Sebenarnya banyak lagi koleksi buku-buku ilmiah saya,cuma saya tak sempat nak berkongsi bersam-sama..InsyaAllah ada masa saya cuba ye..


8. Misteri Firaun
Buku ni terbaru yang saya beli.Memang bagus,saya baru habis baca.semua tentang Firaun.Ada terangkan firaun-firaun yang memusuhi nabi.saya suka sebab gambar dalamnya semuanya berwarna.secara tak langsung dapat menarik minat saya dalam mengkaji sejarah Firaun..

Khamis, 10 November 2011

Kesedaran Baru Berputik

13 hari selepas kelahiran baby pertamaku..

Rasanya memang seronok sangat kalau saya nak bercerita pasal penyusuan susu ibu

Lebih seronok lagi kalau saya bercerita pasal kebaikan susuibu...

Saya sedar saya bukanlah kaunselor ataupun pakar laktasi...

Tetapi Saya hanyalah...

Seorang ibu yang mempunyai 2 orang cahaya mata,seorang lelaki dan seorang perempuan...
Saya juga merupakan salah seorang yang mempunyai sahabat maya di RATUHATI.COM.
Saya juga terasa ingin sekali berkongsi sedikit pengalaman tentang isu penyusuan susu ibu.
 InsyaAllah,dengan ilmu yang tak seberapa ini,dapatlah kiranya dikongsikan bersama dan dimanfaatkan seumur hidup.

Mari saya ceritakan kisah sebenar saya.

Saya sebenarnya tidak pernah tahu kepentingan susu ibu dari ahli  keluarga saya tak kiralah dari adik beradik saya...
Saya tak petnah tahu tentang susu ibu dari sesiapa .
Ketika dalam pantang anak pertama masa itu sudah 1 bulan,kakak saya datang menziarah.Namanya kak uda  ngelaran yang saya bagi  telah nampak saya memberikan susu formula lalu berkata,
berkata " tie ko tak menyusukan baby dengan susu ibu ke?
Lantas saya mendiam kan diri dan berkata " susu ati sikit,dah bagi baby asyik menangis je,kuat lak tu nagis " ( aku tahu masa tu aku tak cukup kuat dan tak tahu nak mengatasinya )
Kak Uda saya  hanya mendiamkan diri tanpa berkata- kata tentang kebaikan susu ibu ini..
Jadi,saya pun teruskan dengan susu formulalah..kerana tiada siapa yang ingin menasihati saya..

Kesimpulannya,
Dengan siapa saya tahu? Emmmmmm...Forum RATUHATI.COM

 inilah Sahabat-sahabat maya saya yang sentiasa memberi sokongan,dorongan dan semangat untuk saya dalam permulaan penyusuan susu ibu..

 Ilmu yang saya perolehi banyak didapati dari orang lain,saya sedar akan kenyatan itu.. Selepas saya dalam berpantang barulah saya membuang masa dengan mengadap forum..Dengan cara saya ni,walaupun saya tahu,terlalu banyak masa saya terbuang dengan mengadap labtop.Tapi saya rasa berbaloi..

Tanpa Ratuhati dan susu ibu.com, tak mungkin saya sedar kepentingan susu ibu. Betapa ibu -ibu yang menyusukan anak mereka  ini begitu cekal semangatnya untuk meneruskan niat murni penyusuan ibu. Pokok pangkalnya kesedaran..

Saya pasti,Setiap ibu yang melahirkan memang ada susu ibu, banyak atau sedikit sebenarnya adalah mainan psikologi. Sejak saya  di sah kan hamil ke 2.saya sudah mula sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu.Dari itu,saya nekad untuk menyusukan anak ke dua ku dengan susu ibu sahaja.Sepanjang kehamilan ku yang ke dua ni,saya mula mencari maklumat-maklumat tentang susu ibu.Lagipun sekarang ni kan banyak maklumat di hujung jari.Saya dengan penuh semangat membeli majalah pa & ma,membuka laman web susuibu dan ratuhati.Banyak maklumat yang saya dapat dari situ..Ape yang saya tak tahu,saya tanya.Saya buang perasaan malu dan terus bertanya dan terus bertanya pada pakar-pakar susu ibu..

Inilah binding yang saya maksudkan.Buku ini tentang penjagaan kehamilan,penjagaan baby    .
Agak tebal kan???

Paling menarik perhatian saya,saya mendapat dorongan suami 100%. (Terima kasih ayah..).Saya telah membuat buku tentang penyusuan susuibu.Apa saja tentang masalah,cerita atau apa saja bersangkut paut tentang penyusuan susuibu pasti saya photostat dan kumpulkan untuk menjadikan buku.. Jadi,apa-apa yang saya tak tahu,akan saya rujuk dari buku itu..
                               
2 Tahun saya menjadikan pelanggan majalah pama.Walaupun harganya mahal RM 9.00.Tapi saya tetap membeli juga.Pada masa itu, helaian hadapan majalah pama ada di khaskan untuk potongan punya.Jadi yang di hadapan je saya  potong ..boleh perasan tak?? :-)

Saya berpuas hati dengan menghasilkan buku ini.Dulu ingat nak potong majalah Pa & Ma tapi tak jadi,saya copy je .

Ada satu lagi tentang Penyusuan susu ibu,tapi saya tak keluarkan lagi.Kalau ada nanti saya tambah dalam ni.

INSYAALLAH...


Menanti Kehadiran Zuriat Yang Di cintai

Emmmm sebenarnya saya ingin berkongsi satu pengalaman yang memang tak dapat saya lupakan
Ia juga satu pengalaman yang amat sukar dan jiwa saya sentiasa dalam tanda ?????

kenapa saya???
 kenapa saya di pilih diantara ramai- ramai umat -NYA???
Adakah saya ada melakukan kesalahan selama ini??
Adakah saya insan yang istimewa sehingga terpilih menerima UJIAN dari MU ..
YA ALLAH swt dimanakah silapku selama menjadi Hambamu ini???
Bantulah diri ku ini untuk mencari JAWAPAN MU kenapa ...kenapa.....


Sebenarnya itulah perkara yang suatu ketika dahulu selalu berlegar-legar dan sentiasa membuatkan jiwa saya tak tenang serta selalu merasakan diri saya serba kekurangan jika di bandingkan dengan adik beradik saya yang sudah berumahtangga.

Menjelang tahun ke dua ,ibunda saya bertanya " mahukah saya mengambil anak angkat?"
Pertanyaan ibunda saya tujukan pada suami tercinta.. Lantas suami tercinta memberi tahu,"biarlah dulu,kan perkhawinan kita masih baru.. Abang yakin,InsyaALLAH Allah swt akan memberi kita rezeki" " Abang yakin dengan ujian yang ALLAH swt berikan"  sambung suami ku lagi " Bukan senang kita nak membela anak yatim berat tanggung jawabnya.. abang tak mahu nanti tiba-tiba abang jadi terlupa pada tanggungjawab pada anak angkat"
saya pun yakin dengan kata-kata suami tapi dalam masa  yang sama takut pun ada.hehehehe..

Kemudian ,
 Hampir 3 tahun saya menanti kehadiran zuriat dan 3 tahun itu jugalah saya mendengar pertanyaan kawan- kawan '' Bila lah ko nak ada baby ni ar... "

 tu lah asam garam bila berjumpa dengan kawan-kawan lama.Pada mulanya saya hanya masuk telinga  kanan keluar telinga kiri.

Paling menyedihkan saya GMIL dengan selamba sahaja berkata pada saya

GMIL " ko dah berapa lama kawin ar"
saya " 2 tahun tok ... (sambil hati tak tenang ketika menolong masak)
GMIL " tah- tah ko tu mandul kot... sebab tulah tak dapat anak"

Apa perasaan anda sekiranya ada orang berkata seperti itu?
Hati saya pedih sangat..udahlah GMIL saya ni jenis brutal sikit..walaupun saya masa tu tak berkecil hati dengan kata-katanya.. Tapi hati dan perasaan saya terasa hiba ..tak sepatutnya GMIL kata macam tu pada saya.



Akhirnya dengan muhasabah diri , kami suami isteri mengambil pendekatan dengan mendekatkan diri lagi kepada DIA YANG MAHA ESA.Kita sebagai HAMBA NYa tak lari dari melakukan kesalahan.Walaupun dalam keadaan kita tak sedar kita ada melakukan salah pada NYA sehingga di beri ujian seperti ini..
. Lantas perkara yang pertama kami lakukan adalah solat taubat..

Dan diiringi amalan seperti biasa solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat.

Selepas usia perkhawinan saya melangkah 1 tahun,saya dah mula terfikir untuk mencari - cari apa rawatan untuk mendapatkan zuriat.Akhirnya  atas nasihat kakak teh saya saya pergi jumpa doktor pakar Islamic yang terkenal di KL.Alhamdulillah,doktor pun kata tak ada apa-apa masalah.. banyakkan berdoa katanya..

Selepas tu,pantang ada saja kawan cadangkan makan tu ni saya ikut je.. tapi ada juga kawan -kawan yang segan nak cadangkan pada saya ,takut saya berkecil hati katanya.pada saya masa tu,saya tak berkecil hati asalkan demi kebaikan saya ok je :-).Ada kawan suami kata makan EPO.katanya isteri kawan dia mengandung lepas makan EPO..Apa lagi saya beli 2set yang ada 6  kotak sekali..saya makan je sampai 6 bulan,lepas tu tak nampak hasil..emm tinggal kan aja..  Sorang lagi kawan tel kata makan Gamogen ,emm pergi cari.. siap beli gamogen merah.makan lak dengan suami sebulan dekat RM 350.. Tutup mata je lah.. Pastu sampai dah 6 bulan hahahah berhenti makan.. tak nampak kesannya..

Akhirnya saya nekad ingin mencuba Biodex setelah ramai kawan kawan mendesak saya.Akhirnya saya mencuba juga..huhuhu.. Bukan mudah nak mengajak my hubby untuk bantu saya .Tapi Alhamdulillah saya berjaya juga.Saya pergi jstokis  biodex di batu kawah.Aduhai.. boleh tahan saja jumlah kewangan yang perlu di bayar.. Sehari 10 produk.Tapi bila di fikirkan sekiranya sudah memiliki anak apalah sangat dengan nilai wang  yang telah di laburkan..

3 Bulan saya menggunakan biodex.. selepas tu,saya makan tak ikut turutan sampailah 2 bulan.. Masa tu,memang dah terlupa perancangan nak dapatkan zuriat.Makan biodex tu pun sekadar macam minum milo je.heheh sarapan macam biasa.. memang tak ingat langsung niat asal..Tapi,dalam kelupaan tentang niat asal rupanya Allah swt telah memberikan saya zuriat tanpa saya sedari. Rupa-rupanya inilah perancangan Allah swt,Dia tidak mahu Hambanya berada dalam keadaan tertekan yang selalu memikirkan zuriat 24 j..Setelah saya fikir sejenak inilah yang Allah berikan pada saya.Memang perancangan Allah swt cantik belaka..Pendek kata jangan lah kita selalu berfikir ke arah itu.. Alihkan pemikiran ke arah lain tumpukan pada pekerjaan jangan campur adukkan fikiran kita dengan asyik fikir.. Bilalah aku nak dapat anak..

Satu lagi,sebelum saya tahu saya mengandung,kawan baik saya ada cadangkan ambil prodak dari herba cina.. Saya dah siap beli pun,kecil je prodak tu..wah  harganya RM 50 tu.. Saya simpan je.. perancangan saya biarlah tengok keadaan biodex ni sampai 6 bulan,kalau tak serasi barulah saya makan prodak herba cina ni..emmm sekali tak jadi makan.Apa lagi saya pulangkanlah prodak tu pada kawan saya.Syukurlah boleh pulangkan..kalau tak rugi je.. :-)
Tapi pada mulanya saya selalu tertekan ketika minum biodex.tu yang saya mengambil masa terlalu lama.Setelah tu,saya muhasabah diri.Bertanya pada diri sendiri,kenapa sampai sekarang ni saya belum dikurniakan zuriat.Apa salah ke cara pemakanan saya ni.Akhirnya saya menemui jawapan nya:

  • Saya terlalu extrem sangat untuk makan biodex dan ingin dapatkan kesan yang cepat.
  • Tidak bersabar akan usaha yang dah dilakukan.
  • Saya terlalu yakin dengan biodex untuk dapatkan baby.saya terlupa bukan biodex yang boleh dapatkan baby tapi sebaliknya usaha doa dan tawakal pada Allah swt supaya usaha saya makan biodex seiring dengan doa kepadanya.
  • Selalu timbul kan pergaduhan dengan suami walaupun dengan perkara -perkara yang kecil.Bukannya gaduh betul sekadar nak timbulkan huru hara bagi mengharmonikan asam garam rumah tangga.heheheh

Cara saya mengatasinya
  • Memohon maaf pada suami andai selama ni ada tingkah laku saya yang selalu saja cari gaduh- gaduh manjalah..
  • Bermuhasabah diri kepada Allah swt.
  • Memohon keampunan dari-Nya andai saya sebagai umat nya banyak melakukan kesilapan yang tanpa saya sedari ataupun tidak sedari.
  • Kena yakin dan percaya bahawa apa sahaja yang saya usahakan untuk mendapatkan zuriat adalah dengan izin dariNYA...
  • Saya tidak terlalu mengharap sangat seperti dulu.Saya banyakkan bertawakal padaNYA.
Akhirnya 4 bulan tidak datang period buat saya tertanya-tanya.Adakah saya hamil???
Namun saya malas untuk berfikir.

Tetapi berlaku satu kisah dan menurut saya kemungkinan petunjuk ALLAH swt untuk menyedarkan saya bahawa saya tengah hamil...

kisahnya begini,

Suatu hari saya memang teringin sangat nak makan pizza.My hubby kata dia tapaw jelah.Tapi saya berkeras tak nak tapaw.Nak sangat makan di kedai.. Dah tu nak juga minum air coke 1 jug.Masa tu saya pun tak tahu apa sebab saya nak minum sampai 1 jug. Terus my hubby  berkata " Yang,tah-tah ayang ni mengandung kot? pelik je nampak,tak penah-penah nak minum air coke 1 jug" ( tapi nak kinum sikit-sikitlah,bukan nya telan 1 jug terus ).Lantas saya tersedar,emmm betul juga.Cadangan hubby supaya tak jadi order pizza sebaliknya pergi Guardian beli UPT.. wahhhhh saya dah takut sangat..

Sekali bila buat UPT... Alhamdulillah,positif..Syukur kehadrat ILAHI kerana saya tidak sempat minum air coke .. kalu tidak apa akan jadi pada kehamilan yang saya nantikan...

Masa tu saya merasakan  Allah menguji saya setakat 2 tahun 9 bulan sahaja.Saya bersyukur tersangat-sangat kerana ujian yang Allah berikan pada saya ketika ketiadaan zurian hanyalah sementara.

Teman-teman.... kita harus bersabar sekiranya kita tidak mempunyai zuriat,.ALLAH swt Maha Penyayang dan MAha mengetahuinya..Dia yang mengaturkan perjalanan kehidupan kita...


(Apa yang saya katakan di sini bukan untuk mempromosikan Biodex,tapi sekadar untuk berkongsi dengan teman-teman,ada kalanya sesuatu prodak tu tidak sesuai dengan tubuh badan kita,jadi perlu selalu mencuba apa saja cadangan kawan )